Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengeluarkan Parameter Syariah ke atas Dana Dagangan Bursa Islam berasaskan Emas dan Perak
7 Oktober 2014   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Parameter Syariah ke atas Dana Dagangan Bursa (i-ETF) berdasarkan emas dan perak sebagai bimbingan dan rujukan daripada perspektif Syariah bagi memudahcarakan pembangunan produk oleh peserta industri.

Pengeluaran Parameter Syariah ke atas i-ETF merupakan inisiatif bagi membangunkan lagi pasaran modal Islam di Malaysia dengan menyediakan peraturan Syariah bagi ETF Islam berasaskan emas dan perak. Ini merupakan Parameter Syariah pertama yang dikeluarkan oleh SC dan telah disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah SC.

Parameter Syariah terhadap i-ETF sebahagian besarnya menggariskan ciri-ciri yang berikut:

1. Peraturan Syariah mengenai dagangan barangan berasaskan ribawi yang termasuk klasifikasi barangan ribawi dan peraturan bagi dagangan barangan ribawi.

2. Peraturan Syariah bagi penubuhan, penstrukturan dan dagangan ETF Islam berasaskan emas dan perak sebagai aset pendasar.

3. Peranan penasihat Syariah dalam ETF Islam berasaskan emas dan perak sebagai aset pendasar.

Parameter ke atas i-ETF boleh diperoleh di laman sesawang SC di www.sc.com.my.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup