"Seminar ini adalah bagi membantu mereka yang ingin menjadi pelabur yang berpengetahuan dan bijak. Matlamatnya adalah untuk memperlengkap pelabur dengan pemahaman yang jelas mengenai pelaburan dalam pasaran saham dan risiko yang berkaitan dengan pelaburan ekuiti," kata Pengurus Besar dan Ketua SIDC, Hasnah Omar.
Seminar setengah hari bertajuk "Bagaimana Menjadi Pelabur Bijak dalam Pasaran Saham" akan mengetengahkan penceramah berpengalaman dari Penganalisis Kewangan Bertauliah Malaysia (CFA Malaysia) iaitu Yeoh Keat Seng, CFA dan Teoh Kok Lin, CFA.
Penceramah tersebut akan memberikan peserta seminar nasihat dan panduan berguna mengenai pelaburan yang berjaya dalam pasaran saham, termasuk cara untuk memilih saham berkualiti dan bahaya yang perlu dijauhi ketika melabur. Pihak SIDC akan memberikan ceramah mengenai hak dan tanggungjawab pelabur, serta cara untuk melabur secara bijak dalam pasaran modal.
"Para pelabur adalah amat dialu-alukan untuk menyertai aktiviti pendidikan pelabur untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang diperlukan untuk membuat keputusan pelaburan yang termaklum," kata Hasnah.
Orang ramai boleh menghubungi Pendidikan Pelabur SIDC di talian 03-6204 8927 atau 03-6204 8396 untuk mendaftar, atau klik di sini untuk maklumat lanjut untuk seminar tersebut.