Laporan Tahunan 2022
Untuk menggalakkan dan mengekalkan pasaran sekuriti dan derivatif yang adil, cekap, terjamin dan telus serta untuk memudahcarakan pembangunan modal bagi pasaran modal yang inovatif dan berdaya saing.
Sorotan 2022: Prestasi Pasaran Modal
Prestasi selama 5 tahun (2018-2022)
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales.
Siaran Akhbar
27 Mac 2023
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dengan sukacitanya mengumumkan penerbitan Laporan Tahunan 2022 (AR 2022), Laporan Tahunan Lembaga Pemantauan Audit 2022 (Laporan AOB 2022), dan Tinjauan Kestabilan Pasaran Modal 2022 (CMSR 2022), yang merupakan terbitan sulungnya.
Pembentangan Slaid
27 Mac 2023
Slaid pembentangan telah dibentang semasa sidang media maya untuk memberikan gambaran keseluruhan keadaan pasaran semasa serta keutamaan SC bagi tahun 2023.
Video
27 Mac 2023
Rakaman pembentangan semasa Sidang Media Laporan Tahunan 2022
Tinjauan dan Prospek Pasaran Modal
Mengembangkan Pendekatan Kawal Selia: Kebertanggungjawaban Bersama, Kecekapan dan Penerimaan Era Digital
Pasaran modal sentiasa berubah-ubah dan berinovasi, kesan daripada rentetan peristiwa di peringkat global dan domestik dan dibentuk oleh pertumbuhan kemajuan teknologi. Oleh itu, penting bagi SC memastikan pendekatan kawal selianya kekal berhemah namun progresif. Ini adalah untuk mengekalkan keyakinan terhadap integriti dan keadilan pasaran modal, sambil mendorong kemajuan dan pembangunannya. Pada 2022, SC memperkukuh pemantauan dan pengawasan pasaran, pengantara dan individu yang dikawal selia. Sebahagian besar usaha pemantauan dan pengawasan tersebut dilakukan dengan menumpukan kepada beberapa keutamaan strategik untuk membina daya tahan dan kepercayaan dalam pasaran dengan menggalakkan tatalaku yang baik melalui penggalakkan perniagaan yang bertanggungjawab, meningkatkan standard tadbir urus serta memupuk budaya kawal seliaan kendiri dan pematuhan. Tindakan penguatkuasaan yang berkesan juga telah dijalankan untuk meningkatkan standard tingkah laku dan menghalang salah laku manakala, inisiatif perlindungan pelabur dilaksanakan untuk meningkatkan lagi keyakinan dan kestabilan pasaran.
Membolehkan Pasran yang Lebih Relevan, Cekap dan Pelbagai
Bagi membolehkan pasaran yang lebih relevan, cekap dan pelbagai, SC telah mengambil langkah untuk memudahcara pasaran modal yang berdaya saing dan inklusif. Pada 2022, SC terus menjalankan inisiatif untuk meningkatkan kemampanan ekonomi melalui usaha mengembangkan pasaran modal selaras dengan matlamat dan sasaran negara. Agenda pembangunan SC juga bertujuan sebagai pemangkin pelaburan, mengembangkan ekosistem pendanaan, dan memperkasakan pelabur untuk masa depan yang lebih mantap, di samping mengharungi era pendigitalan. Di samping itu, SC terus meningkatkan daya saing Malaysia dalam pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) serta meluaskan dan mendalami pasaran modal Islam untuk mengukuhkan nilai serta bagi mengukuhkan kepimpinannya di peringkat global.
Libat Urus Strategik Bersama Pihak Berkepentingan
Informasi Organisai
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) merupakan badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA) untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.
Ia komited untuk memastikan pelabur dilindungi, pasaran yang adil dan teratur; serta memantau, mengurangkan dan menguruskan risiko sistemik yang muncul daripada pasaran modal.
Statistik Pasaran
Statistik pasaran bagi: