Menumpukan Kepada Penguatkuasaan Yang Pantas, Berkesan Dan Bersasar

Untuk mengimbangi integriti pasaran dengan perkadaran serta memastikan pencegahan yang berkesan dan berwibawa, strategi penguatkuasaan yang dijalankan pada 2021 tertumpu kepada mencapai hasil yang pantas, berkesan dan disasarkan.

TINDAKAN PENGUATKUASAAN PADA 2021

PENDAKWAAN JENAYAH

Sebanyak sepuluh pertuduhan jenayah dikenakan terhadap enam individu dan satu syarikat awam tersenarai kerana aktiviti tidak berlesen dan memberi maklumat palsu dalam pelaporan kewangan. Selain itu, satu permohonan pelucuthakan jenayah telah difailkan terhadap seorang individu dan satu syarikat sendirian berhad berkaitan dengan kesalahan pengubahan wang haram. Tiga sabitan telah diperolehi terhadap tiga individu bagi kes melibatkan dagangan orang dalam, memberikan maklumat mengelirukan dalam pelaporan kewangan, dan kegagalan untuk hadir di hadapan Pegawai Penyiasat SC berkaitan dengan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2021 (AMLATFPUAA).

6 individu dan 1 entiti dikenakan pertuduhan

10 pertuduhan jenayah yang dikenakan

1 individual dan 1 entiti yang terlibat dalam permohonan pelucuthakan jenayah

1 permohonan pelucuthakan jenayah

3 sabitan yang diperolehi

3 hukuman penjara

RM7,575,000 jumlah denda yang dikenakan

TINDAKAN SIVIL

SC memfailkan enam tindakan sivil pada 2021 terhadap 10 individu. Empat penghakiman persetujuan juga direkodkan antara SC dan lapan individu.

6 tindakan sivil yang difailkan

10 individu

Bil. kehakiman yang diperoleh selepas perbicaraan penuh: 1 kes melibatkan 6 individu

Bil. kehakiman persetujuan yanga direkodkan: 4 kes melibatkan 8 individu

Jumlah yang diperoleh semula/perintah pengembalian wang oleh mahkamah: RM16,042,991.41

Jumlah penalti sivil yang dikenakan: RM2.5 juta

SC melaksanakan kuasa sivil untuk memperoleh semula kerugian pelabur kerana penipuan

Pada 30 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan RBTR Asset Management Bhd (RBTR) dan lima defendan lain iaitu Locke Guarantee Trust Ltd (LGT) New Zealand, Locke Capital Investments Ltd (LCI) British Virgin Island, Isaac Paul Ratnam, Joseph Lee Chee Hock, dan Nicholas Chan Weng Sung (Defendan) membayar RM13.352 juta sebagai pembayaran balik di atas tindakan mereka dalam skim Pelaburan Deposit Euro (EDI).

PENYELESAIAN KAWAL SELIA

9 kes penyelesaian kawal selia yang diadakan

10 individu terlibat

Sebanyak RM4,962,565.81 diperolehi semula

PENGEMBALIAN WANG

Sebanyak RM2,741,864.85 dikembalikan

721 pelabur menerima pengembalian wang

Sebanyak RM1,601,388.79 juta dikenal pasti untuk dikembalikan

501 pelabur dikenal pasti untuk menerima pengembalian wang selanjutnya

PERINTAH HALANGAN
Bilangan individu dihalang daripada berdagang di Bursa Malaysia

3 pengarah PLC

1 individu berlesen

1 individu swasta

Bilangan individu dihalang daripada menjadi Pengarah

5 pengarah PLC

1 individu berlesen

1 individu swasta

TINDAKAN PENTADBIRAN
Sebanyak 136 sekatan pentadbiran dikenakan bagi pelbagai pelanggaran undang-undang sekuriti dan Garis Panduan SC.

136

Sekatan pentadbiran yang dikenakan

1

Pengembalian wang berjumlah RM3,000

100

Celaan

11

Arahan dikeluarkan

21

Penalti yang dikenakan berjumlah RM2,865,500

1

Penolakan untuk menerima/ mempertimbangkan serahan kepada SC

2

Kenyataan awam dikeluarkan

Beroperasi sebagai RMO tanpa Kebenaran daripada SC

Pada 26 Julai 2021, SC mengenakan celaan dan mengeluarkan arahan terhadap Binance Holdings Ltd, Binance Digital Ltd, Binance UAB, Binance Asia Services Pte Ltd, dan Zhao Changpeng (Zhao), Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Binance Holdings Ltd kerana mengendalikan bursa aset digital tanpa mendaftar sebagai RMO dengan SC.

NOTIS PELANGGARAN

Selain daripada alat penguatkuasaan formal, SC juga bergantung pada alat penguat-kuasaan bukan berkanunnya semasa menjalankan fungsi pemantauan, pengawalan dan penyeliaan. Untuk tujuan ini, Notis Pelanggaran dikeluarkan bagi pelanggaran undang-undang sekuriti atau Garis Panduan SC yang tidak memerlukan tindakan jenayah, sivil atau pentadbiran. Sebanyak 133 Notis Pelanggaran telah dikeluarkan pada 2021, seperti yang diperincikan di bawah:

41 surat penyeliaan melibatkan pelanggaran yang dikeluarkan

22 surat amaran yang dikeluarkan

42 surat ketidakpatuhan yang dikeluarkan

28 surat henti operasi yang dikeluarkan

Perintah Henti Operasi daripada mengendalikan Bursa Tidak Terpusat

Berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai, SC mengeluarkan perintah henti operasi kepada RimauSwap (https://rimauswap.finance/) kerana mengendalikan Bursa Tidak Terpusat (DEX) tanpa kebenaran. RimauSwap juga diletakkan dalam Senarai Peringatan Pelabur SC. SC tidak memberi kebenaran kepada manamana pengendali DEX di Malaysia. Pelabur diberi amaran bahawa mereka yang berdagang dengan entiti atau individu tidak berlesen atau tidak berdaftar tidak dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia, dan terdedah kepada risiko, seperti penipuan dan pengubahan wang haram.

SOROTAN KES: PENYELESAIAN KAWAL SELIA DENGAN AMMB HOLDINGS BHD
Siasatan SC ke atas penglibatan Kumpulan AmBank dalam hal berkaitan 1MDB

SC telah menyelesaikan siasatannya ke atas AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) kerana terlibat dalam perbuatan untuk menipu Kerajaan Malaysia (GOM) dan 1MDB serta ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan garis panduan SC yang berkaitan. Pelanggaran tersebut adalah berkaitan dengan:

  • Program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) Dijamin Kerajaan, berjumlah RM5.0 bilion, yang tamat tempoh pada 2039, diterbitkan oleh Lembaga Pelaburan Terengganu (kini dikenali sebagai 1MDB) pada Mei 2009; dan
  • Program Sukuk Murabahah berjumlah RM2.4 bilion, yang tamat tempoh antara 2021 dan 2024, diterbitkan oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd pada Februari 2014 dan Disember 2014.

Pada 26 Februari 2021, Kumpulan AmBank bersetuju untuk membayar RM2.83 bilion kepada GOM untuk penyelesaian global bagi semua tuntutan dan tindakan tertunggak berhubung penglibatan Kumpulan AmBank dalam hal berkaitan 1MDB.

Inisiatif berterusan untuk meningkatkan tindakan penguatkuasaan
Kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang lain dan siasatan rentas sempadan

Menyedari bahawa kesalahan sekuriti tiada had sempadan dan mungkin melibatkan pelbagai pihak berkuasa atau bidang kuasa, usaha penguatkuasaan SC telah dipertingkatkan lagi melalui kejayaan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang dan/atau pengawal selia di dalam dan di luar Malaysia.

SC turut menyertai operasi bersama yang diselaraskan oleh Pusat Anti Jenayah Kewangan Kebangsaan bersama BNM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Cyber Security Malaysia.

Bagi kerjasama antarabangsa, Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala IOSCO (IOSCO MMoU) merupakan mekanisme utama yang digunakan untuk perkongsian maklumat dan pengumpulan bukti mengenai salah laku rentas sempadan. Pada 2021, SC berhubung dengan 15 bidang kuasa menurut MMoU IOSCO, untuk memohon bantuan daripada rakan sekerjannya.

Penguatkuasaan yang dipercepat

Untuk mempercepatkan hasil beberapa tindakan penguatkuasaan SC, Pasukan Petugas dalaman khas telah dibentuk. Pada 2021, empat Pasukan Petugas khas yang berasingan telah telah ditubuhkan untuk hasil penguatkuasaan yang lebih pantas.

SC juga telah mempertingkatkan proses dalamannya dengan melaksanakan Proses Penguatkuasaan yang Dipercepat yang memudahcarakan semakan dan penyiasatan pantas ke atas kes yang dikenal pasti.

Keupayaan yang dipertingkatkan melalui pendigitalan yang lebih besar dalam proses penyiasatan dan penguatkuasaan

SC menubuhkan pasukan Forensik Digital (DF) dalaman pada September 2020 sebagai sebahagian daripada inisiatifnya untuk meningkatkan kecekapan. Pada 2021, terdapat peningkatan yang ketara sebanyak 500% untuk penilaian berkaitan DF (seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah), dengan peningkatan ketara masa pusing balik daripada tigaenam bulan sebelumnya kepada purata tiga minggu dalam menangani permintaan yang dibuat.

Tahun

Tahun Bilangan permintaan

2020

2021

8*

51

} >500% peningkatan

* semua permintaan DF sebelum September 2020 dikendalikan oleh pihak luar

Pasukan DF terus meningkatkan skop dan keupayaannya, mengikuti perkembangan dalam ruang forensik digital melalui kerjasama yang mantap dengan komuniti forensik digital tempatan dan antarabangsa.

Memanfaatkan teknologi ketika pandemik

SC telah merumus infrastruktur yang cekap, selamat dan terjamin bagi memastikan pegawai penyiasat (IO) terus berupaya melaksanakan tanggungjawab mereka secara kondusif di samping mematuhi SOP keselamatan kesihatan, termasuk protokol rakaman kenyataan saksi secara maya.

Kerjasama bagi pembinaan keupayaan dalam bidang aset digital

Kerjasama dan pertukaran pengetahuan, kemahiran dan kepakaran di kalangan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang di dalam dan luar Malaysia adalah penting dalam memberi kejayaan siasatan SC. Dalam hal ini, SC berpeluang mendapatkan pandangan berharga melalui pakar dari AS mengenai siasatan aset digital melalui kerjasama bersama Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Usaha yang sama akan diteruskan dengan rakan antarabangsa yang lain secara tetap untuk membincangkan isu penguatkuasaan dan penyeliaan, serta meningkatkan protokol pertukaran maklumat.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami | Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup