SC Pelawa Maklum Balas Awam Dalam Mengkaji Semula Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

MEDIA RELEASE

Kuala Lumpur, 16 Mei  2023

Dalam usaha memastikan undang-undang sekuriti kekal relevan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sedang menjalankan kajian semula secara holistik terhadap Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), satu perundangan utama yang berfungsi mengawal selia pasaran modal Malaysia.

Kajian semula tersebut adalah sebahagian daripada usaha SC untuk menjadikan CMSA lebih moden dan menggalakkan kecekapan yang membolehkan pasaran modal kekal berdaya saing sambil mengekalkan perlindungan pelabur.

Bagi tujuan itu, SC mempelawa maklum balas orang ramai berkenaan bahagian dan bidang bawah CMSA yang berkaitan tadbir urus produk, pendedahan, proses kelulusan untuk cadangan korporat dan pengambilalihan.

Maklum balas awam ini bertujuan untuk memastikan kesempurnaan kajian semula tersebut dan dalam melengkapkan penglibatan industri yang berterusan dan perundingan kumpulan fokus (focus group).

Pendekatan inklusif ini akan membolehkan SC mengambil kira semua isu yang menjadi kebimbangan melalui proses semakan yang telus. Dengan mendapatkan input daripada pihak berkepentingan seluruh industri, SC juga boleh mengenal pasti jurang berpotensi dan mendapatkan pandangan yang bermanfaata dalam menambah baik CMSA.

Pihak awam serta orang ramai yang berminat digalakkan untuk mengemukakan komen, maklum balas dan pertanyaan mereka kepada SC sebelum 16 Jun 2023 di [email protected].

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup