Mengembangkan Keluasan, Inovasi dan Daya Saing Pasaran

Memperluas akses pasaran modal terus menjadi pemacu penting dalam mengembangkan keluasan, inovasi dan daya saing pasaran modal Malaysia. Pada masa yang sama, akses pasaran modal yang berkesan perlu disejajarkan dengan pembangunan dalam ekonomi pihak berkepentingan yang lebih besar dan mewujudkan sebuah ekosistem yang dapat memacu kemampanan perniagaan dalam semua segmen pasaran modal Malaysia.

Dalam konteks ini, SC menjalankan usaha pembangunan untuk memastikan pasaran terus berada di landasan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam persekitaran pihak berkepentingan yang inklusif.

Menuju ke arah ekosistem pelaburan dan pembiayaan yang relevan, cekap dan pelbagai, SC telah memperkenalkan kelonggaran dan memudah cara inovasi, yang bermatlamat untuk memperluaskan pilihan dan akses pelaburan, serta meningkatkan kecekapan pasaran awam.

Dengan meningkatnya permintaan perkhidmatan digital dan dalam talian, pasaran modal terus menyaksikan pertumbuhan yang menggalakkan melalui inovasi digital dan pengenalan model perniagaan baharu, di samping membolehkan pengantara, perniagaan dan pelabur mendapat manfaat daripada kebolehcapaian, kecekapan, ketelusan dan kemudahan.

Konsep ekonomi pihak berkepentingan menekankan penciptaan nilai jangka panjang – yang mana perniagaan memikul tanggungjawab yang lebih besar melangkaui keuntungan jangka pendek dan mengambil kira keperluan pihak berkepentingan, daripada pemegang saham, pekerja dan rakan kongsi perniagaan kepada alam sekitar, masyarakat dan komuniti.

SC terus memperkukuh cadangan nilai ICM dengan meluaskan akses kepada pembiayaan patuh Syariah, menanamkan dorongan yang lebih besar bagi kewangan sosial Islam, dan menggalakkan pertumbuhan fintech Islam.

Related Links
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami | Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup