Tindakan Sivil Pada 2018
Bil. Kesalahan Defendan Fakta ringkas kes Hasil
Hasil tindakan sivil yang diambil
1.
  • Dagangan palsu dan transaksi menipu pasaran
    [s. 84 SIA]
  • Manipulasi pasaran saham
    [s.85 SIA]
Ng Wai Hong
Lo Ga Lung
Toh Pik Chai
Ling Pik Ngieh
Ng Soo Tian
Chan Kok
Chai Shou Wei

Pada 21 September 2017, SC memfailkan saman sivil terhadap 7 defendan.  SC memohon, antara lain:

  • Pengisytiharan bahawa defendan telah terlibat dalam dagangan palsu dan transaksi menipu pasaran berhubung dengan saham APLI dari 7 November 2006 hingga 9 November 2006;
  • Pengisytiharan bahawa defendan telah terlibat dalam manipulasi pasaran saham berhubung dengan saham APLI dari 7 November 2006 hingga 9 November 2006;
  • Perintah bahawa semua aset dan hartanah setiap defendan dijejaki dan/atau diikuti, dan seterusnya dibayar kepada SC;
  • Pengisytiharan bahawa semua keuntungan yang diperolehi oleh setiap defendan dari dagangan palsu dan transaksi menipu pasaran dan manipulasi pasaran saham bagi saham APLI dipegang dalam satu amanah konstruktif bagi manfaat pelabur yang terjejas;
  • Kerugian am dan/atau serius dan/atau teladan terhadap semua defendan;
  • Kerugian khas;
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000 terhadap setiap defendan bagi pelanggaran seksyen 84 dan 85 SIA;
  • Faedah;
  • Injunksi yang menghalang setiap defendan, sama ada diri mereka sendiri, ejen, pembantu, dalam apa cara sekalipun, daripada berdagang di mana-mana kaunter Bursa Malaysia bagi tempoh 5 tahun;
  • Perintah yang melarang setiap  defendan daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tesenarai bagi tempoh 5 tahun;
  • Kos.

Pada 16 Mac 2018, kesemua 7 defendan mencapai penyelesaian dengan:

  • defendan bersetuju membayar jumlah penyelesaian sebanyak RM2,354,672.13, dari jumlah tersebut RM2,154,672.13 adalah jumlah keuntungan tidak sah daripada dagangan palsu dan transaksi menipu pasaran dan manipulasi pasaran manakala RM200,000 adalah jumlah penalty sivil.
  • Persetujuan bahawa SC bebas menerbitkan terma penyelesaian di laman sesawang SC dan/atau Laporan Tahunan dan/atau penerbitan SC yang lain sekiranya wajar.

Berikutan dari persetujuan penyelesaian tersebut, SC telah menarik balik saman sivilnya terhadap kesemua 7 defendan.

 

2.
  • Dagangan palsu dan transaksi menipu pasaran
  • Manipulasi pasaran saham
  • Kenneth Vun @ Vun Yun Liun
  • Teng Choo Teik
  • Simon Ling Siang Hock
  • Lye Pei Ling
  • Chuah Hock Soon
  • Choong Lay Ti
  • Gui Boon Huat

Pada 22 Julai 2014, SC memfailkan saman sivil terhadap 7 defendan.  SC memohon, antara lain:

  • Pengisytiharan bahawa defendan telah terlibat dalam dagangan palsu dan transaksi menipu pasaran berhubung dengan saham DVM dari 14 Mac 2006 hingga 21 Mac 2006;
  • Pengisytiharan bahawa semua keuntungan yang diperolehi oleh setiap defendan dipegang dalam satu amanah konstruktif bagi manfaat pelabur yang terjejas;
  • Perintah bahawa semua aset dan hartanah setiap defendan dijejaki dan/atau diikuti, dan seterusnya dibayar kepada SC untuk bayaran pampasan kepada pelabur yang terjejas;
  • Perintah yang melarang setiap  defendan daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tesenarai bagi tempoh 5 tahun;
  • Perintah yang menghalang setiap defendan/ ejen/pembantu mereka, dalam apa cara sekalipun, daripada berdagang di mana-mana kaunter Bursa Malaysia bagi tempoh 5 tahun;
  • Kerugian khas berjumlah RM 3,073,231.92;
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000 terhadap setiap defendan;
  • Kerugian am dan/atau serius dan/atau teladan terhadap semua defendan;
  • Faedah; dan
  • Kos

 

Pada 1 Mac 2018, Mahkamah Tinggi merekodkan Penghakiman Persetujuan antara SC dan semua defendan dengan memberikan perintah berikut:

  • Defendan secara bersama dan berasingan membayar sebanyak RM 3,823,231.92 yang terdiri daripada:
  • Kerugian khas berjumlah RM 3,073,231.92; dan
  • Penalti sivil berjumlah RM 750,000.00.
  • Defendan tidak akan memegang jawatan sebagai pengarah dalam mana-mana syarikat awam tersenarai bagi tempoh 5 tahun;
  • Defendan tidak akan, sama ada, diri mereka sendiri, ejen dan pembantu mereka, dalam apa cara sekalipun, berdagang di mana-mana kaunter Bursa Malaysia bagi tempoh 5 tahun;
  • Sekiranya berlaku kemungkiran mana-mana terma Penghakiman Persetujuan, defendan  dikehendaki membayar  penalti sivil sebanyak RM1 juta kepada SC, dan SC bebas untuk mengambil langkah yang perlu untuk melaksanakan atau menguatkuasakan Penghakiman Persetujuan terhadap Defendan;
  • SC bebas menerbitkan terma Penghakiman Persetujuan di laman sesawang SC dan/atau Laporan Tahunan dan/atau penerbitan SC yang lain sekiranya wajar; dan
  • Penghakiman            Persetujuan tersebut mengandungi penyelesaian penuh dan muktamad bagi tuntutan SC terhadap Defendan
3. Dagangan orang dalam Chan Soon Huat

Pada 27 Mei 2015, SC memfailkan saman sivil terhadap Chan Soon Huat, mantan pengasas WCT Berhad bagi kesalahan dagangan orang dalam.

SC memohon, antara lain:

  • Pengisytiharan bahawa Chan terbabit dalam dagangan orang dalam berhubung dengan sekuriti WCT Berhad antara 30 Disember 2008 dan 5 Januari 2009;
  • Bayaran berjumlah RM 3,238,760.55 yang bersamaan dengan tiga kali ganda RM1,079,586.85 yang merupakan perbezaan antara harga ketika saham dilupuskan oleh Chan dan harga sekuriti sepatutnya dijual pada waktu pelupusan, sekiranya maklumat material bukan awam tersebut tersedia secara umum;
  • Penalti sivil RM1,000,000;
  • Perintah yang melarang Chan daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai bagi tempoh 5 tahun;
  • Faedah;
  • Kos.
Pada 24 Januari 2018, selepas perbicaraan penuh, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa SC telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Chan. Mahkamah Tinggi memerintahkan Chan untuk membayar sebanyak RM3,238,760.55 yang dituntut oleh SC dan penalti sivil sebanyak RM500,000 kepada SC.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup