Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaiikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Mengadap
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Ampun Tunku,
Patik bagi pihak Kementerian Kewangan, dengan penuh hormat takzimnya merafak sembah, menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan
Duli Yang Amat Mulia Tunku, bercemar duli berangkat ke
Majlis Pengumuman Insentif Forest City Special Financial Zone pada pagi yang berbahagia ini.
Sesungguhnya keberangkatan
Duli Yang Amat Mulia Tunku telah menambahkan serinya majlis ini. Ia sekaligus mencerminkan keprihatinan
Duli Yang Amat Mulia Tunku terhadap perkembangan ekonomi khususnya di negeri Johor.
Ampun Tunku,
Seterusnya patik dengan segala hormat takzimnya memohon perkenan
Duli Yang Amat Mulia Tunku untuk patik menyampaikan ucapan dan mengumumkan insentif ini kepada hadirin sekalian dalam Bahasa Inggeris.
- Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor