SC Perkenal Pangkalan Data Unit Amanah dalam Talian

Galakkan Penyelidikan Pasaran Modal

Kuala Lumpur, 25 Mei 2006

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengumumkan satu pangkalan data unit amanah dalam talian, yang mengandungi prospektus, surat ikatan amanah, laporan tahunan dan penyata kewangan/laporan pengarah bagi semua dana unit amanah Malaysia yang diterbitkan bermula tahun 1996 sehingga sekarang.

Pangkalan data dalam talian tersebut adalah berguna khususnya bagi mereka yang membuat kajian komparatif terhadap dana unit amanah. Inisiatif ini diterajui oleh bahagian pendidikan dan latihan SC, Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan keseluruhan perpustakaannya bagi mengenal pasti, memperkukuh dan menyediakan akses dalam talian kepada maklumat dan data pasaran modal, yang akan menggalakkan pendidikan pelabur dan menyokong penyelidikan terhadap pasaran modal.

Untuk mengakses pangkalan data tersebut, orang ramai perlu mendaftar untuk menjadi ahli Perpustakaan SIDC. Keahlian individu adalah sebanyak RM50 setahun manakala keahlian korporat, yang membenarkan tiga penama adalah sebanyak RM500 setahun. Borang pendaftaran boleh didapati di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Perpustakaan SIDC di talian
03-6204 8668 (telefon), 03-6201 5131 (faks) atau e-mel: [email protected]

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup