SC minta maklum balas orang ramai mengenai cadangan semakan semula kepada garis panduan waran opsyen beli

Kuala Lumpur, 14 November 2002

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan satu kertas perundingan untuk mendapatkan komen orang ramai mengenai cadangan semakan semula kepada Guidelines on the Issue of Call Warrants. Kertas perundingan tersebut boleh didapati di sini.

Cadangan semakan semula itu bertujuan meliberalisasikan dan mengemas kini garis panduan mengenai terbitan waran opsyen beli sedia ada, sejajar dengan permintaan dan amalan terbaik antarabangsa semasa.

SC telah merumus cadangan semakan semula kepada garis panduan tersebut selepas mempertimbangkan maklum balas daripada pengamal pasaran.
Semua komen mestilah dikemukakan secara bertulis sebelum 27 November 2002, melalui e-mail kepada [email protected] atau melalui pos yang dialamatkan kepada:
Jabatan Pembangunan Produk
Suruhanjaya Sekuriti
No. 3 Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup