SIDC anjur Seminar Pengenalan kepada Pasaran Modal Malaysia

Kuala Lumpur, 13 Mac 2002

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), bahagian latihan dan pendidikan Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menganjurkan satu seminar bertajuk "Introduction to the Capital Market" dari 18-19 Mac 2002 di Bangunan SC, Kuala Lumpur.

Seminar peringkat pengenalan tersebut bertujuan memberikan peserta kefahaman asas mengenai pasaran modal Malaysia. Untuk tujuan ini, seminar tersebut akan membincangkan antara lain, peranan dan fungsi SC dan bursa-bursa.

Ia juga akan mendidik peserta mengenai langkah-langkah asas perancangan pelaburan dan bagaimana untuk mengurus pelaburan persendirian mereka, terutamanya dalam persekitaran pengawalseliaan berteraskan penzahiran (DBR). Di samping itu, peserta juga akan mempelajari mengenai langkah-langkah yang diambil oleh SC dan institusi pasaran lain untuk memastikan tindak-tanduk pasaran yang adil dan menjaga kepentingan pelabur.

Seminar ini disasarkan kepada mereka yang baru memasuki pasaran modal Malaysia, pelajar universiti serta orang ramai yang ingin mendapatkan pengetahuan asas mengenai pasaran modal Malaysia dan perancangan kewangan.

Yuran pendaftaran bagi seminar tersebut ialah RM300. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Khairul Sabudin, SIDC di talian: (03)-6204 8573, faks: (03)-6201 5811 atau e-mel: [email protected]. Maklumat lanjut juga boleh didapati di www.sc.com.my

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup