Kemuka Aduan / Pemberian Maklumat

Pejabat Pengguna dan Pelabur Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menyiasat aduan mengenai kelakuan tidak wajar dan penyelewengan lain dalam pasaran sekuriti dan niaga hadapan untuk menilai sama ada mereka mendedahkan kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. SC mengalu-alukan semua jenis aduan yang berkaitan kerana aduan boleh membantu dalam menyedarkan SC tentang kegiatan tidak teratur yang berlaku dalam industri atau trend baru yang melibatkan penipuan pelaburan untuk wang orang awam.

SC berusaha untuk melaksanakan fungsinya secara berintegriti dan profesional sambil memastikan objektifnya tercapai.

Pada setiap masa, kakitangan SC mesti melakukan apa yang betul apabila melaksanakan tugas untuk menjaga nama baik dan reputasi SC. Oleh itu adalah penting bahawa kelakuan tidak wajar dikesan dan dilaporkan, dan kebimbangan yang dibangkitkan adalah diuruskan dengan sewajarnya.


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup