Senarai Sekuriti Terkini Yang Diluluskan SC akan Diterbitkan Dua Kali Setahun

Kuala Lumpur, 6 Mac 2000

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah memutuskan mulai tahun ini, senarai terkini sekuriti yang diluluskan akan diterbitkan kepada umum sebanyak dua kali setahun. Sebagai panduan awam, senarai itu akan dikeluarkan pada hari Jumaat terakhir pada bulan April dan Oktober. Bagi tahun ini senarai berkenaan akan dikeluarkan pada 28 April dan 27 Oktober.

Semenjak Jun 1997, sebanyak tujuh senarai telah dikeluarkan oleh MPS. Senarai terakhir dikeluarkan pada 22 September 1999 dan akan berkuatkuasa sehingga pengumuman yang akan dibuat pada bulan April tahun ini.

Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) juga menggunakan senarai ini untuk mengemaskini komponen Indeks Syariah BSKL (KLSI) yang menjadi petunjuk bagi prestasi sekuriti-sekuriti yang diluluskan oleh Syari’ah. Pihak SC melalui MPS akan terus mengemaskini senarai tersebut dari masa ke semasa bagi menentukan status Sya’riah bagi syarikat-syarikat tersenarai di BSKL.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup