Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) merupakan badan antara kerajaan yang ditubuhkan pada 1989 oleh Menteri-Menteri negara Anggota. Objektif FATF adalah untuk menetapkan piawaian dan menggalakkan pelaksanaan perundangan, pengawalseliaan, yang efektif
Sebuah badan antara kerajaan yang ditubuhkan pada 1989 oleh Menteri-Menteri negara anggota FATF. Objektif FATF adalah untuk menetapkan piawaian dan menggalakkan pelaksanaan secara efektif, langkah-langkah perundangan, kawal selia dan operasi untuk membanteras aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan pembiayaan dan ancaman berkaitan lain terhadap integriti sistem kewangan antarabangsa.
FATF telah membangunkan siri Cadangan yang diiktiraf sebagai piawaian antarabangsa bagi membanteras aktiviti pengubahan wang dan pembiayaan keganasan dan penghasilan senjata pemusnah besar-besaran.
Pertama kali dikeluarkan pada 1990, Cadangan FATF telah disemak semula pada 1996, 2001, 2003 dan 2012 bagi memastikan ia kekal terkini dan relevan, dan bagi kegunaan sejagat.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.