AOB memberi penekanan kepada libat urus yang kerap dan disasarkan dengan pihak berkepentingan utama, yang merangkumi juruaudit, penyedia penyata kewangan, jawatankuasa audit dan rakan pengawal selia. Libat urus ini bermanfaat bagi memastikan keperluan dan kebimbangan pihak berkepentingan diterjemahkan ke dalam bidang tumpuan AOB.