SC minta maklum balas orang ramai mengenai cadangan pindaan kepada garis panduan sekuriti hutang swasta dan sekuriti yang disokong aset

Kuala Lumpur, 23 Oktober 2002

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan satu kertas perundingan untuk mendapatkan maklum balas orang ramai terhadap cadangan pindaan kepada dua set garis panduan, iaitu Guidelines on the Offering of Private Debt Securities ( Garis Panduan PDS) dan Guidelines on the Offering of Asset-Backed Securities (Garis Panduan ABS). Kertas perundingan tersebut boleh didapati di sini.

Pindaan kepada garis panduan yang dicadangkan itu adalah berpandukan kajian semula oleh SC terhadap garis panduan yang dikeluarkan pada bulan Julai 2000 (Garis Panduan PDS) dan pada bulan April 2001 (Garis Panduan ABS). Kajian semula tersebut dilakukan sebagai sebahagian daripada objektif berterusan SC untuk menyeragamkan lagi proses terbitan dan memperbaiki kecekapan pasaran. Dalam kajian semulanya, SC telah memberi pertimbangan terhadap maklum balas yang diterima daripada para pengamal pasaran di mesyuarat perundingan yang kerap diadakan sejak beberapa tahun yang lalu.

Semua komen mestilah dikemukakan secara bertulis sebelum dan pada 5 November 2002, melalui e-mel kepada [email protected] atau melalui pos yang dialamatkan kepada:

Jabatan Pembaharuan Undang-Undang dan Dasar Pengawalseliaan
Suruhanjaya Sekuriti
No. 3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara, 50490 Kuala Lumpur

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup