Senarai Negatif NBMC Dimansuhkan, Sekatan terhadap Penggunaan Hasil Kutipan Terbitan Bon Dibatalkan

Kuala Lumpur, 28 Mac 2005

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengumumkan pemansuhan Senarai Negatif Jawatankuasa Pasaran Bon Kebangsaan (Senarai Negatif NBMC) berkuat kuasa mulai 28 Mac 2005.

Dengan pemansuhan Senarai Negatif NBMC tersebut, SC tidak lagi menggenakan sekatan terhadap penggunaan hasil kutipan yang diperoleh daripada terbitan bon, selain daripada yang berkaitan dengan keperluan pertukaran asing dalam Garis Panduan Kawalan Pertukaran mengenai Sekuriti Hutang Swasta bagi Penasihat Utama (Exchange Control Guidelines on Private Debt Securities for Lead Arrangers) Bank Negara Malaysia (BNM).

Sekatan terhadap penggunaan hasil kutipan daripada terbitan bon yang dinyatakan dalam Senarai Negatif NBMC adalah berkaitan dengan pembiayaan penyambung (bridging finance) bagi projek pembangunan hartanah tertentu. Sekatan ini adalah sama seperti yang dikenakan oleh BNM ke atas bank-bank berkenaan pembiayaan penyambung bagi projek pembangunan hartanah tertentu.

Senarai Negatif NBMC dimansuhkan sejajar dengan kelonggaran yang diberikan oleh BNM ke atas sekatan peminjaman oleh bank berkaitan pembiayaan penyambung. Dengan pemansuhan Senarai Negatif NBMC, kesamarataan dalam pengawalseliaan bagi pelaksanaan penjanaan dana oleh sektor swasta akan tercapai. Dari aspek yang lebih luas, langkah terkini ini adalah konsisten dengan objektif keseluruhan Kerajaan untuk menyahkawal selia dan meliberalisasikan pasaran dan ekonomi secara progresif.

Pembatalan sekatan ke atas penggunaan hasil kutipan daripada terbitan bon akan menggalakkan lebih banyak penerbitan bon bagi pembiayaan pelbagai projek pembangunan hartanah. Bagi semua bentuk pelaburan, SC mengingatkan para pelabur agar membuat keputusan pelaburan dengan bijak dengan menganalsis risiko yang terbabit serta maklumat yang ada.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup