Tindakan Sivil Pada 2021
No. Kesalahan Defendan Fakta Kes Hasil
1.  Dagangan orang dalam

Dato’ Aminuddin Bin Md Desa 

Pada 31 Disember 2021, satu tindakan sivil telah difailkan terhadap Dato’ Aminuddin Md Desa  (“Defendan”) bagi kesalahan dagangan orang dalam di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) berhubung pemerolehan saham Perak Corporation Bhd.

SC menuntut daripada Defendan, antara lain, perkara berikut:

  • satu pengisytiharan bahawa Defendan telah melanggar Seksyen 188(2)(a) CMSA atau alternatif seksyen 188(2)(b) CMSA;
  • bayaran sebanyak RM2,466,229.20;
  • penalti sivil sebanyak RM1,000,000;
  • satu perintah yang mana Defendan dihalang daripada menjadi ketua pegawai eksekutif atau pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai dan/atau mana-mana subsidiari syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama  lima (5) tahun dari tarikh Perintah ini di bawah Seksyen 360(1)(a)(L) CMSA;
  • Satu perintah yang mana Defendan dihalang daripada terlibat dalam pengurusan mana-mana syarikat awam tersenarai, sama ada secara langsung atau tidak bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikh Perintah di bawah Seksyen360(1)(a)(L) CMSA;
  • Satu perintan untuk menghalang Defendant, sama ada dirinya sendiri, ejennya atau melalui apa acara sekalipun, daripada menjalankan dagangan dalam mana-mana kaunter di Bursa Malaysia bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikh Perintah;
  • faedah; dan
  • kos
 -
2. Dagangan orang dalam

1. Tan Swee Hock
2. Chan Sze Yeng
3. Cheng Seng Chow

Pada 22 Julai 2021, satu tindakan sivil telah dimulakan terhadap Tan Swee Hock, Chan Sze Yeng and Cheng Seng Chow (“Defendan”) bagi pelanggaran Seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Berhubung pemerolehan saham Transocean Holdings Bhd. (“THB”) oleh  Defendan, SC menuntut, antara lain, perkara berikut:

  • satu pengisytiharan bahawa defendan telah melanggar Seksyen 188(2)(a) CMSA sebagaimana yang diperakui oleh defendan;
  • satu perintah bahawa Defendan secara bersama dan berasingan membayar sejumlah RM755,718.00;
  • satu perintah yang mana Tan Swee Hock membayar penalty sivil sebanyak RM200,000.00;
  • satu perintah yang mana Chan Sze Yeng dan Cheng Seng Chow membayar penalti sivil sebanyak RM100,000.00 setiap seorang;
  • satu perintah yang mana Defendan membayar kos sebanyak RM50,000.00 seorang;
  • satu perintah yang mana Defendan dihalang daripada menjadi ketua pegawai eksekutif atau pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai dan/atau mana-mana subsidiari syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama  lima (5) tahun dari tarikh Perintah;
  • Satu perintah yang mana Defendan dihalang daripada terlibat dalam pengurusan mana-mana syarikat awam tersenarai,dan/atau mana-mana subsidiari syarikat awam tersenarai,  sama ada secara langsung atau tidak bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikh Perintah
  • satu perintah untuk menghalang setiap Defendan, sama ada dirinya sendiri, ejennya atau melalui apa cara sekalipun, daripada menjalankan dagangan dalam mana-mana kaunter di Bursa Malaysia bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikh Perintah;
  • satu perintah yang mana Defendan secara bersama dan berasingan membayar faedah pada kadar 5% setahun untuk amaun penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga selesai penghakiman.  

Pada 26 Oktober 2021, Mahkamah Tinggi mencatatkan penghakiman persetujuan antara SC dan Defendan dan membenarkan semua perintah yang dituntut oleh SC.

3. Dagangan orang dalam Francis Tan Hock Leong

Pada 11 Oktober 2021, satu tindakan sivil telah dimulakan terhadap Francis Tan Hock Leong (“Francis”) atas kesalahan dagangan orang dalam yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (“CMSA”).

SC menuntut, antara lain, perkara berikut:

  • satu pengisytiharan bahawa Francis telah melanggar seksyen 188(2)(a) CMSA;
  • satu perintah yang mana Francis membayar sebanyak RM1,135,665.00 kepada SC, yang bersamaan tiga (3) kali ganda perbezaan harga ketika beliau menjual sahamnya dalam R&A Telecommunication Sdn Bhd (“R&A”) dan harga saham yang sepatutnya ketika waktu jualan, sekiranya maklumat dalaman tersebut tersedia secara umum;
  • satu perintah yang mana Francis membayar kepada SC penalti sivil tidak melebihi RM1,000,000.00;
  • satu perintah yang mana Francis dilarang daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam untuk tempoh selama sepuluh (10) tahun dari tarikh Perintah;
  • Faedah; dan
  • Kos.
4. Dagangan orang dalam  Toh Kai Fatt

Pada 13 September 2021, satu tindakan sivil telah dimulakan terhadap Toh Kai Fatt (“Toh atas kesalahan dagangan orang dalam yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA).

SC menuntut, antara lain, perkara berikut:

  • melanggar seksyen 188(2)(a) CMSA apabila beliau memperoleh saham HPI ketika memiliki maklumat bukan awam yang material berhubung pemerolehan HPI oleh Oji Paper Co Ltd;
  • satu perintah yang mana Toh membyar kepada SC sebanyak RM2,363,122.50 yang merupakan tiga (3) kali ganda keuntungan yang diperolehi oleh;
  • satu perintah yang mana Toh membayar kepada SC penalti sivil sebanyak RM1,000,000.00;
  • satu perintah yang mana Toh dilucutkan jawatan ketua eksekutif, pengarah dan pengurusan mana-mana syarikat awam tersenarai (PLC) di Malaysia.
  • satu perintah yang mana Toh dilarang daripada dilantik sebagai ketua eksekutif atau pengarah dan terlibat dalam pengurusan, secara langsung atau tidak, dalam mana-mana PLC bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikh penghakiman;
  • satu perintah yang mana Toh dilarang daripada menjalankan dagangan mana-mana sekuriti di Bursa Malaysia bagi tempoh selama lima (5) tahun dari Tarikh penghakiman;
  • Faedah; dan
  • Kos.
-
5. Dagangan orang dalam
  • Tan Swee Hock
  • Chan Sze Yeng
  • Cheng Seng Chow
         

Pada 22 Julai 2021, satu tindakan sivil telah dimulakan terhadap Tan Swee Hock, Chan Sze Yeng dan Cheng Seng Chow (“Defendan”) bagi pelanggaran seksyen 188(2)(a)  Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA).

Berhubung pemerolehan saham Transocean Holdings Bhd. (“THB”) oleh Defendan, SC  menuntut, antara lain, perkara berikut:

  • satu pengisytiharan bahawa defendan telah melanggar seksyen 188(2)(a) sebagaimana yang diperakui oleh defendan;
  • satu perintah yang mana defendan, secara bersama dan berasingan membayar sebanyak RM755,718.00;
  • satu perintah yang mana Tan Swee Hock membayar penalti sivil sebanyak RM200,000.00;
  • satu perintah yang mana Chan Sze Yeng dan Cheng Seng membayar penalti sivil sebanyak RM100,000.00 setiap seorang;
  • satu perintah yang mana defendan membayar kos sebanyak RM50,000.00 setiap seorang;
  • satu perintah yang mana Defendan dihalang daripada menjadi ketua pegawai eksekutif atau pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai dan/atau mana-mana subsidiari syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikh Perintah;
  • Satu perintah yang mana Defendan dihalang daripada terlibat dalam pengurusan mana-mana syarikat awam tersenarai,dan/atau mana-mana subsidiari syarikat awam tersenarai, sama ada secara langsung atau tidak bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikh Perintah
  • satu injuksi untuk menghalang setiap Defendan, sama ada dirinya sendiri, ejennya atau melalui apa cara sekalipun, daripada menjalankan dagangan dalam mana-mana kaunter di Bursa Malaysia bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikh Perintah;
  • satu perintah yang mana Defendan secara bersama dan berasingan membayar faedah pada kadar 5% setahun untuk amaun penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga selesai penghakiman.  
(akan dikemaskini kemudian setelah memperoleh  penghakiman persetujuan)
6. Dagangan orang dalam Ewe Lay Peng

Pada 9 April 2021, satu tindakan sivil difailkan terhadap Ewe Lay Peng  bagi kesalahan dagangan orang dalam di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 2007 (CMSA) berhubung pengambilalihan PacificMas Bhd oleh OCBC Capital (Malaysia) Sdn Bhd.

SC menuntut daripada Ewe Lay Peng among others, the following antara lain, perkara berikut:

  • satu pengisytiharan bahawa Ewe Lay Peng telah melanggar seksyen 188(2)(b) CMSA;
  • satu pengisytiharan bahawa Ewe Lay Peng telah melanggar seksyen 188(2)(b) CMSA;
  • satu perintah yang mana Ewe Lay Peng membayar kepada SC sebanyak RM33,147.00;
  • satu perintah yang mana Ewe Lay Peng membayar penalti sivil sebanyak RM350,000;
  • Kos sebanyak RM30,000; dan
  •  Faedah.

Pada 24 Mei 2021, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mencatatkan penghakiman persetujuan antara SC dan Ewe Lay Peng dan memerintahkan, antara lain:

  • satu pengisytiharan bahawa Ewe Lay Peng telah melanggar seksyen 188(2)(b) CMSA;
  • satu perintah yang mana Ewe Lay Peng membayar kepada SC sebanyak RM33,147.00;
  • satu perintah yang mana Ewe Lay Peng membayar penalti sivil sebanyak RM350,000;
  • Kos sebanyak RM20,000; dan
  • Faedah.
7. Dagangan orang dalam

Chang Kee Soon

Pada 10 Jun 2020, satu tindakan sivil telah dimulakan terhadap Chang Kee Soon bagi pelanggaran seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).
Berhubung pemerolehan saham HPI Resources Bhd (HPI) oleh Chang Kee Soon, SC menuntut, antara lain, perkara berikut:

  • satu pengisytiharan bahawa Chang Kee Soon telah melanggar seksyen 88(2) CMSA;
  • bayaran sebanyak RM1,198,702.83 yang bersamaan dengan tiga (3) kali ganda amaun RM399,567.61 yang merupakan perbezaan antara harga ketika saham tersebut diperolehi dan harga saham yang sepatutnya diperoleh pada waktu dagangan sekiranya  maklumat dalaman tersebut tersedia secara umum;
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000.00;
  • satu perintah yang mana Chang Kee Soon dilucutkan jawatan pengarah dan pengurusan mana-mana syarikat awam tersenarai di Malaysia;
  • Satu perintah yang mana Chang Kee Soon dihalang daripada menjadi ketua eksekutif atau pengarah, terlibat dalam pengurusan, secara langsung atau tidak, dalam mana-mana syarikat awam tersenarai di Malaysia bagi tempoh selama 5 tahun dari tarikh penghakiman;
  • Satu perintah yang mana Chan Kee Soon dihalang daripada menjalankan dagangan mana-mana sekuriti di Bursa Malaysia bagi tempoh selama 5 tahun dari tarikh penghakiman;
  • Faedah dan
  • Kos

Pada 5 Mei 2021, Mahkamah Tinggi mencatatkan penghakiman persetujuan antara SC dan Chang Kee Soon dan memerintahkan antara lain:

  • satu pengisytiharan bahawa Chang Kee Soon telah melanggar seksyen 88(2) CMSA;
  • satu perintah yang mana Chang Kee Soon membayar kepada SC RM1,198,702.83 dalam 12 ansuran bulanan dengan kadar faedah 5% setahun;
  • satu perintah yang mana Chang Kee Soon membayar penalti sivil sebanyak  RM150,000;
  • Chang Kee Soon dilarang daripada menjalankan dagangan  mana-mana sekuriti di Bursa Malaysia bagi tempoh selama 3 tahun dari tarikh yang ditentukan oleh mahkamah; dan
  • Kos
8. Dagangan orang dalam Dato’ Lim Kim Chuan, Tay Hup Choon & Theng Boon Cheng

Pada 26 Mac 2021, satu tindakan sivil telah difailkan terhadap 3 individu atas kesalahan dagangan orang dalam di bawah  Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) berhubung pemerolehan M3Nergy Bhd (M3). SC menuntut daripada Dato’ Lim Kim Chuan (KC Lim), Tay Hup Choon (Tay HC) dan Theng Boon Cheng (Theng BC)  antara lain, perkara berikut:

  • satu pengisytiharan bahawa Lim Kim Chuan melanggar seksyen 188 CMSA;
  • satu pengisytiharan bahawa Tay Hup Choon dan Theng Boon Cheng  melanggar seksyen 188(2)(a) CMSA;
  • satu pengisytiharan bahawa KC Lim, Tay HC dan Theng BC secara bersama dan berasingan membayar kepada SC RM383,173.59;
  • satu perintah bahawa KC Lim membayar penalti sivil sebanyak RM1,000,000;
  • satu perintah bahawa Tay HC & Theng BC masing-masing membayar penalti sivil sebanyak RM300,000;
  • satu perintah yang mana KC Lim, Tay HC dan Theng BC  dihalang daripada menjadi ketua pegawai eksekutif atau pengarah, mana-mana syarikat awam tersenarai dan/atau subsidiari mana-mana syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama 8 tahun;
  • satu perintah yang mana KC Lim, Tay HC dan Theng BC  dihalang daripada menjadi ketua pegawai eksekutif atau pengarah, mana-mana syarikat awam tersenarai dan/atau subsidiari mana-mana syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama 8 tahun;
  • satu perintah yang mana KC Lim, Tay HC dan Theng BC  dihalang daripada terlibat dalam pengurusan mana-mana syarikat awam tersenarai, dan/atau mana-mana subsidiari syarikat awam tersenarai,  bagi tempoh selama lapan (8) tahun dari tarikh Perintah
  • Injuksi yang menghalang KC Lim, Tay HC dan Theng BC atau ejen mereka  daripada menjalankan dagangan di mana-mana kaunter di Bursa Malaysia bagi tempoh selama 8 tahun;
  • Kos sebanyak RM50,000 setiap seorang; dan
  • Faedah.

Pada 28 April 2021, Mahkamah Tinggi mencatatkan Penghakiman Persetujuan antara SC dan KC Lim, Tay HC & Theng BC dan membenarkan perintah yang dituntut oleh SC.
Di samping itu Mahkamah Tinggi membenarkan KC Lim, Tay HC dan Theng BC membayar keseluruhan amaun dalam satu bayaran sekali gus dalam masa 7 hari selepas mencapai Penghakiman Persetujuan.
Sebelum ini, KC Lim, Tay HC dan Theng BC menghadapi pertuduhan jenayah berkaitan transaksi yang sama. Tuduhan jenayah terhadap ketiga-tiga Orang Tertuduh tersebut telah dihentikan atas arahan Peguam Negara pada 26 Julai 2021 berikutan Penghakiman Persetujuan ini.
Butiran mengenai tindakan penguatkuasaan jenayah tersebut boleh didapati di pautan berikut:

https://www.sc.com.my/bm/kawal-selia/penguatkuasaan/tindakan/kemas-kini-pendakwaan-jenayah-pada-2020

 

9.
  • Pelanggaran Garis Panduan Fungsi  Pematuhan bagi Pengurus Dana [Seksyen 360 CMSA]
  • Penipuan dengan mempengaruhi individu untuk berurus niaga dalam sekuriti [Seksyen 87 (1) SIA dan Seksyen 178(1) CMSA]
  • Menjalankan aktiviti dikawal selia tanpa lesen [Seksyen 15A SIA/Seksyen 58 CMSA dan Seksyen 15B SIA dan Seksyen 59 CMSA]
  • RBTR Asset Management Bhd (RBTR)
  • Locke Guaranty Trust Limited, New Zealand (LGT)
  • Locke Capital Investments Ltd, British Virgin Island (LCI)
  • Al Alim Mohd Ibrahim
  • Valentine Khoo
  • Isaac Paul Ratnam
  • Nicholas Chan Weng Sung
  • Joseph Lee Chee Hock

Pada 23 Januari 2013, SC memfailkan satu tindakan sivil terhadap RBTR Asset Management Bhd (RBTR) dan tujuh defendan lain atas pelbagai pelanggaran undang-undang sekuriti. SC menuntut, antara lain, perkara berikut:

  • satu perintah bahawa defendan melakukan pemulangan sebanyak RM13.35 juta kepada pelabur skim Euro Deposit Investment (EDI) yang masih belum menerima pembayaran semula dari pelaburan mereka;
  • satu perintah bahawa aset defendan dijejaki dan dibayar kepada SC bagi tujuan pembayaran kepada pelabur skim EDI;
  • satu perintah bahawa dua daripada defendan,
    Al Alim Mohd Ibrahim (Al Alim) dan Valentine Khoo dilarang daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama 10 tahun;

Pada waktu material, Al Alim dan Valentine Khoo adalah pengarah RBTR dan pemegang Lesen Wakil Niaga Pengurus Dana SC.

Pada 30 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memihak kepada SC dalam tuntutan terhadap RBTR Asset Management Bhd (RBTR), Locke Guaranty Trust Limited (LGT), Locke Capital Investments (BVI) Ltd (LCI), Isaac Paul Ratnam, Nicholas Chan Weng Sung & Joseph Lee Chee Hock. Mahkamah memutuskan perintah berikut:

  • membenarkan tuntutan Plaintif hanya berkenaan dengan RBTR membuat pengembalian wang bagi menebus kerugian semua Pelabur Skim EDI yang belum menerima pembayaran semula menurut seksyen 354(9) dan/atau s360(1)(M) CMSA;
  • mengisytiharkan bahawa RBTR melakukan pelanggaran tanggungjawabnya sebagai pemegang lessen pengurus dana dan/atau menurut garis panduan pengurus dana
  • mengisytiharkan bahawa semua aset dan hartanah RBTR adalah milik pelabur Skim EDI
  • mengisytiharkan pembatalan halangan korporat, di mana semua aset dan hartanah LGT dan LCT dibatalkan
  • mengisytiharkan semua aset dan hartanah Isaac, Joseph dan  Nicholas  adalah milik pelabur Skim EDI
  • memerintahkan semua aset dan hartanah setiap defendan (RBTR, LGT, LCI, Isaac, Joseph & Nicholas) dijejaki dan seterusnya dibayar kepada SC bagi tujuan sebagai pampasan kepada pelabur skim EDI melalui pengembalian wang atau dalam apa cara sekalipun
  • Faedah
  • Isaac Paul Ratnam, Nicholas Chan Weng Sung dan Joseph Lee Chee Hock membayar kos sebanyak RM350,000 kepada SC.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup