Tinjauan dan Prospek Pasaran Modal

Ekonomi global memasuki fasa pemulihan pada 2021, tetapi diiringi ketidaksamaan yang semakin meluas di antara negara dunia dan cabaran berterusan daripada pandemik COVID-19. Di peringkat domestik, ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan dan terus pulih dari tahun sebelumnya, walaupun pada kadar yang lebih perlahan daripada jangkaan awal.

Berlatarbelakangkan persekitaran ekonomi ini, di samping volatiliti berkala pasaran kewangan global, pasaran modal Malaysia terjejas dengan ketara, di mana keduadua pasaran ekuiti dan bon domestik mencatatkan prestasi yang lemah bagi tahun berkenaan. Namun begitu, pasaran modal domestik kekal teratur, dan terus memainkan peranannya yang penting dalam membiayai aktiviti ekonomi dan sebagai pengantara tabungan dengan peningkatan ketara dalam aktiviti pengumpulan dana dalam semua segmen pasaran.

Melangkah ke hadapan, ekonomi Malaysia diunjurkan kekal ke arah pemulihan pada 2022, seiring dengan pemulihan yang berterusan dalam permintaan global. Walaupun pasaran modal domestik akan terus dipengaruhi oleh perkembangan utama di peringkat global, ia dijangka kekal berdaya tahan dan teratur, disokong oleh asas makroekonomi Malaysia yang kukuh, kecairan domestik yang mencukupi dan persekitaran dasar yang menyokong.

Ekonomi global memasuki fasa pemulihan pada 2021, disokong oleh pemulihan dalam aktiviti pembuatan dan perdagangan global.

Ekonomi Malaysia tetap berada di landasan pemulihan pada tahun 2021. Walau bagaimanapun, kemerosotan situasi COVID-19 domestik pada pertengahan 2021 melambatkan pemulihan menyeluruh dalam aktiviti ekonomi.

Ekonomi global diunjurkan akan terus pulih pada 2022. Walau bagaimanapun, prospek ini tertakluk kepada ketidaktentuan yang ketara dan akan kekal tidak sekata dalam semua ekonomi.

Related Links
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami | Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup