Walaupun keadaan pasaran kewangan global bertambah baik berikutan kadar imunisasi terhadap COVID-19 yang baik dan penyambungan semula aktiviti ekonomi, ancaman seperti kemunculan varian COVID-19 baharu terus menyebabkan ketidaktentuan kepada pasaran modal global dan domestik.
SC terus mengguna pakai pelbagai intervensi untuk memupuk amalan dan budaya tadbir urus korporat yang baik dalam seluruh ekosistem pasaran termasuk pengarah, pemegang saham, dan pengawal pasaran. Langkah-langkah juga telah dilaksanakan untuk memupuk kefahaman awal mengenai tadbir urus dalam kalangan belia.
Fungsi dan kemampuan pemantauan dan penyeliaan yang proaktif dan mantap adalah penting untuk memastikan tatalaku dan amalan yang wajar oleh peserta pasaran di samping mengekalkan kepercayaan dalam pasaran modal.
Walaupun SC mengalu-alukan inovasi digital yang memberi manfaat kepada pasaran modal, ia juga menyedari risiko yang mungkin timbul yang berkaitan dengan bidang digital.
Untuk mengimbangi integriti pasaran dengan perkadaran serta memastikan pencegahan yang berkesan dan berwibawa, strategi penguatkuasaan yang dijalankan pada 2021 tertumpu kepada mencapai hasil yang pantas, berkesan dan disasarkan.
Untuk memastikan pelabur berupaya membuat keputusan kewangan dan pelaburan bermaklumat, SC terus mengutamakan inisiatif pemerkasaan pelabur melalui program pendidikan pelabur.