Memacu Pertumbuhan Lebih Besar Dalam Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab

Memandangkan keperluan mendesak dalam memenuhi matlamat pembangunan mampan dan iklim, kewangan dan pelaburan mampan terus berada haluan pertumbuhan di peringkat global. Selaras dengan CMP3 dan SRI Roadmap for the Malaysian Capital Market (Pelan Hala Tuju Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab untuk Pasaran Modal Malaysia (SRI Roadmap), SRI terus menjadi salah satu keutamaan penting bagi pembangunan pasaran modal Malaysia. Pada 2022, SC memperkenalkan beberapa inisiatif untuk menyokong pembangunan ekosistem SRI holistik, termasuk memudahcarakan peralihan yang lebih besar ke arah ekonomi rendah karbon.

Memberi akses yang lebih besar untuk memudahcara kewangan mampan dan peralihan

Ketika Malaysia beralih kepada ekonomi rendah karbon, peranan pasaran modal boleh terus dimanfaatkan untuk menggerakkan pelaburan persendirian dalam membolehkan akses yang lebih besar kepada keperluan pembiayaan mampan dan peralihan. Untuk tujuan ini, SC telah mengeluarkan SRI-Linked Sukuk Framework (Rangka Kerja Sukuk Berkaitan Pelaburan Mampan dan

Bertanggungjawab (berkaitan SRI) untuk memudahcarakan syarikat termasuk yang berada dalam sektor yang sukar menghindari buangan untuk menerokai pasaran modal. Rangka Kerja Sukuk Berkaitan SRI, yang dikeluarkan pada 30 Jun 2022, bertujuan untuk memudahcarakan pengumpulan dana oleh syarikat, menangani kebimbangan kemampanan mereka seperti perubahan iklim atau agenda sosial, dengan ciri yang berkaitan dengan komitmen prestasi kemampanan penerbit. Ini juga akan mengukuhkan lagi kedudukan ICM Malaysia dalam memacu agenda kemampanan.

Baca lebih lanjut mengenai siaran media ‘SC Umum Rangka Kerja Sukuk Baharu Bagi Memudahcara Peralihan Syarikat Kepada Sifar Bersih’.
SC juga mengetuai pembangunan ASEAN SLBS yang diperkenalkan oleh ACMF. ASEAN SLBS bertujuan untuk memudahcarakan peranan bon berkaitan kemampanan dalam membiayai syarikat yang menyumbang kepada kemampanan.

SC telah memperluaskan Skim Sukuk SRI dan Geran Bon (Geran) untuk memasukkan penerbitan di bawah Rangka Kerja Sukuk Berkaitan SRI dan ASEAN SLBS sewajarnya. Geran ini bertujuan untuk mengurangkan kos terbitan kerana penerbit dapat memanfaatkan Geran tersebut untuk mengimbangi sebahagian daripada kos semakan luaran yang ditanggung. Geran itu, yang diwujudkan pada 2018, juga layak untuk sukuk yang diterbitkan di bawah Rangka Kerja Sukuk SRI dan bon yang diterbitkan di bawah Piawaian ASEAN.

Sukuk SRI terus memainkan peranan penting dalam memacu perjalanan kemampanan Malaysia dengan menggerakkan pembiayaan untuk projek hijau, sosial dan mampan yang layak. Sehingga 31 Disember 2022, RM10.58 bilion sukuk SRI telah diterbitkan, menjadikan terbitan terkumpul sukuk SRI kepada RM18.92 bilion, sejak pengenalan Rangka Kerja Sukuk SRI pada 2014. Daripada jumlah terbitan sukuk SRI, RM16.58 bilion telah diiktiraf sebanyak dua kali di bawah Rangka Kerja Sukuk SRI dan Piawaian ASEAN. Terbitan dari Malaysia menyumbang 24% daripada jumlah terbitan yang dilabel di bawah Piawaian ASEAN.

Baca lebih lanjut mengenai siaran media ‘Skim Sukuk SRI dan Geran Bon Diperluas untuk Memudahcara Kewangan Mampan’.
  • Mempercepat pertumbuhan pelaburan mampan untuk pasaran modal

    SC menerajui pembangunan SRFS ASEAN, yang bertujuan untuk meningkatkan ketelusan serta menyediakan penzahiran minimum dan keperluan pelaporan untuk digunakan kepada CIS yang ingin melayakkan diri di bawah SRFS ASEAN. Berikutan pengenalan SRFS ASEAN, Guidelines on Sustainable and Responsible Investment Funds (Garis Panduan Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (Garis Panduan Dana SRI) telah disemak semula untuk mempertingkat penzahiran dan keperluan pelaporan dana SRI dan memudahcara dana SRI untuk melayakkan ia sebagai ASEAN Sustainable and Responsible Fund (Dana Mampan dan Bertanggungjawab ASEAN). Sehingga 31 Disember 2022, sejumlah 58 dana SRI dengan NAV berjumlah RM7.05 bilion ditawarkan di Malaysia.

    Untuk meningkatkan keupayaan pengantaraan SRI bagi pengurus dana asing dan tempatan, SC telah mengeluarkan Guidance Note on Managing ESG Risks for Fund Management Companies (Nota Panduan Mengurus Risiko ESG bagi Syarikat Pengurusan Dana) (FMC) (Nota Panduan) pada 30 Jun 2022. Nota Panduan tersebut bertujuan untuk memberikan kejelasan dan menggariskan jangkaan SC terhadap pembangunan dan pelaksanaan amalan, dasar dan prosedur untuk analisis dan pengurusan berkesan risiko material ESG dan pertimbangan berkaitan risiko yang wujud dalam portfolio pelaburan FMC. SC juga menyokong pembangunan beberapa inisiatif di bawah program Perkukuh Pelaburan Rakyat (PERKUKUH) di bawah Kementerian Kewangan (MOF), bertujuan untuk mengutamakan tadbir urus yang baik yang membolehkan pertumbuhan mampan, keterangkuman sosioekonomi yang diperkukuh dan kelestarian alam sekitar. SC, sebagai peneraju Kumpulan Kerja PERKUKUH #11 WG, menerajui pembangunan inisiatif Piawaian Pelaburan Mampan untuk meningkatkan peranan GLIC dalam pelaburan mampan dengan menyediakan panduan untuk memasukkan pertimbangan kemampanan ke dalam proses pelaburan.

    Ini sejajar dengan peranan GLIC ke arah mewujudkan nilai dan impak jangka panjang terhadap ekonomi, serta dalam menyokong komitmen Malaysia untuk memenuhi hasrat iklim global dan agenda kemampanan.
  • Meluaskan spektrum SRI melalui pengenalan Taksonomi SRI

    Selaras dengan saranan SRI Roadmap, SC membangunkan Principles-based SRI Taxonomy for the Malaysian Capital Market (SRI Taxonomy) Taksonomi SRI berasaskan Prinsip. Taksonomi SRI, yang dikeluarkan pada 12 Disember 2022, bertujuan membolehkan peserta pasaran modal mengenal pasti aktiviti ekonomi yang selari dengan objektif alam sekitar, sosial dan kemampanan, sekali gus memudahcarakan proses membuat keputusan yang lebih termaklum dan cekap untuk mengumpul dana dan pelaburan untuk kelestarian. Pembangunan Taksonomi SRI dilaksanakan melalui Kumpulan Kerja Industri (IWG) yang terdiri daripada World Bank Group Inclusive Growth and Sustainable Finance Hub in Malaysia (World Bank) sebagai pakar teknikal utama dan wakil dari bursa saham tempatan, syarikat pengurusan dana dan aset, bank pelaburan, pemilik aset dan pakar kewangan mampan.

    Baca lebih lanjut mengenai siaran media ‘SC Perkenal Taksonomi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab Berasaskan Prinsip bagi Pasaran Modal Malaysia’.

Memudahcara Inisiatif Kewangan Mampan Antarabangsa dan Serantau

  • Pasukan Petugas Kemampanan IOSCO

    Berikutan penubuhan Lembaga Piawaian Kemampanan Antarabangsa (International Sustainability Standards Board atau ISSB) ketika Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-26 (COP26), Pasukan Petugas Kemampanan (STF) IOSCO telah menumpukan usahanya untuk mengkaji semula piawaian ISSB Exposure Draft untuk memastikan bahawa piawaian yang dicadangkan boleh berfungsi sebagai garis asas global yang berkesan bagi pendedahan kemampanan untuk pasaran modal.

    Sebagai ahli Kumpulan Kerja Piawaian Iklim STF, SC terlibat dalam semakan Draf Pendedahan mengenai piawaian pendedahan berkaitan iklim terhadap satu set kriteria penilaian. Bidang lain yang diberi tumpuan oleh STF termasuk kerjasama dengan penetap piawaian antarabangsa bagi audit dan jaminan serta pembinaan kapasiti apabila piawaian pelaporan baharu diperlukan.
  • Kumpulan Kerja Kewangan Mampan ACMF

    Kerja berkaitan ASEAN SC disampaikan terutamanya melalui keanggotaannya dalam ACMF. ACMF merupakan kumpulan pengawal selia pasaran modal peringkat tinggi dari semua 10 bidang kuasa ASEAN. Ditubuhkan pada 2004 di bawah naungan Menteri-Menteri Kewangan ASEAN, tanggungjawab utama ACMF adalah untuk membangunkan pasaran modal serantau yang meluas, cair dan bersepadu.

    Berhubung dengan usaha ACMF mengenai kewangan mampan, SC mempengerusikan bersama SFWG ACMF dengan SEC Filipina. Sebagai Pengerusi Bersama SFWG, SC mengetuai pembangunan SLBS ASEAN, yang dibangunkan berdasarkan Prinsip Bon Berkaitan Kemampanan (Sustainability-Linked Bond Principles (SLBP) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang diterbitkan oleh Persatuan Pasaran Modal Antarabangsa. Pelancaran SLBS ASEAN melengkapkan set piawaian bon ASEAN, yang bermula dengan penerbitan ASEAN Green Bond Standards (Piawaian Bon Hijau ASEAN) pada 2017, dan ASEAN Social and Sustainability Bond Standards (Piawaian Bon Sosial dan Bon Kemampanan ASEAN) pada 2018.

    SC juga mengetuai pembangunan SRFS ASEAN, yang dikenal pasti sebagai cadangan utama di bawah ACMF Roadmap for ASEAN Sustainable Capital Markets (Pelan Hala Tuju ACMF untuk Pasaran Modal Mampan ASEAN) pada 2020. ASEAN SRFS dan ASEAN SLBS telah dilancarkan secara bersama ketika Persidangan Pasaran Modal Antarabangsa ASEAN di Phnom Penh, Kemboja , pada 28 Oktober 2022.

    Sejajar dengan tumpuan kepada kewangan mampan ASEAN, SC juga merupakan ahli Lembaga Taksonomi ASEAN (ATB), yang sedang berusaha untuk membangunkan Taksonomi ASEAN bagi Kewangan Mampan (ASEAN Taxonomy for Sustainable Finance atau ASEAN Taxonomy) sebagai rangka kerja untuk mengklasifikasi aktiviti kewangan mampan di rantau ini. Berikutan pelancaran Taksonomi ASEAN Versi 1, yang digunakan sebagai asas untuk perbincangan bersama pihak berkepentingan, SC merupakan bahagian aktif dalam libat urus bersama pihak berkepentingan yang disasarkan, serta libat urus di pelbagai acara sepanjang tahun, termasuk ketika Persidangan Pasaran Modal Antarabangsa ASEAN. Usaha ini akan dimuktamadkan dengan penerbitan Versi 2 Taksonomi ASEAN menjelang suku pertama 2023.

    SC juga merupakan ahli Jawatankuasa Kerja ASEAN mengenai Pembangunan Pasaran Modal (WC-CMD), satu badan sektor yang merangkumi bank-bank pusat dan kementerian kewangan, di samping pengawal selia pasaran modal. SC mempengerusikan Kumpulan Kerja Kewangan Infrastruktur WC-CMD, yang mana, pada tahun ini menerbitkan Sustainable Finance First for Sustainable Projects Conversation Pack pada bulan April, 2022 yang bertujuan untuk menggalakan perbincangan dengan kerajaan, pemilik projek dan penganjur untuk mempertimbangkan penggunaan kewangan mampan sebagai pilihan pertama pembiayaan untuk projekprojek mampan.

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami |Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup