Tindakan Pentadbiran pada 2016
Bil. Jenis Salah Laku Pihak yang Terbabit Huraian Ringkas Salah Laku Tindakan yang Diambil Tarikh Tindakan
1. Melanggar seksyen 354(1)(b)(ii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang dibaca bersama  perenggan 4.04 dan 4.05, seksyen B, bahagian 2 Garis Panduan Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai di bawah Rangka Kerja Serah dan Simpan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd Kelewatan selama dua hari perniagaan  untuk mengemukakan kepada SC laporan bulanan pasca penerbitan  bagi Program Pelaburan Berstruktur 1 Penalti sebanyak RM1,400 5 Disember 2016
2.

Melanggar seksyen 65(1)(g)(iv) dan (l)  CMSA kerana:

  • terlibat dalam amalan perniagaan yang dianggap oleh SC sebagai tidak wajar atau menggambarkan  keraguan dalam melaksanakan perniagaan; dan
  • SC mempunyai sebab untuk percaya bahawa pemegang CMSRL tidak akan menjalankan aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti dengan cekap, jujur atau adil.
Theng Boon Cheng @ Tan Boon Cheng (Theng BC), sebagai pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) menjalankan aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti.

SC mendapati bahawa pertuduhan ke atas Theng BC di bawah seksyen 370(1)(c) CMSA yang dibaca bersama seksyen 188(2)(a) kerana bersubahat dalam melakukan kesalahan dagangan orang dalam menimbulkan kebimbangan yang serius mengenai kelayakan dan kesesuaiannya untuk terus dilesenkan sebagai pemegang CMSRL. Menurut pertuduhan tersebut, Theng BC telah melanggar seksyen 65(1)(g)(iv) and (l)  CMSA dan tidak lagi layak dan sesuai  untuk kekal sebagai pemegang  CMSRL bagi aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti. 

Nota: Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai pertuduhan terhadap TBC.

 

Pembatalan CMSRL kerana berurus niaga dalam sekuriti di bawah seksyen 72(2)(b)(i) CMSA. 14 Oktober 2016
3. Melanggar seksyen 65(1)(d) CMSA kerana diisytiharkan muflis di Malaysia. Yap Yeng Chong (Yap) sebagai CMSRL menjalankan aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti. Yap diisytiharkan muflis pada 24 April 2015. Akibatnya, SC mendapati bahawa Yap tidak lagi layak dan sesuai  untuk terus dilesenkan sebagai CMSRL. Pembatalan CMSRL bagi aktiviti yang dikawal selia  yang berurus niaga dalam sekuriti  di bawah seksyen 72(2)(b)(i) yang dibaca bersama  seksyen 65(1)(d) CMSA. 22 Ogos 2016
4. Melanggar seksyen 65(1)(d) CMSA kerana diisytiharkan muflis di Malaysia. Ravindran Nair a/l Vasudevan Nair (Ravindran) sebagai pemegang CMSRL menjalankan aktiviti yang dikawal selia  iaitu perancangan kewangan. Ravindran telah diisytiharkan bankrap pada 19 Januari 2016. Akibatnya, SC mendapati bahawa Ravindran tidak lagi layak dan sesuai  untuk terus dilesenkan sebagai CMSRL. Ravindran telah diisytiharkan bankrap pada 19 Januari 2016. Akibatnya, SC mendapati bahawa Ravindran tidak lagi layak dan sesuai  untuk terus dilesenkan sebagai CMSRL. 18 November 2016
5. Melanggar seksyen 354(1)(a) yang dibaca bersama  seksyen 58(1) CMSA Kahar Mohd Tahir (“Kahar”) Menjalankan aktiviti yang dikawal selia dalam pengurusan dana tanpa memiliki lesen ketika dia menerima wang daripada pihak ketiga dan berdagang dalam ekuiti dan niaga hadapan bagi pihak ketiga bagi dana pengurusan
  • Celaan;
  • Arahan untuk mengembalikan wang kepada pelabur yang dikenal pasti oleh SC, yang telah mendepositkan wang ke dalam bank pelaburan tersebut (Bank Pelaburan) yang wang mereka telah diletakkan ke dalam akaun dagangan sekuriti dan derivatifnya bersama Bank Pelaburan tersebut (pelabur yang dikenal pasti).   Pengembalian wang tersebut hendaklah dibuat daripada asetnya yang berikut yang dipegang di Bank Pelaburan:

a) Semua tunai yang ada (termasuk faedah) yang diletakkan ke dalam akaun dagangan ekuiti dan derivatifnya; dan
b) Semua saham dalam akaun CDSnya.
Sehungan ini, Kahar hendaklah mengarahkan Bank Pelabura untuk mencairkan semua akaun CDSnya dalam tempoh 5 hari bekerja dari 30 Ogos 2016. Sekiranya dia gagal mengarahkan Bank Pelaburan untuk mencairkan saham tersebut dalam tempoh yang ditetapkan dan mengembalikan wang kepada pelabur yang dikenal pasti, Bank Pelaburan hendaklah meneruskan untuk mencairkan saham tersebut bagi pihak dirinya dan mengembalikan wang kepada pelabur yang dikenal pasti tanpa perlu merujuk kepadanya; dan
3. Penalti sebanyak RM75,000
Pada 20 September 2016, Kahar merayu kepada SC terhadap penalti yang dikenakan dan memohon pelanjutan masa untuk membayar penalti tersebut.
Pada 21 November 2016, SC memutuskan untuk mengekalkan penalti dikenakan yang berjumlah RM75,000 tetapi membenarkan Kahar untuk membuat pembayaran sebelum 30 November 2016.

30 Ogos 2016
6. Melanggar seksyen 354(1)(a) yang dibaca bersama  Seksyen 370(1)(c) dan 58(1) CMSA Afkariah Md Norani Bersubahat dengan Kahar dalam menjalankan aktiviti yang dikawal selia dalam pengurusan dana yang mana dia tidak dilesenkan dengan menjalankan pengaturan pelaburan bagi pihak ketiga.   
  • Celaan; dan
  • Penalti sebanyak RM75,000
30 Ogos 2016
7. Melanggar seksyen 354(1)(a) yang dibaca bersama  seksyen 370(1)(c) dan 58(1) CMSA Gurdeep Kaur a/p Nathi Singh Bersubahat dengan Kahar dalam menjalankan aktiviti yang dikawal selia dalam pengurusan dana yang mana dia tidak dilesenkan dengan menjalankan pengaturan pelaburan bagi pihak ketiga.  
  • Celaan; dan
  • Penalti sebanyak RM75,000. Pada 13 September 2016, Gurdeep merayu kepada SC terhadap sanksi yang dikenakan. Pada 21 November 2016, SC memutuskan untuk mengekalkan sanksi tersebut tetapi membenarkan Gurdeep untuk membuat pembayaran penalti secara ansuran selama enam (6) bulan iaitu sebanyak RM12,500 setiap satu.
30 Ogos 2016
8. Melanggar seksyen 354(1)(a) yang dibaca bersama  seksyen 317A(1) CMSA Yong Poh Yow (“Yong”) Selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Dufu Technology Corp Bhd (DTC) pada ketika itu, Yong telah menyebabkan kerugian secara salah kepada  DTC apabila dia membuat pemindahan wang berjumlah AS$1,010,041 kepada Ehrenstein Charbonneau Calderin (ECC), US Orthopedics Inc. (USO) dan Mediscope Manufacturing Inc. (Mediscope) tanpa kelulusan atau keputusan lembaga untuk membenarkan pemindahan wang tersebut. NOTA : Pemindahan tidak dibenarkan tersebut telah dipulangkan kepada DTC.
  • Celaan; dan
  • Penalti sebanyak RM200,000
24 September 2016
9. Melanggar seksyen 354(1)(a) yang dibaca bersama  seksyen 370(1)(c) dan 317A(1) CMSA Lee, Hui Ta @ Li Hui Ta (“Lee”)

Bersubahat dengan Yong dalam menyebabkan kerugian secara salah kepada DTC iaitu: (a) selaku Ketua Pegawai Kewangan dan Pengarah Eksekutif DTC pada ketika itu, Lee bersama Yong, meluluskan pembayaran baucer dan borang bagi pemindahan berjumlah AS$950,041 kepada ECC, USO and Mediscope; dan (b) pemindahan sebanyak AS$950,041 kepada ECC, USO dan Mediscope Manufacturing Inc. (Mediscope) tanpa kelulusan atau keputusan lembaga untuk membenarkan pemindahan wang tersebut.

NOTA: Pemindahan tidak dibenarkan tersebut telah dipulangkan kepada DTC

  • Celaan; dan
  • Penalti sebanyak RM150,000
24 September 2016
10.

Melanggar seksyen 65(1)(g)(iv) and (l)  CMSA kerana:

  • terlibat dalam amalan perniagaan yang dianggap oleh SC sebagai tidak wajar; dan
  • SC mempunyai sebab untuk percaya bahawa pemegang CMSRL tidak akan menjalankan aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti  dengan cekap, jujur atau adil.
Ong Kok Aun (Ong KA), sebagai pemegang CMSRL menjalankan aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti. Ong KA didapati melanggar Peraturan 401.1(3), 404.3(1)(a) dan (c) serta 1302.1(1)(a) dan (g) Peraturan Bursa Malaysia Securities yang Disemak Semula Sebelumnya kerana terlibat dalam aktiviti memanipulasi yang berkaitan dengan dagangan saham ETI Tech Corporation Bhd. Akibatnya, SC mendapati bahawa Ong KA tidak lagi layak dan sesuai  untuk terus memegang CMSRL. Pembatalan CMSRL kerana berurus niaga dalam sekuriti di bawah seksyen 72(2)(b)(i) CMSA. 13 September 2016
11. Melanggar seksyen 356(1) CMSA yang dibaca bersama  Perenggan 7 dan 13.1(c)   Garis Panduan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan bagi Pengantara Pasaran Modal (Garis Panduan AML) SJ Securities Sdn Bhd (SJ) (pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal  menjalankan aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti)
  • Gagal untuk mengguna pakai Pendekatan Berasaskan Risiko dalam mengenal pasti dan menilai risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan(ML/TF) risk; dan
  • Gagal untuk mengguna pakai dan melaksanakan system kawalan dalaman yang berkesan untuk menilai, memprofil dan menangani isu-isu ML/TF.
  • Celaan;
  • Penalti sebanyak RM270,000; dan
  • Arahan kepada:
    • SJ, dengan menanggung kosnya sendiri, melantik juruaudit luar yang diterima oleh SC, untuk menilai rangka kerja pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan (AML/CFT)-nya yang sedia ada dengan keperluan Garis Panduan AML. Sehubungan ini, juruaudit luar hendaklah melapor kepada SC:
    • dalam tempoh 6 bulan dari tarikh sanksi, kelemahan yang dikenal pasti dan langkah pembetulan ke atas Rangka kerja AML/CFT SJ; dan
    • dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh sanksi, pengesahan bahawa langkah pembetulan dimuktmadkan dan seterusnya keberkesanannya.
  • Lembaga Pengarah dan pengurusan utama SJ  termasuk Ketua Pematuhan untuk menghadiri latihan AML/CFT selama 2 hari bagi membiasakan diri mereka dengan keperluan di bawah Garis Panduan AML dan latihan AML/CFT mengenai langkah-langkah pencegahan yang sejajar dengan piawaian yang dikeluarkan oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan.
15 Ogos 2016
  • Pada 9 September 2016, SJ mengemukakan permohonan semakan terhadap keputusan SC. Setelah mempertimbangkan alasan semakan tersebut, SC pada 11 November 2016 menolak permohonan SJ dan mengekalkan semua sanksi yang dikenakan.
12. Melanggar seksyen 356(1) CMSA yang dibaca bersama  Perenggan 11.2, 11.3, 11.4 & 11.5 Garis Panduan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan bagi Pengantara Pasaran Modal AmFunds Management Bhd (pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal menjalankan aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti  terhad kepada unit amanah, pengurusan dana dan berurus niaga dalam Skim Persaraan Swasta)
  • Gagal untuk menyediakan alasan yang munasabah dalama membuat keputusan untuk tidak mengemukakan Laporan Transaksi Mencurigakan (“STR”) kepada Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan (FIED) Bank Negara Malaysia;
  • Gagal untuk merekodkan dengan mencukupi dokumen bukti bagi menyokong keputusannya untuk tidak mengemukakan STR kepada FIED.
Penalti sebanyak RM420,000 15 Ogos 2016
13. Melanggar seksyen 354(1)(a) yang dibaca bersama  seksyen 71 Akta CMSA Ezral Ghazali bin Shahudin (“Ezral”) Ezral telah membuat kenyataan yang palsu dan mengelirukan dalam butiran penting yang berkaitan dengan permohonan Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal bagi Isoquant Sdn Bhd, dengan mengemukakan kepada SC bahawa:(a) Isoquant Capital Management Pte. Ltd. telah dilesenkan atau berdaftar dengan Monetary Authority of Singapore (MAS) dan oleh itu, dia merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah entiti berlesen atau berdaftar dengan MAS;   dan (b) dia telah dilesenkan atau berdaftar dengan MAS.
  • Celaan; dan
  • Penalti sebanyak RM50,000.
14 Julai 2016
14. Melanggar seksyen 356(1)(a) yang dibaca bersama  seksyen 61(4) CMSA
  • Zainol Aswan Mukhtar (Zainol), pemegang CMSRL bagi aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti ;
  • Lim HC, pemegang CMSRL bagi aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti  dan berurus niaga dalam derivatif; dan
  • Nan Azazi bin Azman, pemegang CMSRL bagi aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti.
Zainol, Lim HC dan Nan Azazi, tanpa kebenaran bertulis daripada pelanggan mereka, telah menerima dan bertindak atas arahan pihak ketiga berkaitan dengan akaun dagangan atau pelanggan. Akibatnya, SC mendapati Zainol, Lim HC dan Nan Azazi telah gagal mematuhi syarat dalam CMSRL yang menghendaki mereka agar kekal layak dan sesuai pada setiap masa dan untuk menjalankan aktiviti yang dikawal selia yang dilesenkan dengan cekap dan adil seperti yang ditetapkan dalam Perenggan 7.03 Buku Panduan Pelesenan.
  • Celaan terhadap Zainol dan Nan Azazi
  • Celaan terhadap Lim HC dan penalti sebanyak RM100,000
15 Julai 2016
  • Pada 26 Julai 2016, LHC mengemukakan permohonan untuk semakan jumlah penalti. Secara alternatif, dia merayu bagi pembayaran sebanyak   RM100,000 dibuat secara ansuran selama 10 bulan.  Setelah mempertimbangkan alasan bagi semakan tersebut, SC pada 20 Oktober 2016 telah memutuskan untuk mengekalkan jumlah penalti sebanyak RM100,000. Penalti tersebut hendaklah dibayar dalam ansuran selama 5 bulan.
15. Melanggar seksyen 297(3) CMSA yang mana sebuah syarikat pengurusan tidak akan menggunakan kedudukannya secara tidak wajar dalam mengurus skim unit amanah bagi memperoleh keuntungan secara langsung kepada syarikat. Public Mutual Bhd (a Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal holder Menjalankan aktiviti yang dikawal selia  dalam pengurusan dana dan berurus niaga dalam sekuriti terhad kepada unit amanah). PMB mengiktiraf faedah sebanyak RM6.5 juta yang diperoleh daripada penempatan jangka pendek wang pemegang unit dalam akaun kolektif utama dalam penyata kewangannya bagi tahun berakhir 31 Disember 2014 dan pengurusan akaun selama 3 bulan berakhir 31 Mac 2015.
  • Celaan
  • Arahan kepada PMB untuk mengembalikan wang kepada dana yang terjejas, dalam tempoh 6 bulan bermula 31 Oktober 2016: (i) Faedah sebanyak RM3.2 juta yang diperoleh bagi tempoh dari 1 Januari 2014 hingga 31 Mac 2015; dan (ii) Pendapatan faedah lain yang diiktiraf oleh PMB dalam penyata kewangan seterusnya dari 1 April 2015 hingga 31 Oktober 2016.
  • Arahan kepada PMB:(i) untuk melaksanakan langkah pembetulan dengan segera ke atas dasar dan prosedur dalamannya  (P&P) bagi memastikan mana-mana faedah yang diperoleh daripada pelaburan wang  yang diletakkan dalam akaun koleksi utama dikreditkan semula ke dalam  dana yang terjejas; dan (ii) untuk mengemukakan kepada SC dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pengembalian wang itu dimuktamadkan, satu laporan disediakan oleh Kumpulan Audit Dalaman PMB bagi mengesahkan bahawa pengembalian wang tersebut telah dilengkapkan dan satu penilaian mengenai keberkesanan langkah pembetulan telah dijalankan
16 Mei 2016
Pada 15 Jun 2016, PMB mengemukakan permohonan terhadap keputusan SC bagi celaan dan jumlah yang perlu dikembalikan kepada dana yang terjejas.  

SC pada 31 Oktober 2016 membenarkan permohonan PMB. Oleh itu, sanksi yang disemak semula yang dikenakan terhadap PMB adalah seperti berikut:

  • Arahan kepada PMB untuk mengembalikan wang kepada dana yang terjejas, dalam tempoh 6 bulan bermula 31 Oktober 2016:
    • Faedah sebanyak RM3.2 juta yang diperoleh bagi tempoh dari 1 Januari 2014 hingga 31 Mac 2015; dan
    • Pendapatan faedah lain yang diiktiraf oleh PMB dalam penyata kewangan seterusnya dari 1 April 2015 hingga 31 Oktober 2016.
  • Arahan kepada PMB:
    • Melaksanakan langkah pembetulan dengan segera ke atas dasar dan prosedur dalamannya  (P&P) bagi memastikan mana-mana faedah yang diperoleh daripada pelaburan wang  yang diletakkan dalam akaun koleksi utama dikreditkan semula ke dalam  dana yang terjejas; dan
    • untuk mengemukakan kepada SC dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pengembalian wang itu dimuktamadkan, satu laporan disediakan oleh Kumpulan Audit Dalaman PMB bagi mengesahkan bahawa pengembalian wang tersebut telah dilengkapkan dan satu penilaian mengenai keberkesanan langkah pembetulan telah dijalankan.
31 Oktober 2016
16. Melanggar seksyen 65(1)(g)(iv) CMSA kerana terlibat dalam amalan perniagaan dianggap oleh SC sebagai menipu atau dianggap tidak wajar. Chan Yew Mun (Chan), sebagai pemegang CMSRL menjalankan aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti.

Chan terlibat dalam amalan perniagaan yang dianggap oleh SC sebagai menipu atau tidak wajar berkaitan dengan tatalaku Chan yang berikut:

  • dia memperoleh sebanyak 10 cek berjumlah RM2.5 juta daripada 4 pelanggannya yang kononnya adalah bagi deposit tetap yang diletakkan dengan RHB Investment Bank Bhd;
  • dia mengeluarkan”Slip Penerimaan FD” palsu kepada pelanggan tersebut;  
  • dia memperuntukkan hasil daripada cek ini ke dalam akaun dagangan isterinya dan seterusnya menggunakannya untuk kegunaan persendirian dan penyelesaian kerugian dagangan.

Akibatnya, SC mendapati bahawa Chan tidak lagi layak dan sesuai  untuk terus memegang CMSRL.

 

Pembatalan CMSRL kerana berurus niaga dalam sekuriti di bawah seksyen 72(2)(b)(i) CMSA. 26 April 2016
17. Melanggar seksyen 65(1)(d) CMSA kerana menjadi muflis yang belum dilepaskan di Malaysia. Syed Fahmi Syed Omar sebagai pemegang CMSRL yang melaksanakan aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti  dan derivatif. Syed Fahmi didapati telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia pada 6 Ogos 2015.Akibatnya, SC mendapati bahawa Syed Fahmi tidak lagi layak dan sesuai  untuk terus dilesenkan sebagai CMSRL. Pembatalan CMSRL bagi aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti  dan derivatif di bawah seksyen 72(2)(b)(i) yang dibaca bersama  seksyen 65(1)(d) CMSA. 29 Februari 2016
18. Melanggar:(a) seksyen 354(1)(b)(i) CMSA yang dibaca bersama Peraturan 4.07(3) Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE (AMLR); danb) seksyen 354(1)(b)(ii) CMSA yang dibaca bersama  Perenggan 3.21 Garis Panduan Tatalaku Ketekunan Wajar bagi Cadangan Korporat (GoDD) AmInvestment Bank Berhad (“AmInvestment”) . AmInvestment gagal untuk:( a) mematuhi Perenggan 3.15(a) GoDD melaksanakan siasatan wajar dan berhati-hati dan memastikan ia mempunyai alasan yang munasabah untuk percaya bahawa permohonan kepada SC memenuhi keperluan SC yang berkaitan; dan (b) untuk menjalankan pengesahan dan siasatan seterusnya dan lebih terperinci; apabila ia tidak mempertimbangkan  realisasi faktor risiko berganda dalam penyediaan ramalan XOX Bhd (XOX) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 (Ramalan Keuntungan) yang terdapat dalam prospektus XOX bertarikh 24 Mei 2011 ketika penyenaraian dan sebut harga modal terbitan dan berbayar yang diperbesarkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd. (a) Celaan; dan (b) Arahan untuk menjalankan semakan dan penilaian menyeluruh bagi kecukupan semua dasar dan proses berkaitan dengan peranan AmInvestment sebagai penasihat utama dan/atau penaja bagi cadangan korporat (seperti yang ditakrifkan dalam GoDD). Hasil semakan dan penilaian tersebut berserta cadangan (sekiranya ada) hendaklah dilaporkan kepada SC dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tindakan. 4 Februari 2016
19. Melanggar seksyen 354(1)(b)(ii) CMSA yang dibaca bersama: (a) perenggan 12.21(e), 12.22(a) dan 12.23(c) Garis Panduan  Prospektus – Ekuiti dan Hutang dan(b) Perenggan 3.07  GoDD. Ng Kok Heng (“Ng KH”) Ng KH, Pengarah Eksekutif XOX pada 24 May 2011 gagal memastikan bahawa: (a) Ramalan Keuntungan adalah mematuhi tahap kecermatan dan objektiviti; (b) terdapat asas yang munasabah bagi Ramalan Keuntungan tersebut; dan (c) Ramalan Keuntungan tersebut adalah realistik dan boleh dicapai; Perkara di atas adalah berkaitan dengan perbezaan ketara antara Ramalan Keuntungan dan keputusan belum diaudit XOX bagi tahun kewangan berakhir
31 Disember 2011 yang terutamanya disebabkan oleh faktor pertimbangan yang tidak mencukupi/risiko yang wujud ketika Ramalan Keuntungan tersebut disediakan. Oleh itu, asas dan andaian yang digunakan untuk memperoleh Ramalan Keuntungan adalah tidak munasabah.
Celaan 4 Februari 2016
Wong Yip Kee (“Wong YK”) Wong YK, Pengarah Eksekutif XOX pada 24 May 2011 gagal memastikan bahawa: (a) Ramalan Keuntungan adalah mematuhi tahap kecermatan dan objektiviti; (b) terdapat asas yang munasabah bagi Ramalan Keuntungan tersebut; dan (c) Ramalan Keuntungan tersebut adalah realistik dan boleh dicapai; Perkara di atas adalah berkaitan dengan perbezaan ketara antara Ramalan Keuntungan dan keputusan belum diaudit XOX bagi tahun kewangan berakhir
31 Disember 2011 yang terutamanya disebabkan oleh faktor pertimbangan yang tidak mencukupi/risiko yang wujud ketika Ramalan Keuntungan tersebut disediakan. Oleh itu, asas dan andaian yang digunakan untuk memperoleh Ramalan Keuntungan adalah tidak munasabah.
20. Melanggar seksyen 65(1)(g)(iv) dan (l) CMSA kerana: (a) terlibat dalam amalan perniagaan dianggap oleh SC sebagai tidak wajar; dan(b) SC mempunyai sebab untuk percaya bahawa Tan Kai Kiat tidak akan menjalankan aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti  dengan cekap, jujur atau adil. Tan Kai Kiat sebagai pemegang CMSRL menjalankan aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti.

Tan Kai Kiat didapati melanggar Peraturan 401.1(3), 404.3(1)(a) dan (c) serta 1302.1(1)(a) dan (g) Peraturan Bursa Malaysia Securities yang Disemak Semula Sebelum ini dan Peraturan 3.14(d), (e), (f) dan (g), 5.01(b) serta Perenggan 1.1(1)(h) Arahan No.5-001  Peraturan Bursa Securities kerana terlibat dalam aktiviti manipulasi yang berkaitan dengan dagangan saham dan waran berstruktur yang berikut:
1. Oriental Holdings Bhd;
2. Genting Plantations Bhd;
3. PPB Group Bhd;
4. IJM Plantations Bhd;
5. Land & General Bhd;
6. Integrated Rubber Corporation Bhd;
7. Narra Industries Bhd;
8. CIMB Group Holdings Bhd and CIMB-CZ;
9. DRB-Hicom Bhd ( DRBHCOM) dan DRBHCOM-C2;
10. Malaysian Bulk Carriers Bhd (MAYBULK) dan MAYBULK-CN; dan
11. UEM Sunrise Bhd dan UEMS-C6.

Akibatnya, SC mendapati bahawa Tan Kai Kiat tidak lagi layak dan sesuai  untuk terus dilesenkan sebagai CMSRL.

Pembatalan CMSRL kerana berurus niaga dalam sekuriti di bawah Seksyen 72(2)(b)(i) CMSA. 28 Januari 2016
21. Melanggar seksyen 65(1)(g)(iv) dan (l) CMSA kerana: (a) terlibat dalam amalan perniagaan dianggap oleh SC sebagai tidak wajar; dan (b) SC mempunyai sebab untuk percaya bahawa Low Lay Ai tidak akan menjalankan aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti  dengan cekap, jujur atau adil. Low Lay Ai sebagai pemegang CMSRL”) menjalankan aktiviti yang dikawal selia yang berurus niaga dalam sekuriti. Low Lay Ai didapati melanggar Peraturan 401.1(3), 404.3(1)(a) dan (c) serta 1302.1(1)(a) dan (g) Peraturan Bursa Malaysia Securities yang Disemak Semula Sebelum ini kerana terlibat dalam aktiviti manipulasi berkaitan dengan dagangan saham ETI Tech Corporation Bhd. Akibatnya, SC mendapati bahawa Low Lay Ai tidak lagi layak dan sesuai  untuk terus dilesenkan sebagai CMSRL. Pembatalan her CMSRL kerana berurus niaga dalam sekuriti di bawah sSeksyen 72(2)(b)(i) CMSA. 28 Januari 2016
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup