Tindakan Sivil Pada 2017
Bil. Kesalahan Defendan Fakta ringkas kes
1. Dagangan orang dalam
  • Lim Kok Boon
  • Cheah Mean Har

Pada 28 September 2017, SC memfailkan saman sivil terhadap Lim Kok Boon dan Cheah Mean Har. SC memohon, antara lain:

  • Pengisytiharan bahawa Lim telah melanggar seksyen 188(3)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) apabila beliau memaklumkan maklumat material bukan awam kepada Cheah yang kemudiannya telah memperoleh 350,000 unit saham GW Plastics Holdings Bhd pada 25 September 2012 dan 27 September 2012;
  • Pengisytiharan bahawa Cheah telah melanggar seksyen 188(2)(a) CMSA apabila beliau memperoleh 350,000 unit saham GW Plastics Holdings Bhd pada 25 September 2012 dan 27 September 2012;
  • Bayaran berjumlah RM142,500.00 masing-masing daripada Lim dan Cheah, yang bersamaan dengan tiga kali ganda RM47,500.00 yang merupakan perbezaan antara harga ketika saham diperolehi oleh Cheah dan harga saham yang sepatutnya diperoleh ketika pemerolehan, sekiranya maklumat material bukan awam tersebut tersedia secara umum;
  • Perintah yang menghalang Lim daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tesenarai bagi tempoh 5 tahun;
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000 terhadap Lim dan Cheah;
  • Faedah;
  • Kos.
2.
  • Dagangan palsu dan transaksi menipu pasaran Manipulasi pasaran saham
  • Ng Wai Hong
  • Lo Ga Lung
  • Toh Pik Chai
  • Ling Pik Ngieh
  • Ng Soo Tian
  • Chan Kok
  • Chai Shou Wei

Pada 21 September 2017, SC memfailkan saman sivil terhadap 7 defendan tersebut. SC memohon, antara lain:

  • Pengisytiharan bahawa kesemua defendan telah terlibat dalam dagangan palsu dan transaksi menipu pasaran berhubung dengan saham APLI dari 7 November 2006 hingga 9 November 2006;
  • Pengisytiharan bahawa defendan telah terlibat dalam manipulasi pasaran saham berhubung dengan saham APLI dari 7 November 2006 hingga 9 November 2006;
  • Perintah bahawa semua aset dan hartanah semua defendan dijejaki dan/atau diikuti, dan seterusnya dibayar kepada SC;
  • Pengisytiharan bahawa semua keuntungan yang diperolehi oleh setiap defendan dari dagangan palsu dan transaksi menipu pasaran dan manipulasi pasaran saham bagi saham APLI dipegang dalam satu amanah konstruktif bagi manfaat pelabur yang terjejas;
  • Kerugian am dan/atau serius dan/atau teladan terhadap semua defendan;
  • Kerugian khas;
  • Penalti sivil sebanyak RM 1,000,000 terhadap setiap defendan bagi pelanggaran seksyen 84 dan 85 Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA);
  • Faedah;
  • Injunksi yang menghalang setiap defendan, sama ada diri mereka sendiri, ejen, pembantu, dalam apa cara sekalipun, daripada berdagang di mana-mana kaunter Bursa Malaysia bagi tempoh 5 tahun;
  • Perintah yang melarang setiap  defendan daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tesenarai bagi tempoh 5 tahun;
  • Kos.
3. Dagangan orang dalam
  • Yeow Kheng Chew
  • Paulene Chee Yuet Fang
  • Tan Yee Chee

Pada 26 Julai 2017, SC memfailkan saman sivil terhadapYeow Kheng Chew (Yeow), Paulene Chee Yuet Fang (Paulene Chee) dan Tan Yee Chee (Tan). SC memohon, antara lain:

  • pengisytiharan bahawa Yeow telah melanggar seksyen 188(2)(a) CMSA apabila beliau memperoleh 5,159,000 unit saham Kencana Petroleum Bhd (Kencana) antara 2 Jun 2011 dan 8 Julai 2011 melalui akaun dagangan Paulene Chee, Asia Premium Corp, dan Angnew Resources Limited;
    pengisytiharan bahawa Paulene Chee telah melanggar seksyen 188(2)(a) CMSA berhubung dengan pemerolehan 5,159,000 unit saham Kencana antara 2 Jun 2011 dan 8 Julai 2011 melalui akaun dagangannya serta akaun dagangan Asia Premium Corp dan Angnew Resources Limited;
  • pengisytiharan bahawa Tan telah melanggar seksyen 188(2)(a) CMSA berhubung dengan pemerolehan 1,159,000 unit saham Kencana pada 8 Julai 2011 melalui akaun dagangan Paulene Chee;
  • Perintah bahawa Yeow dan Paulene Chee membayar sebanyak RM2,326,980 yang bersamaan dengan tiga kali ganda perbezaan antara harga ketika saham Kencana diperolehi dan harga saham Kencana yang sepatutnya diperoleh ketika pemerolehan, sekiranya maklumat dalaman berhubung dengan cadangan penggabungan Kencana dan SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest)  awam tersedia secara umum;
  • Perintah bahawa Tan membayar sebanyak RM452,280 yang bersamaan dengan tiga kali ganda RM150,760 yang merupakan perbezaan antara harga ketika saham Kencana diperolehi dan harga saham Kencana yang sepatutnya diperoleh ketika pemerolehan, sekiranya maklumat dalaman berhubung dengan cadangan penggabungan Kencana dan SapuraCrest Petroleum Bhd (SapuraCrest) awam tersedia secara umum;
  • Perintah penalti sivil berjumlah RM1,000,000 terhadap Yeow, Paulene Chee dan Tan secara berasingan;
  • Perintah yang melarang Yeow, Paulene Chee dan Tan daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai bagi tempoh 10 tahun;
    Perintah yang melarang Yeow, Paulene Chee dan Tan dari sebarang pembabitan dalam pengurusan mana-mana syarikat awam tersenarai bagi tempoh 10 tahun;
  • Faedah;
  • Kos.

Pada 15 Ogos 2017, Mahkamah Tinggi merekodkan penghakiman persetujuan antara SC dan ketiga-tiga defendan membenarkan perintah yang dipohon oleh SC.

4.
  • Pengunaan kaedah yang mengelirukan dan menipu Menyebabkan kerugian yang salah kepada sebuah syarikat tersenarai
Datin Chan Chui Mei

Pada 26 September 2016, SC memfailkan saman sivil terhadap Datin Chan Chui Mei. SC memohon, antara lain:

  • Pengisytiharan bahawa Datin Chan telah melanggar seksyen 179 dan 317A CMSA;
  • Perintah bahawa Datin Chan mengembalikan wang kepada pihak yang terjejas oleh pelanggaran tersebut;
  • Perintah bahawa Datin Chan membayar kepada SC sebanyak RM11.54 juta, untuk dipegang dalam amanah bagi Stone Master Corporation Bhd;
  • Perintah yang menghalang Datin Chan daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tesenarai bagi tempoh 5 tahun;
  • Penalti sivil sebanyak RM1 juta bagi kesalahannya;
  • Faedah;
  • Kos.

Pada 27 Mac 2017, SC memperolehi perintah bagi injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menghalang Datin Chan daripada mengendalikan wang dalam akaun banknya sehingga had RM11.54 juta sehingga perbicaraan saman tersebut. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga telah menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan Datin Chan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang telah menolak permohonannya untuk membatalkan saman SC terhadapnya. Pengurusan kes di Mahkamah Rayuan ditetapkan pada 1 Jun 2017.

 

5. Dagangan orang dalam
  • Koh Tee Jin
  • Koh Thiam Seong
  • Koh Hui Sim

Pada 13 Mac 2017, SC memfailkan saman sivil terhadap Koh Tee Jin, Koh Thiam Seong dan Koh Hui Sim. SC memohon, antara lain:

  • Pengisytiharan bahawa Koh Tee Jin telah memaklumkan maklumat material bukan awam kepada Koh Thiam Seong dan Koh Hui Sim yang kedua-duanya selepas itu telah melupuskan saham Axis Incorporation Bhd (Axis) antara 9 Julai 2008 dan 30 Julai 2008;
  • Pengisytiharan bahawa Koh Thiam Seong dan Koh Hui Sim telah terlibat dalam dagangan orang dalam berhubung dengan saham Axis antara 9 Julai 2008 dan 30 Julai 2008;
  • Perintah yang menghalang Koh Tee Jin, Koh Thiam Seong dan Koh Hui daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tesenarai bagi tempoh 5 tahun;
  • Bayaran sebanyak RM3,546,477.00 daripada Koh Tee Jin yang bersamaan dengan tiga kali ganda RM1,182,159 yang merupakan perbezaan antara harga ketika saham dijual oleh Koh Thiam Seong dan Koh Hui Sim dan harga saham yang sepatutnya dijual ketika pemerolehan, sekiranya maklumat material bukan awam tersebut tersedia secara umum;
  • Bayaran sebanyak RM739,389 dan RM2,807,088 masing-masing daripada Koh Thiam Seong dan Koh Hui Sim yang bersamaan dengan tiga kali ganda perbezaan antara harga ketika saham dijual oleh Koh Thiam Seong dan Koh Hui Sim dan harga saham yang sepatutnya dijual ketika pemerolehan, sekiranya maklumat material bukan awam tersebut tersedia secara umum;
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000 bagi setiap pelanggaran seksyen 188(3) CMSA oleh Koh Tee Jin;
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000 bagi setiap pelanggaran seksyen 188(2) CMSA oleh Koh Thiam Seong dan Koh Hui Sim;
  • Kerugian am dan/atau serius dan/atau teladan;
  • Faedah;
  • Kos.
Hasil daripada tindakan sivil yang diambil
Bil. Kesalahan Defendan Fakta ringkas kes Hasil
1. Dagangan orang dalam

-

Pada 19 Mei 2017, SC memfailkan saman sivil terhadap tujuh individu. SC memohon, antara lain:

  • pengisytiharan pelanggaran Seksyen 89E (2) (a) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA); dan/atau
  • pengisytiharan pelanggaran Seksyen 89E (3) (a) SIA oleh defendan
  • Perintah pengembalian wang terhadap semua defendan bersamaan dengan tiga kali ganda amaun yang merupakan perbezaan antara harga ketika saham Worldwide diperolehi dan harga saham yang sepatutnya diperolehi ketika pemerolehan, sekiranya maklumat mengenai Worldwide tersedia secara umum;
  • Penalti sivil sebanyak RM 1,000,000 masing-masing terhadap setiap defendan;
  • Faedah; dan
  • Kos.

Berikutan dari saman sivil tersebut SC telah berjaya mendapatkan semula RM2.9 juta hasil daripada penyelesaian kawal selia dengan pihak defendan.

-

2. Dagangan orang dalam
  • Koh Tee Jin
  • Koh Thiam Seong
  • Koh Hui Sim

Pada 13 Mac 2017, SC memfailkan saman sivil terhadapKoh Tee Jin, Koh Thiam Seong and Koh Hui Sim. SC memohon, antara lain:

  • Pengisytiharan bahawa Koh Tee Jin telah memaklumkan maklumat material bukan awam kepada Koh Thiam Seong dan Koh Hui Sim yang kedua-duanya selepas itu telah melupuskan saham Axis Incorporation Bhd (Axis) antara 9 Julai 2008 dan 30 Julai 2008;
  • Pengisytiharan bahawa Koh Thiam Seong dan Koh Hui Sim telah terlibat dalam dagangan orang dalam berhubung dengan saham Axis antara 9 Julai 2008 dan 30 Julai 2008;
  • Bayaran sebanyak RM3,546,477.00 daripada Koh Tee Jin yang bersamaan dengan tiga kali ganda RM1,182,159 yang merupakan perbezaan antara harga ketika saham dijual oleh Koh Thiam Seong dan Koh Hui Sim dan harga saham yang sepatutnya dijual ketika pemerolehan, sekiranya maklumat material bukan awam tersebut tersedia secara umum;
  • Bayaran sebanyak RM739,389 dan RM2,807,088 masing-masing daripada Koh Thiam Seong dan Koh Hui Sim yang bersamaan dengan tiga kali ganda perbezaan antara harga ketika saham dijual oleh Koh Thiam Seong dan Koh Hui Sim dan harga saham yang sepatutnya dijual ketika pemerolehan, sekiranya maklumat material bukan awam tersebut tersedia secara umum;
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000 bagi setiap pelanggaran seksyen 188(3) CMSA oleh Koh Tee Jin;
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000 bagi setiap pelanggaran seksyen 188(2) CMSA oleh Koh Thiam Seong dan Koh Hui Sim;
  • Kerugian am dan/atau serius dan/atau teladan;
  • Faedah;
  • Kos.

Pada 6 Oktober 2017, SC mendapatkan perintah daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, penghakiman terhadap tiga orang defendan bagi dagangan orang dalam berhubung saham Axis. Berikutan dari  Penghakiman Ingkar Kehadiran, Koh Tee Jin telah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar SC sebanyak tiga kali ganda jumlah kerugian yang telah dielakkan oleh Koh Thiam Seong dan Koh Hui Sim berjumlah RM3,546,477. Koh Thiam Seong dan Koh Hui Sim telah diarahkan untuk membayar SC RM739,389 dan RM2,807,088 masing-masing, iaitu tiga kali ganda jumlah kerugian yang telah dielakkan oleh setiap mereka dari perbezaan harga saham Axis yang telah dijual berbanding harga yang sepatutnya saham tersebut dijual sekiranya maklumat material bukan awam tersebut tersedia secara umum.
Ketiga-tiga defendan juga telah diarahkan untuk membayar SC penalti sivil sebanyak  RM1 juta setiap seorang, dengan kos dan faedah. Mereka juga dilarang daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tesenarai bagi tempoh 5 tahun

3. Dagangan orang dalam Lim Chiew

Pada 8 Disember 2005, SC memfailkan saman sivil terhadap Lim Chiew, mantan pengarah bebas bukan eksekutif Magnum Corporation Bhd bagi kesalahan dagangan orang dalam berhubung saham Bolton Bhd pada 12 Julai 1999.
SC memohon, antara lain:

  • Bayaran sebanyak RM1,242,061.08 yang bersamaan dengan tiga kali ganda RM414,020.36, yang merupakan keuntungan yang diperolehinya akibat dari kesalahan tersebut;
  • Penalti sivil sebanyak RM500,000;
  • Faedah;
  • Kos.

Pada 28 September 2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa SC telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Lim Chiew. Mahkamah Tinggi mengarahkan Lim Chiew untuk membayar sebanyak RM1,242,061.08 yang dituntut oleh SC dan penalti sivil sebanyak RM50,000.

Pada 10 Oktober 2017 defendan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

4.
  • Memberi nasihat pelaburan tanpa lesen
  • Penipuan pasaran
  • Manipulasi pasaran
  • Penggunaan skim penipuan berhubung dengan pembelian atau penjualan sekuriti
  • Aeneas Capital Management L.P
  • Thomas R. Grossman
  • Richard Cohen
  • John Suglia
  • Priam Holdings Ltd
  • Aeneas Evolution Portfolio Ltd
  • Aeneas Portfolio Company L.P
  • Acadian Worldwide Inc
  • Tan Mong Sing
  • Low Thiam Hock

Pada 9 April 2008, SC memfailkan saman sivil terhadap 8 defenda asing dan 2 warga Malaysia.  SC memohon perintah berikut:

  • pengisytiharan bahawa semua defendan berkonspirasi untuk memanipulasi pasaran bagi saham Iris Corporation Bhd dan/atau harga saham Iris dan menipu pelabur;
  • pengisytiharan bahawa semua keuntungan yang diperolehi oleh defendan disimpan dalam amanah konstruktif untuk kepentingan pelabur yang terjejas;
  • Perintah bahawa semua aset dan hartanah setiap defendan dijejaki dan diikuti dan kemudian dibayar kepada SC bagi tujuan pembayaran pampasan kepada pelabur yang terjejas;
  • Injunksi kekal yang menghalang setiap defendan daripada berdagang dalam saham Iris;
  • Injunksi kekal yang menghalang setiap defendan daripada berdagang di mana-mana kaunter Bursa Malaysia;
  • Kerugian am dan teladan;
  • Faedah; dan
  • Kos.

Pada 16 Jun 2017 selepas perbicaraan penuh, Mahkamah Tinggi berpihak kepada SC dalam tuntutannya terhadap defendan ketiga Richard Cohen, seorang bekas penganalisis penyelidikan di Aeneas Capital Management L.P.
Walau bagaimanapun Mahkamah Tinggi  menolak tuntutan SC terhadap defendan kesembilan Tan Mong Sing. Tuntutan balas Tan Mong Sing' terhadap SC juga ditolak.

Seterusnya pada 29 Ogos  2017, Mahkamah Tinggi memihak kepada SC dalam tuntutannya terhadap defendan pertama, kedua, keempat, kelima, ketujuh dan kelapan bagi peranan mereka dalam kes manipulasi yang sama. 
Sebelum itu SC telah menarik balik tuntutannya terhadap defendan keenam dan kesepuluh. 

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup