Tindakan Sivil Pada 2019
Bil. Kesalahan Defendan Fakta Ringkas Kes Hasil
Hasil Tindakan Sivil yang Diambil
1. Insider trading Ang Pok Hong & Wendy Wong Soon Soon

On 8 August 2019, a civil action was filed against Ang and Wendy Wong for breach of section 188(2)(a) and 188(2)(b) of the CMSA for acquiring TH Group Berhad (TH Group) shares between 22 and 25 September 2008 while in possession of inside information in relation to the proposed privatization of TH Group via a Selective Capital Repayment exercise.

On 11 September 2019, Angie and Wendy Wong entered into a consent judgment with the SC for the sum of RM2,190,729.

2. Insider trading Ng Ee-Fang (Ng)

On 12 July 2019, a civil action was initiated against Ng for breach of section 188(2)(a) of the Capital Markets and Services Act 2007 (CMSA).

The SC sought, among others:

  • payment of the sum of RM578,640.00 which is equivalent to three (3) times the amount of profit made
  • a civil penalty of RM1,000,000.00
that Ng be restrained from trading in any counter on Bursa Malaysia for a period of five (5) years from the date so ordered by the court

On 30 August 2019, the High Court recorded a consent judgment between SC and Ng and ordered among others:

  • that there is a breach of section 188(2)(a) of the CMSA by Ng as acknowledged by Ng
  • that Ng pays to the SC a sum equivalent to three (3) times the amount of profit made which amounts to RM578,640.00
  • that Ng pays to the SC a civil penalty of RM750,000.00
  • that Ng be restrained from any involvement or dealings in any securities on the stock market in Malaysia for a period of five (5) years from the date of the consent judgment
3. Dagangan orang dalam

Amran Bin Awaluddin (“Amran“)

Nooralina Binti Mohd Shah (“Nooralina“)

Pada 19 April 2019, SC memfailkan saman sivil terhadap defendan.  SC memohon, antara lain

  • Pengisytiharan bahawa Amran telah melanggar seksyen 89E(2)(a) dan/atau (b) SIA berhubung dengan pemerolehan saham Ranhill Power Berhad (“RPB”) melalui akaun dagangan Nooralina;
  • Pengisytiharan bahawa Nooralina telah melanggar seksyen 89E(2)(a) dan/atau (b) SIA berhubung dengan pemerolehan saham RPB melalui akaun dagangannya
  • Perintah supaya Amran dan/atau Nooralina secara bersama dan berasingan membayar sebanyak RM359,061.00 yang bersamaan dengan tiga kali ganda RM119,687.00 yang merupakan perbezaan antara harga ketika saham tersebut diperolehi dan harga saham yang sepatutnya diperoleh pada waktu dagangan, sekiranya maklumat berkaitan dengan Cadangan Penswastaan dan Penyahsenaraian RPB tersedia secara umum;
  • perintah bagi saman sivil tidak melebihi RM1,000,000 terhadap Amran;
  • perintah bagi saman sivil tidak melebihi RM1,000,000 terhadap Nooralina.
  • Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga ia diselesaikan sepenuhnya;
  • kos menurut kadar peguamcara dan pelanggan; dan
  • Penyelesaian lain dan/atau lanjut yang dianggap sesuai dan adil oleh mahkamah.

Pada 23 Mei 2019, Mahkamah Tinggi merekodkan Penghakiman Persetujuan antara SC, Amran dan Nooralina mengisytiharkan kedua-dua defendan telah melanggar Seksyen 89E2(a) SIA.

Mahkamah juga memerintahkan pengembalian wang tiga kali ganda seperti yang dipohon oleh SC, dan memerintahkan dengan izin kedua-dua defendan membayar penalti sivil sebanyak RM1,000,000.00 seorang.

SC juga diberikan sebanyak RM50,000.00 sebagai tuntutan kos.

4.
  • Membuat pernyataan atau menyebarkan maklumat palsu atau mengelirukan dan berkemungkinan mempengaruhi penjualan dan pembelian sekuriti oleh orang lain  (s.177 CMSA 2007)
  • Dagangan orang dalam (s.188(2)(a) CMSA 2007)
  • Datuk Ishak Ismail (1st Defendant)
  • BHLB Trustee Berhad (2nd Defendant)

Pada 24 September 2010, SC memfailkan saman sivil terhadap Datuk Ishak Ismail dan memohon perintah berikut:

  • Pengisytiharan bahawa defendan pertama telah membuat pernyataan palsu atau mengelirukan atau menyebarkan maklumat palsu atau mengelirukan dengan membuat kenyataan akhbar yang berkaitan dengan hal-hal Kenmark Industrial Company (M) Bhd dari 3.6.2010 hingga 9.6.2010;
  • Pengisytiharan bahawa defendan pertama telah terbabit dalam aktiviti dagangan orang dalam menurut Seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Saham dan Perkhidmatan 2007 pada 9.6.2010 dan 11.6.2010 beliau melupuskan sahamnya dalam Kenmark Industrial Company (M) Bhd pada satu jumlah kasar RM10,160,636.00 yang menghasilkan keuntungan kewangan sebanyak RM6,302,283.00;
  • Perintah bahawa defendan pertama membayar kepada SC sebanyak RM18,906,849.00 yang bersamaan dengan tiga kali ganda keuntungan atau keuntungan kewangan sebanyak RM6,302,283.00 menurut seksyen 200(2)(a) dan/atau Seksyen 201(6)(a) CMSA;
  • Perintah bahawa Datuk Ishak membayar kepada SC penalti sivil berjumlah RM1,000,000 menurut seksyen 200(2)(b) dan/atau Seksyen 201(6)(b) CMSA;
  • Penyelesaian lain dan/atau lanjut; dan
  • Kos

Pada 6 Mei 2019, Mahkamah Tinggi merekodkan Penghakiman Persetujuan antara SC dan Datuk Ishak Ismail membenarkan perintah yang dipohon oleh SC.
Saman terhadap defendan kedua ditarik balik tanpa sebarang perintah mengenai kos.

5. Dagangan orang dalam Dato Ch'ng Poh @ Ch'ng Chong Poh ("Dato Ch'ng Poh").

Pada 26 Mac 2019, SC memfailkan saman sivil terhadap Dato Ch'ng Poh. SC memohon, antara lain:

  • Pengisytiharan bahawa Dato Ch'ng telah melanggar seksyen 188(2)(a) CMSA berhubung dengan pemerolehan saham Malaysia Pacific Corporation Berhad ("MPAC") melalui akaun dagangan Lim Giok Moi (No Akaun CDS 073-001-21236807), Tan Kim Lian (CDS No Akaun CDS 073-001-40519456) dan Yap Lian Far (No Akaun CDS 073-001-017494188);
  • perintah supaya Dato Ch'ng Poh membayar sebanyak  RM390,777 yang bersamaan dengan tiga kali ganda RM130,259 yang merupakan perbezaan antara harga saham tersebut sepatutnya diperolehi, sekiranya maklumat berkaitan dengan Cadangan Projek Usahasama tersedia secara umum;
  • perintah bagi penalti sivil sebanyak RM1,000,000 terhadap Dato Ch'ng Poh;
  • Perintah yang menghalang Dato Ch'ng Poh daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tesenarai bagi tempoh 5 tahun;
  • Perintah yang menghalang Dato Ch'ng Poh dari sebarang pembabitan atau urusniaga dalam mana-mana sekuriti di pasaran saham Malaysia bagi tempoh 5 tahun;
  • Faedah;
  • Kos.
Pada 2 April 2019, Mahkamah Tinggi merekodkan Penghakiman Persetujuan antara SC dan Dato Ch'ng Poh membenarkan perintah yang dipohon oleh SC.
6.

Dagangan orang dalam

Dato' Mohd Nor bin Abdul Wahid ("Dato' Mohd Nor")

Pada 27 Februari 2019, SC memfailkan saman sivil terhadap Dato' Mohd Nor. SC memohon, antara lain:

  • Pengisytiharan bahawa Dato' Mohd Nor telah melanggar s188(2)(a) CMSA apabila beliau memperoleh 500,000 unit saham Three A Resources Berhad (3Apada 5 Oktober 2009 ketika memiliki maklumat dalaman.
  • Perintah bahawa Dato' Mohd Nor membayar RM50,201.40 yang bersamaan dengan tiga kali ganda RM16,733.80 yang merupakan perbezaan antara harga ketika saham 3A diperolehi dan harga saham 3A sepatutnya diperolehi pada masa pemerolehan, sekiranya maklumat berkaitan dengan cadangan usaha niaga bersama antara 3A dan Wilmar International Limited tersedia secara umum;
  • Perintah bagi penalti sivil sebanyak RM1,000,000.00 terhadap Dato' Mohd Nor;
  • Perintah yang menghalang Dato' Mohd Nor daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tesenarai bagi tempoh 5 tahun;
  • Perintah yang menghalang Dato' Mohd Nor dari sebarang pembabitan atau urusniaga dalam mana-mana sekuriti di pasaran saham Malaysia bagi tempoh 5 tahun;
  • Faedah;
  • Kos.

Pada 14 Mac 2019, Mahkamah Tinggi merekodkan Penghakiman Persetujuan antara SC dan Dato' Mohd Nor membenarkan perintah yang dipohon oleh SC.

7.

Dagangan orang dalam

Lim Chiew

Pada 8 Disember 2005, SC memfailkan saman sivil terhadap Lim Chiew, mantan pengarah bebas bukan eksekutif Magnum Corporation Berhad bagi kesalahan dagangan orang dalam berhubung dengan saham Bolton Berhad pada 12 Julai 1999.
SC memohon, antara lain:

  • Bayaran berumlah RM1,242,061.08 yang merupakan tiga kali ganda RM414,020.36, iaitu keuntungan yang diperolehinya akibat dari kesalahan tersebut;
  • Saman sivil sebanyak RM500,000.00;
  • Faedah;
  • Kos.

Pada 28 September 2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa SC telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Lim Chiew. Mahkamah Tinggi mengarahkan Lim Chiew untuk membayar sebanyak RM1,242,061.08 yang dituntut oleh SC dan penalti sivil sebanyak RM50,000.

Pada 10 Oktober 2019 Lim Chiew memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. 

Pada 7 Januari 2019, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Lim Chiew dan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi.

8.

Dengan sengaja membenarkan pengemukaan pernyataan mengelirukan kepada Bursa Malaysia

Lei Lin Thai ("Lei")

Pada 20 Februari 2019, satu saman sivil telah difailkan terhadap Lei bagi pelanggaran seksyen 369 CMSA iaitu dengan sengaja membenarkan pengemukaan pernyataan mengelirukan kepada Bursa Malaysia Berhad. Pernyataan mengelirukan tersebut adalah berhubung dengan kegagalan untuk menzahirkan 4 individu sebagai pihak yang bertindak bersama-sama bagi satu pengumuman bertarikh 29 September 2008.

Pada 8 Mac 2019, Lei mencapai penghakiman persetujuan dengan SC dengan jumlah RM2,258,578.53.

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup