SC Terima Ahli Lembaga Baharu

SIARAN MEDIA

Kuala Lumpur, 23 Februari 2024

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengalu-alukan pelantikan Datuk Dr. Shahrazat Haji Ahmad sebagai ahli Lembaga Pengarah baharunya untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 15 Februari 2024.

Datuk Dr Shahrazat kini merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan) di Kementerian Kewangan, jawatan yang disandangnya sejak Oktober 2023.

Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas keseluruhan tadbir urus SC dan mempunyai pengawasan terhadap mandat kawal selia dan pembangunannya. Ahli Lembaga Pengarah dilantik oleh Menteri Kewangan.

Pengerusi SC, Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, "Latar belakang luas Datuk Dr. Shahrazat dalam bidang kewangan, ditambah dengan rekod prestasinya yang terbukti dalam pembangunan strategik dan pengurusan pelaburan menjadikannya sebagai pelantikan berharga kepada Lembaga Pengarah SC."

“Kepakaran dan pengalaman luas beliau dalam penggubalan dasar akan membantu SC dalam mencapai objektif strategiknya untuk membangunkan pasaran modal yang teguh dan berdaya saing,” tambahnya.

Dengan kerjaya yang menjangkau hampir 30 tahun di beberapa kementerian dan agensi utama, Datuk Dr. Shahrazat membawa bersamanya pengalaman dan kepakaran luas, katanya.

Sebelum memegang jawatan di Kementerian Kewangan, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) di Kementerian Pertahanan dari Oktober 2021 hingga Oktober 2023.

Beliau juga memegang pelbagai jawatan kanan di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, terutamanya sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan).
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup