Soalan-Soalan Lazim
In assessing money laundering and terrorist financing risk exposures, a Reporting Institution may refer to the following non-exhaustive websites for reference:
  • Adakah terdapat perubahan besar daripada Garis Panduan Pencegahan Pengubahan Wang Haram & Pembiayaan Keganasan bagi Pengantara Pasaran Modal (Garis Panduan) yang terdahulu dengan Garis Panduan yang baharu dikeluarkan?
    Garis Panduan baharu yang dikeluarkan pada 15 Januari 2014 mengambil kira piawaian antarabangsa yang dikemas kini mengenai usaha pembanterasan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan yang dikeluarkan oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF). Garis Panduan baharu tersebut menyediakan rangka kerja yang lebih dipertingkat bagi tujuan pematuhan dengan piawaian antarabangsa yang terkini. Peningkatan utama boleh didapati dalam peruntukan berikut:
    i. Perenggan 7 – Pemakaian Pendekatan Berasaskan Risiko
    ii. Perenggan 8 – Ketekunan Wajar Pelanggan
    iii. Perenggan 8.5 – Individu yang Terdedah Dari Segi Politik
    iv. Perenggan 8.6 – Negara Berisiko Tinggi
    v. Paragraph 8.7 – Kebergantungan Pihak Ketiga

  • Apakah langkah yang perlu diambil oleh institusi pelapor dalam mengguna pakai Pendekatan Berasaskan Risiko?
    Dengan mengguna pakai Pendekatan Berasaskan Risiko (RBA), sesebuah Institusi Pelapor akan dapat memastikan bahawa langkah-langkah untuk menghalang atau mengurangkan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan (ML/TF) adalah sepadan dengan risiko yang dikenal pasti bagi membolehkan Institusi Pelapor membuat keputusan untuk memperuntukkan sumbernya dengan cara yang paling efektif. Dalam melaksanakan RBA, sesebuah Institusi Pelapor hendaklah mempunyai proses untuk mengenal pasti, menilai, memantau, mengurus dan mengurangkan risiko-risiko ini dan sekiranya risiko adalah rendah, langkah yang standard mungkin dibenarkan untuk diambil.

  • Bagaimanakah Institusi Pelapor mengenal pasti negara-negara yang berisiko tinggi?
    Bagi tujuan pematuhan terhadap Garis Panduan tersebut, Institusi Pelapor dikehendaki membuat rujukan kepada: a) "Kenyataan Awam FATF" – mengenai bidang kuasa yang tertakluk kepada gesaan FATF ke atas negara anggotanya dan bidang kuasa lain untuk mengguna pakai langkah pencegahan untuk melindungi sistem kewangan antarabangsa daripada risiko ML/TF yang berterusan dan utama yang timbul daripada bidang kuasa tersebut; b) "Kenyataan Awam FATF"- mengenai bidang kuasa, yang mempunyai kekurangan dari segi strategik dalam pencegahan pengubahan wang haram dan membanteras pembiayaan keganasan (AML/CFT), yang tidak melaksanakan tindakan yang mencukupi untuk menangani kekurangan tersebut atau belum lagi komited terhadap pelan tindakan yang dibangunkan dengan FATF untuk menangani kekurangan tersebut; atau c) Mana-mana bidang kuasa yang dikenal pasti oleh Kerajaan Malaysia sebagai mempunyai risiko ML/TF yang berterusan atau utama atau bidang kuasa dengan kekurangan AML /CFT dari segi strategik. Sila rujuk kepada pautan yang berkaitan di laman sesawang SC untuk merujuk negara-negara yang dikenal past oleh FATF tersebut.

  • Apakah langkah-langkah ketekunan wajar pelanggan yang perlu diambil bagi individu yang terdedah dari segi politik ("PEP")?
    Institusi Pelapor perlu mempunyai sistem pengurusan risiko yang sesuai bagi menentukan sama ada pelanggan yang berpotensi adalah PEP. Setelah mengenal pasti pelanggan sebagai PEP asing, Institusi Pelapor berkenaan secara automatic dikehendaki menjalan CDD yang dipertingkat. Sebaliknya, bagi PEP tempatan dan individu yang diamanahkan dengan fungsi utama oleh sesebuah organisasi antarabangsa, Institusi Pelapor dikehendaki mengambil langkah yang munasabah untuk menilai risiko ML/TF pelanggan tersebut. Hanya apabila pelanggan tersebut dikategorikan sebagai berisiko tinggi, Institusi Pelapor hendaklah menjalankan CDD yang dipertingkat. Carta berikut menerangkan keperluan-keperluan tersebut:
  • Bolehkah Institusi Pelapor menggunakan Pihak Ketiga untuk menjalankan CDD?
    Ya, Institusi Pelapor boleh menggunakan khidmat Pihak Ketiga yang merupakan sebuah institusi kewangan yang diselia dan dipantau oleh pihak berkuasa seliaan mengenai AML/CFT. Kebergantungan terhadap Pihak Ketiga biasanya berlaku melalui pengenalan yang dibuat oleh anggota lain daripada kumpulan yang sama atau oleh Institusi Pelapor yang lain. Walau bagaimanapun, tanggungjawab dan kebertanggungjawaban sebenar dalam proses CDD hendaklah kekal bersama Institusi Pelapor berkenaan.

  • Syarikat awam tersenarai asing yang manakah sesebuah Institusi Pelapor dikecualikan daripada mendapatkan dokumen konstituen serta mengenal pasti dan mengesahkan pengarah dan pemegang saham individu yang sah dari segi undang-undang?
    Institusi Pelapor dikecualikan daripada mendapatkan dokumen konstituen serta mengenal pasti dan mengesahkan pengarah dan pemegang saham syarikat awam tersenarai asing yang tersenarai di bursa-bursa yang diiktiraf oleh Bursa Malaysia. Sehubungan ini, Arahan Bursa Malaysia berkaitan Bursa Saham yang Diiktiraf (R/R6 2012) menyatakan bahawa Bursa Saham yang Diiktiraf termasuk semua bursa anggota Persekutuan Bursa Dunia (WFE). Senarai anggota bursa WFE boleh didapati di laman sesawang WFE di www.world-exchanges.org/member-exchanges/key-information.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup