Prospek Ekonomi Bagi 2022

Ekonomi global diunjurkan akan terus pulih pada 2022. Walau bagaimanapun, prospek ini tertakluk kepada ketidaktentuan yang ketara dan akan kekal tidak sekata dalam semua ekonomi. Di sebalik evolusi pandemik yang berterusan, ketidaktentuan geopolitik, interaksi antara gangguan rantaian bekalan, tekanan inflasi dan normalisasi dasar dalam ekonomi utama akan mempunyai pengaruh besar terhadap ketahanan pemulihan global. Sementara itu, perkembangan dalam pasaran modal global dijangka selari dengan prospek ekonomi ini.

Ekonomi Malaysia diunjurkan kekal pada landasan pemulihan pada 2022, di tengah-tengah pemulihan permintaan luaran, pembukaan semula ekonomi domestik dan sokongan dasar domestik yang berterusan. Bagaimanapun, risiko penurunan pertumbuhan tetap ada, terutamanya berikutan ketidaktentuan luaran, manakala kadar pemulihan ekonomi dijangka terus tidak sekata bagi semua sektor, dengan momentum yang lebih kukuh dijangka dalam sektor berorientasikan eksport.

Prestasi pasaran modal Malaysia dijangka terus bertambah baik, seiring dengan pemulihan ekonomi domestik. Walau bagaimanapun, ia akan terus dipengaruhi oleh perkembangan utama di peringkat global, di mana volatiliti berkemungkinan didorong oleh perkembangan dalam ketegangan geopolitik, berserta masa dan kadar normalisasi dasar monetari global. Namun begitu, pasaran modal domestik akan kekal berdaya tahan, teratur dan terus menyokong ekonomi, didukung oleh asas makroekonomi yang kukuh, kecairan domestik yang mencukupi dan infrastruktur pasaran modal yang mantap.
Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami | Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup