Laporan Tahunan SC 2024
Untuk menggalakkan dan mengekalkan pasaran sekuriti dan derivatif yang adil, cekal, terjamin dan telus, serta untuk memudahcarakan pembangunan teratur bagi pasaran modal yang inovatif dan berdaya saing.
Sorotan 2024: Prestasi Pasan Modal
Prestasi 5 Tahun (2019-2024)
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales.
Siaran Akhbar
20 Mac 2025
Saiz pasaran modal Malaysia mencecah paras tertinggi sebanyak RM4.2 trilion pada tahun 2024 (2023: RM3.8 trilion), didorong pertumbuhan dalam pasaran saham dan bon serta sukuk belum tebus.
Pembentangan Slaid
20 Mac 2025
Slaid pembentangan telah dibentang semasa sidang media maya untuk memberikan gambaran keseluruhan keadaan pasaran semasa serta keutamaan SC bagi tahun 2025.
Tinjauan Prospek dan Pasaran Modal
Prestasi dan Hasil Kawal Selia
Pada tahun 2024, SC meneruskan misinya untuk menggalakkan pasaran modal yang adil, cekap, terjamin dan telus melalui rangka kerja pengawalseliaan yang komprehensif merangkumi penggubalan peraturan, pemantauan dan penguatkuasaan. Bahagian ini memberikan tinjauan ringkas tentang inisiatif dan hasil pengawalseliaan utama SC untuk tahun laporan, menggariskan komitmennya ke arah mengekalkan integriti pasaran dan melindungi kepentingan pelabur.
Memperkukuh Kemamanan dan Daya Saing Pasaran Modal
Mobilisasi modal yang cekap adalah penting untuk meningkatkan kemampanan dan daya saing pasaran modal Malaysia. Bagi tujuan ini, SC terus menambah baik keterangkuman dan kebolehaksesan pasaran serta membolehkan lebih banyak pilihan pelaburan yang pelbagai untuk pelabur merentasi kedua-dua pasaran tradisional dan alternatif. Usaha tertumpu terutamanya
pada penambahan landskap dan produk pelaburan, meluaskan pasaran derivatif, penambahan pemain dan produk dalam ruang aset digital, dan memperkasakan inovasi yang bertujuan untuk memacu pasaran yang dinamik dalam era digital ini. Selain memperkukuh ekosistem semasa, peluang pengumpulan dana terus dipertingkatkan terutamanya untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan syarikat pertengahan (MTC).
Libat Urus Strategik Bersama Pihak Berkepentingan
Komitmen SC untuk memupuk ekosistem yang memudahkan dan inklusif bagi pasaran modal Malaysia adalah berpaksikan kepada libat urus strategik dan komunikasi terbuka dengan kedua-dua pihak berkepentingan dan orang ramai. Menyedari bahawa akauntabiliti bersama adalah penting untuk memacu pertumbuhan dan inovasi yang mampan, SC telah memperkukuh pendekatannya terhadap kerjasama merentas industri dan sektor lain. Pendekatan ini memastikan keperluan dan perspektif semua pihak berkepentingan dipertimbangkan secara teliti dalam penggubalan dasar dan pelaksanaan inisiatif pembangunan.
Informasi Organisasi
SC merupakan badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA) untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia. Misi SC adalah untuk menggalakkan dan mengekalkan pasaran sekuriti dan derivatif yang adil, cekap dan telus serta memudahkan pembangunan teratur bagi pasaran modal yang inovatif dan berdaya saing.
Ia komited untuk memastikan pelabur dilindungi, pasaran yang adil dan teratur, serta memantau, mengurangkan dan mengurus risiko sistemik yang muncul daripada pasaran modal. Tanggungjawab, kuasa dan bidang kuasa SC ditakrifkan dengan jelas dan digariskan dalam undang-undang sekuriti, iaitu SCMA, Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).
Statistik Pasaran