Obligasi Institusi Pelapor Dalam Pencegahan Pembiayaan Keganasan
Bagi tujuan pematuhan terhadap Bahagian VIA Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan Bahagian VII Guidelines on Prevention of Money Laundering and Terrorism Financing for Capital Market (Garis Panduan) Suruhanjaya Sekuriti, institusi pelapor hendaklah sentiasa menyemak Resolusi 1267/1989 (Al Qaida), Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), Resolusi 1988 (Taliban) UNSC dan Resolusi 1373 UNSC untuk menentukan sama ada terdapat mana-mana nama di bawah Resolusi tersebut yang sepadan dengan pelanggannya (sama yang berpotensi, baharu atau sedia ada).

Sekiranya institusi pelapor mendapati suatu nama itu sepadan, institusi pelapor hendaklah mengambil langkah yang sewajarnya seperti yang dinyatakan di bawah Perenggan 14.4 Garis Panduan tersebut termasuk membuat tindakan pembekuan dengan serta merta, nama-mana nama yang sepadan seperti yang disiarkan di bawah Perintah yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (Perintah MOHA) menurut seksyen 66B(1) dan seksyen 66C(1) AMLATFPUAA.

Menurut Perintah MOHA, institusi pelapor dikehendaki mengemukakan laporan kemas kini kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkaitan hartanah yang dibekukan setiap enam bulan. Untuk rujukan, pautan kepada Resolusi UNSC dan Perintah yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah seperti berikut:

  1. Pautan kepada Senarai UNSC yang digabungkan:
    1. Resolusi 1267/1989 (Al Qaida) UNSC http://www.un.org/sc/committees/1267/aq_sanctions_list.shtml (Pautan ini ialah salinan kepada pautan di bawah Perenggan 14.2 Garis Panduan)
    2. Resolusi 1988 (Taliban) UNSC http://www.un.org/sc/committees/1988/list.shtml 
  2. Perintah yang diterbitkan dalam Warta di bawah seksyen 66B(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) oleh Kementerian Dalam Negeri adalah seperti berikut:
    1. Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pengisytiharan Entiti Khusus dan Keperluan Pelaporan) 2014 
  3. Perintah yang diterbitkan dalam Warta di bawah seksyen 66C(1 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) oleh Kementerian Dalam Negeri adalah seperti berikut:
    1. Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Resolusi Majlis Keselamatan) (Al-Qaida dan Taliban) 2011; Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Resolusi Majlis Keselamatan) (Al-Qaida dan Taliban) (Pindaan) 2013; Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Resolusi Majlis Keselamatan) (Al-Qaida dan Taliban) 2014
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup