Pengeluaran Parameter Syariah ke atas i-ETF merupakan inisiatif bagi membangunkan lagi pasaran modal Islam di Malaysia dengan menyediakan peraturan Syariah bagi ETF Islam berasaskan emas dan perak. Ini merupakan Parameter Syariah pertama yang dikeluarkan oleh SC dan telah disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah SC.
Parameter Syariah terhadap i-ETF sebahagian besarnya menggariskan ciri-ciri yang berikut:
1. Peraturan Syariah mengenai dagangan barangan berasaskan ribawi yang termasuk klasifikasi barangan ribawi dan peraturan bagi dagangan barangan ribawi.
2. Peraturan Syariah bagi penubuhan, penstrukturan dan dagangan ETF Islam berasaskan emas dan perak sebagai aset pendasar.
3. Peranan penasihat Syariah dalam ETF Islam berasaskan emas dan perak sebagai aset pendasar.
Parameter ke atas i-ETF boleh diperoleh di laman sesawang SC di
www.sc.com.my.SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA