Objektif utama seminar ini adalah untuk memberi penerangan kepada pengarah dan peserta-peserta korporat lain seperti setiausaha syarikat, tentang tugas am, hak dan liabiliti mereka di dalam persekitaran yang menuju ke arah peraturan berteraskan penzahiran dan pentadbran korporat yang mempunyai standard yang lebih tinggi.
Seminar ini menawarkan peluang baik bagi pengarah syarikat tersenarai, pengarah syarikat yang bakal disenaraikan dan setiausaha syarikat untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang tugas dan tanggungjawab undang-undang yang kini dikenakan ke atas mereka dan akan diharapkan daripada mereka pada masa hadapan. Maklumat dan wawasan sedemikian akan memberi faedah memandangkan perubahan suasana industri pengawalseliaan, terutama dengan pengenalan Kod Pentadbiran Korporat Malaysia yang baru.
Kod yang baru diperkenalkan ini yang merupakan sebahagian daripada Laporan Pentadbiran Korporat Jawatankuasa Kewangan, Kementerian Kewangan, antara lainnya, memberikan garis kasar prinsipal dan amalan terbaik bagi pentadbiran korporat berhemat oleh syarikat tersenarai.
Penceramah utama dan topik seminar termasuklah:
- "Mendefinisikan Semula Tugas Pengarah pada Alaf Akan Datang" oleh Prof. Abdul Manap Said, Presiden Terdahulu, MAICSA;
- "Fungsi Pengarah - Perspektif Pengawalselia" oleh Siow Kim Lun, Pengarah, Suruhanjaya Sekuriti; dan
- "Tugas Fidusiari dan Peraturan Baru Pengarah" oleh F.S.Cheah, Pengarah Teknikal, MAICSA.
Mereka yang berminat boleh menghubungi
Urus setia MAICSA (Sharan/Suguna) di tel:
03-282 9276 atau faks:
03- 282 9281