SIDC Anjur Seminar Pematuhan dan Amalan Jualan Terbaik

Kuala Lumpur, 21 April 1997

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) bagi Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menganjurkan Seminar Pematuhan dan Amalan Jualan Terbaik (Compliance and Best Sales Practices) pada 5 Mei 1997 di Grand Ballroom, Legend Hotel and Apartments, Kuala Lumpur.

Objektif utama seminar ialah untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan piawai kewaspadaan (prudential standards) dan pematuhan yang mencukupi di kalangan firma-firma ahli, khususnya di dalam persekitaran penzahiran sepenuhnya. Untuk tujuan itu, seminar sehari tersebut akan merangkumi isu-isu mengenai:

  • pengawasan, pematuhan dan kawalan dalaman
  • pentadbiran korporat dan pengurusan risiko
  • amalan jualan terbaik dan kesesuaian pelanggan
  • peranan dan fungsi organisasi kewalseliaan sendiri dari segi pematuhan di kalangan ahli
  • peranan dan fungsi pegawai-pegawai pematuhan

Seminar ini ditujukan kepada golongan broker saham, broker niaga hadapan, pengurus dana, bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan pengawalselia.

Para penceramah di seminar itu terdiri daripada organisasi-organisasi antarabangsa yang terkemuka seperti:

  • Merril Lynch Asia Pacific, Hong Kong dan Singapura
  • National Futures Association, Chicago
  • Swiss Bank Corporation, Zurich
  • Securities and Futures Authority, London

Seminar tersebut dijangka menjadi wadah yang berkesan bagi SC untuk menjelas dan mengetengahkan, demi kepentingan para peserta industri dan masyarakat umum, isu-isu penting mengenai pematuhan dan amalan jualan terbaik. Ia juga akan membantu pelaksanaan peranan SC untuk mempromosi dan menggalakkan kelakuan yang baik di kalangan ahli-ahli industri dan juga untuk menyekat amalan-amalan haram, mengaibkan dan tidak wajar.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Untuk mendapatkan butir-butir lanjut mengenai seminar, sila hubungi Cik Rosma di no. tel. 03-2507590 atau no. faks: 03-2523693 atau lihat Homepej SC di http://www.jaring.my/at-asia/sc.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup