Kemas Kini Pendakwaan pada Jenayah 2017
No. Jenis Kesalahan Pesalah Fakta Kes Tarikh Pertuduhan
Pendakwaan Jenayah yang Dimulakan – Individu yang Dikenakan Pertuduhan
1. Dagangan orang dalam Ewe Lay Peng Ewe Lay Peng dikenakan pertuduhan di bawah seksyen188(3)(b) CMSA kerana memaklumkan kepada Lim Bun Hwa antara 1 Disember 2007 dan 31 Disember 2007 maklumat dalaman berhubung dengan cadangan tawaran pengambilalihan bersyarat oleh OSPL Holdings Sdn Bhd (OHSB) untuk memperoleh semua saham mengundi dalam PacificMas Bhd yang tidak dimiliki oleh OHSB. Ewe Lay Peng dituduh pada 29 Mac 2017.
2. Dagangan orang dalam Lim Boon Cheng Lim Boon Cheng dikenakan dengan five pertuduhan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA). Dia didakwa telah memperoleh 145,000 unit saham PacificMas Bhd antara 18 Disember 2007 dan 31 Disember 2007 ketika mempunyai maklumat dalaman berhubung dengan cadangan tawaran pengambilalihan bersyarat oleh OSPL Holdings Sdn Bhd (OHSB) untuk memperoleh semua saham mengundi dalam PacificMas Bhd yang tidak dimiliki oleh OHSB. Lim Boon Cheng dituduh pada 29 Mac 2017.
3. Dagangan orang dalam Lim Bun Hwa Lim Bun Hwa dikenakan pertuduhan di bawah seksyen370(c) CMSA kerana bersubahat dengan Lim Boon Cheng dalam memperoleh saham PacificMas Bhd antara 18 Disember 2007 dan 31 Disember 2007 di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA ketika Lim Boon Cheng mempunyai  maklumat dalaman berhubung dengan cadangan tawaran pengambilalihan bersyarat oleh OSPL Holdings Sdn Bhd (OHSB) untuk memperoleh semua saham mengundi dalam PacificMas Bhd yang tidak dimiliki oleh OHSB. Lim Bun Hwa dituduh pada 29 Mac 2017.
4. Dagangan orang dalam Vincent Leong Jee Wai Dato’ Vincent Leong Jee Wai dikenakan dua pertuduhan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(3)(a) CMSA kerana memaklumkan kepada Datuk Leong Wye Keong antara 26 November 2010 dan 18 Januari 2011 maklumat dalaman berhubung pengurangan dalam ekuiti pemegang saham Maxbiz Corporation Bhd (Maxbiz) yang hampir menyebabkan Maxbiz diklasifikasikan sebagai syarikat bermasalah kewangan dan pengklasifikasian Maxbiz sebagai penerbit tersenarai yang terjejas di bawah kriteria Nota Amalan 17 (PN17) 2.1(a). Dato’ Vincent dituduh pada 22 Mei 2017.
5. Dagangan orang dalam Leong Wye Keong Datuk Leong Wye Keong dikenakan dengan empat pertuduhan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA. Dia didakwa telah menjual 2,131,400 unit saham Maxbiz Corporation Bhd (Maxbiz) dalam akaun Leong Khai Shaun pada 30 Disember 2010 dan 8,100,000 lagi unit saham Maxbiz dalam akaunnya antara 30 Disember 2010 dan 18 Januari 2011 ketika mempunyai maklumat dalaman.

SC mendakwa bahawa maklumat dalaman yang dirujuk dalam pertuduhan adalah berkaitan pengurangan dalam ekuiti pemegang saham Maxbiz Corporation Bhd (Maxbiz) yang hampir menyebabkan Maxbiz diklasifikasikan sebagai syarikat bermasalah kewangan dan pengklasifikasian Maxbiz sebagai penerbit tersenarai yang terjejas di bawah kriteria Nota Amalan 17 (PN17) 2.1(a).
Datuk Leong dituduh pada 29 Mei 2017.
6. Menjalankan perniagaan dalam aktiviti yang dikawal selia, iaitu berurus niaga dalam derivatif, tanpa memiliki Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL). Su Eng Koi (‘Su’) Su, pada ketika itu, seorang pegawai Jalatama Management Sdn Bhd (JMSB) dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 58(1) dibaca bersama seksyen 367(1) CMSA kerana menjalankan perniagaan yang berurus niaga dalam derivatif tanpa memiliki CMSL, melalui JMSB antara 1 Julai 2011 dan 1 September 2013. Su dituduh pada 5 Julai 2017
7. Menjalankan perniagaan dalam aktiviti yang dikawal selia, iaitu berurus niaga dalam derivatif, tanpa memiliki Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL). Yap Choong Seong Yap, pada ketika itu, seorang pegawai Jalatama Management Sdn Bhd (JMSB) dikenakan pertuduhan di bawah seksyen58(1) dibaca bersama seksyen 367(1) CMSA kerana menjalankan perniagaan yang berurus niaga dalam derivatif tanpa memiliki CMSL, melalui JMSB antara 1 Julai 2011 dan 1 September 2013. Yap dituduh pada 5 Julai 2017
8. Dagangan orang dalam Wee Siew Ling Wee dikenakan 10 pertuduhan di bawah seksyen 122C(c) dibaca bersama seksyen 89E(2)(a) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) kerana bersubahat dengan Goh Keng Huat dalam memperoleh 851,600 unit saham Road Builder Holdings (M) Bhd (RBH) melalui akaun-akaun Wee antara 4 September 2006 dan 16 Oktober 2006 ketika Goh mempunyai  maklumat dalaman. SC mendakwa bahawa maklumat dalaman yang dirujuk dalam pertuduhan adalah berkaitan dengan cadangan pemerolehan semua aset dan liabiliti RBH oleh IJM Corporation Bhd (IJM) dengan jumlah pembayaran bagi pembelian kira-kira RM1.56 bilion. Wee dituduh pada 10 Oktober 2017.
9. Dagangan orang dalam Goh Keng Huat Goh dikenakan dengan pertuduhan10 counts of dagangan orang dalam di bawah seksyen 89E(2)(a) SIA. Dia didakwa telah memperoleh 851,600 unit saham Road Builder Holdings (M) Bhd (RBH) melalui akaun-akaun Wee Siew Ling antara 4 September 2006 dan 16 Oktober 2006 ketika mempunyai maklumat dalaman. SC mendakwa bahawa maklumat dalaman yang dirujuk dalam pertuduhan adalah berkaitan dengan cadangan pemerolehan semua aset dan liabiliti RBH oleh IJM Corporation Bhd (IJM) dengan jumlah pembayaran bagi pembelian kira-kira RM1.56 bilion. Goh dituduh pada 10 Oktober 2017.
10. Gagal hadir untuk bertemu dengan Pegawai Penyiasat SC untuk disiasat secara lisan berkaitan dengan penyiasatan yang sedang dijalankan. Chok Chew Lan Chok dikenakan pertuduhan di bawah seksyen134(5) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA)kerana gagal hadir untuk bertemu dengan Pegawai Penyiasat SC untuk disiasat secara lisan pada 5 September 2017 dan 19 September 2017. Chok dituduh pada 24 Oktober 2017
Hasil Perbicaraan Jenayah & Rayuan
1. Dagangan orang dalam Yeow Kheng Chew Yeow dikenakan satu pertuduhan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA. Dia didakwa telah memperoleh 1,159,000 unit saham Kencana Petroleum Bhd (Kencana) melalui akaun Paulene Chee Yuet Fang pada 8 Julai 2011 ketika mempunyai maklumat dalaman. SC mendakwa bahawa maklumat dalaman yang dirujuk dalam pertuduhan adalah berkaitan dengan cadangan penggabungan Kencana dan SapuraCrest Petroleum Bhd. Empat pertuduhan tambahan dikenakan di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA. Dia didakwa telah memperoleh 4,000,000 unit saham Kencana melalui akaun Asia Premium Corp pada 2 Jun, 17 Jun, 7 Julai dan 8 Julai 2011 ketika mempunyai maklumat dalaman. SC mendakwa bahawa maklumat dalaman yang dirujuk dalam pertuduhan adalah berkaitan dengan cadangan penggabungan Kencana dan SapuraCrest Petroleum Bhd. Yeow dituduh pada 29 Julai 2016. Pertuduhan tambahan dikenakan pada 2 Mei 2017. Semua pertuduhan  terhadap Yeow telah ditarik balik atas arahan Peguam Negara pada 20 Julai 2017.
2. Dagangan orang dalam Paulene Chee Yuet Fang Chee dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 370(c) dibaca bersama seksyen 188(2)(a) CMSA dengan satu kesalahan kerana bersubahat dengan Yeow Kheng Chew dalam memperoleh 1,159,000 unit saham Kencana Petroleum Bhd (Kencana) pada 8 Julai 2011 ketika dia mempunyai maklumat dalaman berkaitan dengan cadangan penggabungan Kencana dan SapuraCrest Petroleum Bhd. Empat pertuduhan tambahan dikenakan di bawah seksyen 370(c) dibaca bersama seksyen 188(2)(a) CMSA kerana bersubahat dengan Yeow Kheng Chew dalam memperoleh 4,000,000 unit saham Kencana pada 2 Jun, 17 Jun, 7 Julai dan 8 Julai 2011 ketika dia mempunyai  maklumat dalaman berkaitan dengan cadangan penggabungan Kencana dan SapuraCrest Petroleum Bhd. Chee dituduh pada 29 Julai 2016. Pertuduhan tambahan dikenakan pada 2 Mei 2017. Pertuduhan  terhadap Chee telah ditarik balik atas arahan Peguam Negara pada 20 Julai 2017.
3. Dagangan orang dalam Tan Yee Chee Tan dikenakan pertuduhan di bawah seksyen370(c) dibaca bersama seksyen 188(2)(a) CMSA dengan satu kesalahan bersubahat dengan Yeow Kheng Chew dalam memperoleh 1,159,000 unit saham Kencana Petroleum Bhd (Kencana) pada 8 Julai 2011 ketika dia mempunyai  maklumat dalaman berkaitan dengan cadangan penggabungan Kencana dan SapuraCrest Petroleum Bhd. Tan dituduh pada 29 Julai 2016. Pertuduhan  terhadap Tan telah ditarik balik atas arahan Peguam Negara pada 20 Julai 2017.
Hasil Pendakwaan Jenayah dan Rayuan
1. Mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd Alan Rajendram

Alan Rajendram dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 369(b)(B) CMSA kerana mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd berhubung dengan hal ehwal Linear Corporation Bhd (Linear).

Kenyataan palsu tersebut adalah berkaitan dengan satu pengumuman yang dibuat oleh Linear pada 29 Disember 2009 bahawa subsidiari milik penuhnya, LCI Global Sdn Bhd, telah menerima projek pembinaan berjumlah RM1.6 bilion yang diberikan oleh Global Investment Group, sebuah syarikat yang ditubuhkan di Seychelles, untuk merekabentuk dan membina loji penyejukan daerah 350,000 RT (tan penyejukan) di Manjung, Perak, yang dikenali sebagai `Projek King Dome’.

Alan Rajendram dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 Julai 2015.
Pada 28 Disember 2017, Alan telah dibebaskan daripada pertuduhan oleh Mahkamah Sesyen pada akhir kes pihak Pendakwaan.

 

2.

Memberi kebenaran dengan sengaja bagi pengemukaan kenyataan mengelirukan kepada Bursa Malaysia

  • Chin Keem Feung
  • Shukri bin Sheikh Abdul Tawab
Chin dan Shukri, bekas Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Transmile Group Bhd (TGB) yang juga merupakan bekas ahli Jawatankuasa Audit TGB, dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 122B(b)(bb) SIA kerana dengan sengaja memberi kebenaran bagi pengemukaan kenyataan yang mengelirukan kepada Bursa Malaysia. Kenyataan yang mengelirukan tersebut adalah berkaitan angka keuntungan belum diaudit yang dilaporkan kepada Bursa Malaysia bagi suku tahun ke-4 2006 serta tempoh kumulatif bagi tahun 2006. Chin dan Shukri dikenakan pertuduhan pada 14 November 2007. Pada 28 Oktober 2011, Mahkamah Sesyen mendapati Chin dan Shukri bersalah di bawah seksyen 122B(b)(bb) SIA dan mereka dijatuhi hukuman 1 tahun penjara dan denda sebanyak RM300,000 (atau 6 bulan penjara). Pada 17 September 2015, Mahkamah Tinggi mengesahkan sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen. Pada 19 Januari 2017, Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak rayuan oleh Chin dan Shukri mengesahkan sabitan dan hukuman mereka.
3.
  • Menyamar sebagai wakil berhubung satu aktiviti yang dikawal selia, iaitu dagangan dalam kontrak niaga hadapan, tanpa memiliki Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL).
  • Menjalankan perniagaan dalam satu aktiviti yang dikawal selia, iaitu berdagang dalam kontrak niaga hadapan, tanpa memiliki Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL).
  • Zamani bin Hamdan
Zamani, pada ketika itu, pengarah Rantau Simfoni Sdn Bhd (Rantau Simfoni), dituduh pada 28 Oktober 2011 di bawah seksyen 59(1) CMSA kerana menyamar sebagai wakil pemegang CMSL untuk berdagang dalam kontrak niaga hadapan tanpa CMSRL. Zamani juga dikenakan pertuduhan alternatif kerana menjalankan perniagaan dagangan dalam kontrak niaga hadapan tanpa CMSL, melalui Rantau Simfoni, satu kesalahan di bawah seksyen 58(1) CMSA, dibaca bersama Seksyen 367(1). Pada 30 April 2013, Mahkamah Sesyen menyabitkan kesalahan Zamani ke atas pertuduhan alternatif dan dan menjatuhinya hukuman denda sebanyak RM1 juta (atau 1 tahun penjara). Zamani telah menfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap sabitan dan hukuman manakala pihak Pendakwaan menfailkan rayuan terhadap hukuman. Pada 19 Januari 2017, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Zamani terhadap sabitan ke atasnya. Mahkamah Tinggi kemudian meningkatkan hukuman dengan menambah hukuman penjara 2 bulan di samping mengurangkan denda kepada RM215,000 (atau empat bulan penjara). SC telah menfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.
4. Pengemukaan maklumat mengelirukan kepada SC berhubung suatu cadangan Lim Kim Hai (“Lim KH”) Lim KH dikenakan pertuduhan kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 32B(1)(a)(aa) yang dibaca bersama seksyen 138(2) SCA apabila GP Ocean mengemukakan melalui Alliance Merchant Bank Bhd, maklumat mengelirukan kepada SC yang terkandung dalam Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan GP Ocean pada 31 Januari 2006. Maklumat ini perlu dikemukakan kepada SC berhubung cadangan penyenaraian GP Ocean di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Lim KH dituduh pada Mahkamah Sesyen pada 22 Mei 2007. Pada 6 Januari 2011, Mahkamah Sesyen membebaskannya daripada pertuduhan. Pihak Pendakwaan kemudian merayu ke Mahkamah Tinggi, yang pada 14 Februari 2017, membatalkan pembebasan dan memerintahkan Lim KH untuk membela diri atas pertuduhan terhadapnya.

Perbicaraan di Mahkamah Sesyen ditetapkan untuk bersambung pada 24 Oktober 2017. Lim KH telah menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan.

 

5. Pengemukaan maklumat mengelirukan kepada SC berhubung suatu cadangan Lee Sin Teck (“Lee”) Lee dikenakan pertuduhan kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 32B(1)(a)(aa) yang dibaca bersama seksyen 138(2) SCA apabila GP Ocean mengemukakan melalui Alliance Merchant Bank Bhd, maklumat mengelirukan kepada SC yang terkandung dalam Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan GP Ocean pada 31 Januari 2006. Maklumat ini perlu dikemukakan kepada SC berhubung cadangan penyenaraian GP Ocean di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Lee dituduh pada Mahkamah Sesyen pada 18 April 2007. Pada 6 Januari 2011, Mahkamah Sesyen membebaskannya daripada pertuduhan. Pihak Pendakwaan kemudian merayu ke Mahkamah Tinggi, yang pada 14 Februari 2017, membatalkan pembebasan tersebut dan memerintahkan Lee untuk membela diri terhadap pertuduhan ke atasnya.

Perbicaraan di Mahkamah Sesyen ditetapkan untuk bersambung pada 24 Oktober 2017. Lee telah menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan.

 

6. Pengemukaan maklumat mengelirukan kepada SC berhubung suatu cadangan Tan Siok Wan (“Tan”) Tan dikenakan dengan pertuduhan  kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 32B(1)(a)(aa) dibaca bersama seksyen 138(2) SCA apabila GP Ocean mengemukakan melalui Alliance Merchant Bank Bhd, maklumat mengelirukan kepada SC  yang terkandung dalam senarai bertajuk “GP Ocean Food Bhd Group Top Ten Customer”. Maklumat ini perlu dikemukakan kepada SC berhubung cadangan penyenaraian GP Ocean di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Tan dituduh pada Mahkamah Sesyen pada 18 April 2007. Pada 6 Januari 2011, Mahkamah Sesyen membebaskannya daripada pertuduhan. Pihak Pendakwaan kemudian merayu ke Mahkamah Tinggi, yang pada 14 Februari 2017, membatalkan pembebasan dan memerintahkan Tan untuk membela diri atas pertuduhan terhadapnya.

Perbicaraan di Mahkamah Sesyen ditetapkan untuk disambung pada 24 Oktober 2017.Tan telah menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan.

 

7. Dagangan orang dalam Chew Lian Foon Chew dikenakan pertuduhan di bawah seksyen370(c) dibaca bersama seksyen 188(2)(a) CMSA dengan 7 kesalahan kerana bersubahat dengan Fang Siew Yee dalam memperoleh  2,620,000 unit saham Three-A Resources Bhd (3A) antara 27 Ogos 2009 dan 2 Oktober 2009 ketika mempunyai maklumat dalaman berkaitan dengan cadangan  usaha sama antara perniagaan 3A dan Wilmar serta maklumat berkaitan dengan cadangan penempatan tertutup sehingga 20% daripada modal terbitan dan berbayar 3A kepada Wilmar. Chew dituduh pada 25 Oktober 2016.
Chew telah dibebaskan daripada pertuduhan tetapi tidak dibebaskan pada 21 April 2017.

 

8. Dagangan orang dalam Ong Kok Aun Ong dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 370(c) yang dibaca bersama seksyen 188(2)(a) CMSA dengan 1 kesalahan kerana bersubahat dengan Fang Siew Yee dalam memperoleh 100,000 unit saham Three-A Resources Bhd (3A) pada 5 Oktober 2009 ketika mempunyai maklumat dalaman berkaitan dengan cadangan penempatan tertutup sehingga 20% daripada modal terbitan dan berbayar 3A kepada Wilmar. Ong dituduh pada 25 Oktober 2016. Ong telah dibebaskan daripada pertuduhan tetapi tidak dibebaskan pada 21 April 2017.
9

Terlibat dalam tindakan yang dianggap sebagai penipuan berhubung pembelian sekuriti

Jenayah pecah amanah

(Lybrand) Ngu Tieng Ung(Daniel) Wong Jit Kiang

2 pertuduhan dikenakan terhadap Ngu Tieng Ung, pengarah Pancaran Ikrab Bhd (PIB) pada ketika itu, kerana melakukan tindakan dianggap sebagai penipuan kepada PIB dengan menggunakan dana PIB sebanyak RM15.5 juta untuk membiayai pembelian saham PIBnya walhal wang tersebut sepatutnya tidak digunakan untuk tujuan tersebut.

Ngu juga dikenakan pertuduhan kerana melakukan pecah amanah berhubung dana PIB sebanyak RM21.5 juta.
Ngu juga dikenakan pertuduhan alternatif kepada 3 pertuduhan utama kerana melakukan pecah amanah membabitkan RM37 juta dana PIB.
Wong Jit Kiang dikenakan pertuduhan kerana bersubahat dengan Ngu dalam kesemua pertuduhan tersebut.

Ngu Tieng Ung dan Wong Jit Kiang dikenakan pertuduhan pada 5 Mei 2005.

Wong Jit Kiang gagal hadir di mahkamah sejak 23 Mac 2009 dan pada 24 Mac 2010, Mahkamah Sesyen membenarkan pembatalan pertuduhan yang tidak dikira pembebasan terhadapnya. Waran tangkap masih berkuat kuasa terhadapnya. Pada Oktober 2010, Ngu mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan utama di bawah SIA dan dijatuhi hukuman satu hari penjara dan RM1 juta denda bagi setiap pertuduhan. Pada Ogos 2011 setelah merayu, Mahkamah Tinggi, mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman tersebut, dan menetapkan kes bagi perbicaraan semula ke Mahkamah Sesyen.

Perbicaraan semula terhadap Ngu bermula pada Januari 2012. Pada Ogos 2013, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ngu untuk membela diri atas pertuduhan alternatif kerana melakukan pecah amanah RM37 juta Dana PIB. Pada 11 September 2015, Mahkamah Sesyen menyabitkan kesalahan pecah amanah Ngu di bawah seksyen 409 Kanun Jenayah dan menjatuhinya hukuman 6 tahun penjara dan RM 1 juta denda, atau 2 tahun penjara.
Pada 5 Mei 2017, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan Ngu dan mengetepikan sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen. Rayuan silang Pihak Pendakwaan terhadap hukuman tersebut juga telah dibatalkan.
Pada 5 Mei 2017, pihak Pendakwaan menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan Ngu.

10. Dengan niat untuk menipu, mengemukakan maklumat palsu  kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) Dato’ Dr. Haji Mohd. Adam Bin Che Harun Dato’ Adam, Pengerusi Eksekutif dan pengarah Megan Media Holdings Bhd (MMHB) pada ketika itu dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 122B(a)(bb) dibaca bersama seksyen 122(1) SIA 1983 kerana mengemukakan maklumat palsu kepada Bursa Malaysia.  Maklumat palsu tersebut adalah berhubung dengan keuntungan dalam Laporan Suku Tahun MMHB mengenai Keputusan yang Digabungkan bagi tempoh Kewangan berakhir 31 Januari 2007.

Dato’ Adam dituduh pada 10 Disember 2007.

Pada 17 Mei 2017, Mahkamah Sesyen mendapati Dato’ Adam bersalah di bawah seksyen 122B(a)(bb) SIA dibaca bersama seksyen 122(1) Akta yang sama.

Dia dijatuhi hukuman 18 bulan penjara dan denda sebanyak RM300,000 (atau 1 tahun penjara).

 

11. Pengemukaan maklumat palsu kepada SC Tan Kam Sang

Ravandran a/l Thangeveloo

Tan, bekas akauntan Kiara Emas Asia Industries Bhd (KEAIB) dan Ravandaran, bekas rakan audit Tetuan Arthur Andersen & Co. yang bertanggungjawab ke atas audit KEAIB dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 32B (1)(c)(aa) SCA 1993 pada 13 Ogos 2004 kerana mengemukakan maklumat palsu kepada SC.

Maklumat palsu tersebut dikatakan terkandung dalam “Soal Selidik Susulan” KEAIB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 1997, 1998, 1999 dan 2000 mengenai status penggunaan hasil kutipan terbitan hak oleh KEAIB walhal sebenarnya sebanyak RM16,937,739.20 daripada hasil kutipan terbitan hak tersebut telah digunakan dan melanggar syarat-syarat surat kelulusan SC bertarikh 14 November 1996.

 

Tan dan Ravandaran dikenakan pertuduhan pada 13 Ogos 2004.
Pada 13 Disember 2012, Mahkamah Sesyen membebaskan Tan dan Ravandaran pada akhir kes pihak Pendakwaan.

Pihak Pendakwaan kemudian merayu ke  Mahkamah Tinggi yang pada 18 Mei 2017, membatalkan pembebasan dan memerintahkan mereka untuk membela diri terhadap pertuduhan terhadap mereka.

 

12. Dengan niat menipu, mengemukakan kenyataan mengelirukan kepada SC. Ang Sun Beng

Ang Soon An

Ang Sun Beng pada ketika itu merupakan Pengarah Urusan Welli Multi Corporation Bhd (WMCB) manakala pengarah bersama Ang Soon An merupakan ahli Jawatankuasa Auditnya.

Mereka masing-masing dikenakan empat pertuduhan di bawah seksyen 122B(a)(bb) SIA 1983 dibaca bersama seksyen 122(1) SIA 1983 kerana mengemukakan kenyataan mengelirukan dalam laporan tahunan WMCB bagi TK 2005 dan 3 laporan suku tahun bagi TK berakhir 2006 masing-masing kepada SC dan Bursa Malaysia Securities Bhd.

 

Ang Sun Beng dan Ang Soon An dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen pada 15 April 2008.

Pada 11 Oktober 2010, tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan pertama. Mahkamah Sesyen menjatuhi masing-masing hukuman satu hari penjara dan denda sebanyak RM400,000 (tiga lagi pertuduhan telah dipertimbangkan  di bawah seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah bagi hukuman).

Pihak Pendakwaan merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap hukuman dikenakan oleh Mahkamah Sesyen. Pada 2 Februari 2016, Mahkamah Tinggi menolak rayuan tersebut dan mengekalkan hukuman satu hari penjara dan denda sebanyak RM400,000. Pada 15 Februari 2016, pihak Pendakwaan merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 23 Mei 2017, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pihak Pendakwaan dan meningkatkan hukumana terhadap setiap seorang kepada enam bulan penjara di samping denda sebanyak RM400,000.

13. Mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd Lee Han Boon
Saipuddin Lim bin Abdullah
Saipuddin Lim dan Lee Han Boon masing-masing dikenakan lima pertuduhan kerana mengemukakan kenyataan palsu berkaitan dengan keuntungan Axis Incorporation Bhd (Axis) kepada Bursa Malaysia. Pertuduhan yang dirujuk di bawah seksyen 122B(b)(bb) Akta SIA dan seksyen 369(b)(B) CMSA adalah berkaitan dengan kenyataan palsu yang terkandung dalam empat laporan suku tahun Axis bagi Tahun Kewangan 2007 dan suku tahun berakhir 31 Mac 2008.

Lee Han Boon dan Saipuddin Lim dikenakan pertuduhan pada 21 Mac 2013.

Pada 10 Julai 2017, Lee Han Boon dan Saipuddin Lim masing-masing mengaku salah terhadap satu kerana mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa dalam laporan suku tahun Axis bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Mac 2008. Empat pertuduhan lain telah dipertimbangkan oleh mahkamah di bawah seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah ketika menjatuhi hukuman.

Lee Han Boon dijatuhi hukuman 7 bulan penjara dan denda RM200,000 manakala Saipuddin Lim dijatuhi hukuman 12 bulan penjara.

 

14. Dagangan orang dalam Tiong Kiong Choon Tiong dikenakan dengan 2 pertuduhan dagangan orang dalam di bawah seksyen 188(2)(a) CMSA. Dia didakwa telah menjual 6,208,500 saham APL Industries Bhd (APLI) pada 26 dan 29 Oktober 2007 ketika mempunyai maklumat dalaman berhubung dengan pelarasan audit yang dicadangkan oleh juruaudit APLI yang menyebabkan APLI melaporkan kerugian yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir pada  30 Jun 2007, berbanding yang sebelum ini dilaporkan dalam keputusan suku tahun keempat bagi tahun kewangan yang sama dan APLI diklasifikasikan sebagai penerbit terkesan menurut Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan Nota Amalan 17/2005. Tiong Kiong Choon dituduh pada 9 Disember 2014. Pada 24 November 2017, Tiong telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Sesyen hakim Tuan Zulqarnain Hassan dan dijatuhi hukuman 5 tahun penjara dan denda sebanyak RM10 juta (atau 2 tahun penjara). Tiong merayu terhadap sabitan tersebut dan diberi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara oleh hakim.
15. Dagangan orang dalam Thai Kim Sim Thai dikenakan pertuduhan di bawah seksyen 188(3)(a) CMSA kerana memaklumkan kepada Tiong Kiong Choon antara 26 hingga 29 Oktober 2007 maklumat dalaman berhubung pelarasan audit yang dicadangkan oleh juruaudit APLI yang menyebabkan APLI melaporkan kerugian yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir pada  30 Jun 2007, berbanding yang sebelum ini dilaporkan dalam keputusan suku tahun keempat bagi tahun kewangan yang sama dan APLI diklasifikasikan sebagai penerbit terkesan menurut Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan Nota Amalan 17/2005. Thai Kim Sim dituduh pada 15 Disember 2014. Pada 24 November 2017, Thai telah disabitkan kesalahan oleh hakim Mahkamah Sesyen Tuan Zulqarnain Hassan dan dijatuhi hukuman 5 tahun penjara dan denda sebanyak RM5 juta (atau 2 tahun penjara). Thai merayu terhadap sabitan tersebut dan diberi penangguhan pelaksanaan hukuman penjara oleh hakim.
Hasil Pendakwaan Jenayah – Cabaran Perlembagaan
1.
  • Membuat kenyataan material yang mengelirukan yang berkemungkinan mempengaruhi orang lain untuk membeli sekuriti  
  • Mengemukakan kenyataan yang mengelirukan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd
Gan Boon Aun (Gan) Gan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Transmile Group Bhd (Transmile) telah dikenakan pertuduhan kerana bersubahat dengan Transmile untuk membuat kenyataan material yang mengelirukan berhubung keuntungan Transmile dalam Laporan Suku Tahun syarikat mengenai Keputusan yang Digabungkan Belum Diaudit bagi Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2006 yang berkemungkinan menggalakkan pembelian sahamn Transmile oleh individu lain, satu kesalahan di bawah seksyen 86(b) dibaca bersama seksyen 122C(c) SIA. Gan juga dikenakan pertuduhan alternatif kerana mengemukakan kenyataan yang mengelirukan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd dalam penyata kewangan yang sama, satu kesalahan di bawah seksyen 122B(a)(bb) dibaca bersama seksyen 122(1). Gan dikenakan pertuduhan utama pada Julai 2007. Pada Mei 2008, SC telah mengenakan pertuduhan alternatif terhadap Gan. Gan telah dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan alternatif selepas penutupan kes oleh pihak Pendakwaan. Pada Jun 2011, Gan telah membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk mencabar kesahan seksyen 122(1) SIA dengan mempertikaikan bahawa peruntukan tersebut adalah tidak konsisten dengan Artikel 5(1) Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Tinggi, pada November 2011, mengisytiharkan bahawa seksyen 122(1) SIA adalah menyalahi perlembagaan dan memberi penangguhan kepada keputusan. SC membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan dan pada September 2015, Mahkamah Rayuan menukar keputusan Mahkamah Tinggi dan mengesahkan seksyen 122(1) SIA. Pada Januari 2016, pada permulaan pendengaran rayuan tersebut, Mahkamah Persekutuan telah mengemukakan beberapa pertanyaan sama ada rayuan tersebut adalah wajar. Berikutan pertikaian oleh pihak terbabit, Mahkamah Persekutuan pada Mac 2016, menolak rayuan tersebut atas alasan bahawa rayuan tersebut adalah tidak kompeten dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Persekutuan seterusnya memerintahkan perkara tersebut dirujuk ke Mahkamah Tinggi untuk memeriksa rekod prosiding dan mempertimbangkan sama ada keputusan mengenai soalan adalah perlu berkenaan kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan  untuk penentuan oleh Mahkamah Persekutuan menurut seksyen 30, 84 dan 85 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Penghakiman dilaporkan sebagai Gan Boon Aun lwn Pendakwa Raya [2016] 4 MLJ 265. Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut, pada Mei 2016, Mahkamah Tinggi merujuk lima soalan perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan untuk penetapan.  Pada Mac 2017, Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengekalkan kesahan seksyen 122(1) SIA dan memerintahkan perkara tersebut dirujuk ke Mahkamah Sesyen untuk penyambungan perbicaraan. Alasan penghakiman Mahkamah Persekutuan tersebut boleh didapati di sini.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup