SIDC menganjurkan seminar untuk menggalakkan kesedaran dan pemahaman yang lebih tentang pasaran modal Islam

Kuala Lumpur, 30 Jun 1999

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menganjurkan Seminar Pengenalan Pasaran Modal Islam pada 8 Julai 1999 di Bangunan SC untuk menggalakkan kesedaran dan pemahaman yang lebih tentang pasaran modal Islam.

SIDC menganjurkan seminar untuk menggalakkan kesedaran dan pemahaman yang lebih tentang pasaran modal Islam
Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menganjurkan Seminar Pengenalan Pasaran Modal Islam pada 8 Julai 1999 di Bangunan SC untuk menggalakkan kesedaran dan pemahaman yang lebih tentang pasaran modal Islam.

Menyedari bahawa sebahagian besar komuniti Islam di Malaysia masih perlu didedahkan kepada pasaran modal Islam, seminar tahap pengenalan ini bertujuan untuk menyediakan pengetahuan yang boleh menggalakkan lebih ramai orang Islam untuk turut serta dan mendapat manfaat daripada pasaran modal Islam, menurut prinsip Syariah. Secara keseluruhan, seminar ini diharap akan dapat menyumbang ke arah mencapai matlamat SC untuk membangunkan pasaran modal Islam di Malaysia.

Sehubungan ini, antara lainnya, seminar ini akan dapat memberi pemahaman kepada peserta tentang:

  • bagaimana sekuriti diklasifikasikan menurut prinsip syariah;
  • jenis produk kewangan Islam yang sedia ada; dan
  • pengurusan dana Islam.

Penceramah seminar yang terdiri daripada pegawai SC yang berpengalaman, ahli-ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS), SC dan pengamal industri termasuklah:

  • Y.Bhg. Dato' Dr. Abdul Halim Ismail, Ahli Majlis Penasihat Syariah, SC;
  • Dr.Ghazali Atan, Komplek Metrowangsa Sdn Bhd;
  • En. Zahid Abdul Aziz, Bank Islam Malaysia Berhad; dan
  • Ustaz Nurdin Ngadimon, Unit Pasaran Modal Islam, SC.

Walaupun seminar ini terbuka kepada semua orang awam yang berminat untuk mendapatkan pemahaman tentang pasaran modal Islam, peserta sasaran utama adalah pegawai pelaburan, perbankan dan undang-undang, penganalisis, penasihat Syariah, ahli akademik dan pelajar.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Zainab Ismail daripada SIDC di no. tel. 03-654 8848 atau no. faks. 03-651 5811 untuk keterangan lanjut.

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI


Dikeluarkan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti. Pihak media yang memerlukan bantuan boleh menghubungi no. tel. 03-654 8513 (Ann Teoh)/ 03-654 8184 (Azmi Hariss Ibrahim) atau no. faks 03-651 5078 atau e-mel [email protected]

Maklumat latar belakang:
Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) merupakan bahagian pendidikan SC. Ia bertanggungjawab memudahkan pendidikan dan penyelidikan dalam pembangunan pasaran modal Malaysia melalui latihan dan penyebaran hasil kajian bukan proprietari. Ia juga bertanggungjawab bagi pembangunan pusat maklumat SC yang apabila tertubuh sepenuhnya akan menjadi pusat sumber maklumat pasaran modal yang ulung bagi rantau ini.

Suruhanjaya Sekuriti (SC), sebuah badan berkanun yang melapor terus kepada Menteri Kewangan, diwujudkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi pengawalselia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung bagi penyeliaan dan pengawasan aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa saham dan rumah penjelasan, dan mengawalselia semua pihak yang diberikan lesen di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993.

Maklumat lanjut mengenai SC juga terdapat dalam laman web SC di www.sc.com.my
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup