Skim Pembayaran Balik Omega Diselesaikan Dengan Jayanya

Kuala Lumpur, 13 Januari 1999

Skim Pembayaran Balik untuk Omega Securities Sdn Bhd ('Omega') telah diumumkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada 5hb. Jun 1998 dengan tujuan untuk mengurangkan kerugian yang ditanggung oleh pelanggan runcit Omega. Kini, skim tersebut telah sampai ke tahap akhir di mana para pelanggan Omega yang telah mengemukakan tuntutan mereka kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) telah pun menyelesaikan kedudukan mereka dan telah menerima pembayaran yang sewajarnya

Sejumlah 2,280 pelanggan termasuk di bawah kategori pelanggan yang layak membuat tuntutan bagi pembayaran yang berjumlah RM67,813,702.93 daripada Skim Pembayaran Balik tersebut. Daripada jumlah yang dinyatakan, sejumlah 2,220 pelanggan telah menerima pembayaran agregat sebanyak RM67,739,980.62. Buat masa ini, Skim Pembayaran Balik tersebut mempunyai baki belum bayar sebanyak RM73,722.31 yang merangkumi tuntutan milik 60 pelanggan yang selebihnya.

BSKL akan menerbitkan satu iklan dalam masa yang sewajarnya untuk menggariskan proses yang perlu diikuti oleh 60 pelanggan yang selebihnya itu.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Diterbitkan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti. Untuk bantuan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Korporat di no. tel. 03-2597164 (Karen De Cruz)/ 03-2507695 (Sarina Ariffin) atau no.faks 03-2536184.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup