Tindakan Pentadbiran pada 2018
Bil. Jenis Salah Laku Pihak yang Terbabit Huraian Ringkas Salah Laku Tindakan yang Diambil Tarikh Tindakan
1.

Melanggar seksyen 356(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang dibaca bersama:

  • Perenggan 8.2.1, 11.2, 11.3 dan 11.4 Garis Panduan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan bagi Pengantara Pasaran Modal SC; dan
  • Seksyen 61(4)   kerana melanggar syarat-syarat Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal, yang ditetapkan dalam Perenggan 7.02(11) dan 7.02(12)(a) Panduan Pelesenan SC; dan
  • Prinsip Teras 3 Garis Panduan Tatalaku Pasaran SC dan Amalan perniagaan bagi Syarikat Broker Saham dan Wakil Berlesen (Garis Panduan Tatalaku Pasaran)

RHB Investment Bank Berhad (“RHBIB”)

  • RHBIB telah gagal untuk menjalankan ketekunan wajar berterusan dan memeriksa akaun dagangan bagi tujuh pelanggan;
  • RHBIB telah gagal untuk mengesan dan melaporkan tansaksi meragukan dalam lima akaun kepada Jabatan Perisijkan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia;
  • RHBIB telah gagal untuk mengenal pasti pelanggannya dan mengesahkan pengenalan pelanggannya dengan menggunakan sumber dokumen, data atau maklumat yang boleh dipercayai, bebas; dan
  • RHBIB telah gagal untuk menyelia dengan mencukupi wakil berlesennya dan memastikan pematuhan mereka terhadap undang-undang sekuriti.
  • RHBIB telah melanggar Prinsip Teras 3 Garis Panduan Tatalaku Pasaran, kerana ia telah gagal untuk mengurus hal ehwalnya secara bertanggungjawab dan berkesan disebabkan ketiadaan kawalan dan proses pengurusan risiko yang mencukupi.
  • Celaan
  • Penalti sebanyak RM900,000

Pada 16 Januari 2019, RHBIB menfailkan permohonan semakan kepada SC terhadap pelanggaran dan sekatan yang dikenakan.

18 Disember 2018

2.

Pelanggaran Perenggan 4.0(b) Garis Panduan Tatalaku Pasaran

Chan Cheong Yuen (Chan), Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHBIB pada ketika itu

Gagal sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk memastikan polisi dan prosedur mencukupi disediakan untuk mengurus hal ehwal RHBIB secara bertanggungjawab dan berkesan, dengan pengurusan risiko dan pengawasan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan Prinsip Teras 3.
untuk mengatur dan mengawal.

  • Celaan
  • Penalti sebanyak RM200,000

Pada 16 Januari 2019, Chan menfailkan permohonan semakan kepada SC terhadap pelanggaran dan sekatan yang dikenakan.

18 Disember 2018

3. Melanggar seksyen 65(1)(g)(v) CMSA kerana berkelakuan yang menimbulkan keraguan terhadap kecekapan dan  at pertimbangan yang sewajarnya. Khe Yew Chun @ Jie Yaw Chuan (Khe), pemegang CMSRL menjalankan aktiviti yang dikawal selia berurus niaga dalam sekuriti Khe, selaku Ketua Cawangan Utama Pusat RHB, Peruncitan, Sekuriti dan Niaga Hadapan telah secara proaktif  mendapatkan surat dengan bergantung kepada tiga individu, walaupun mereka ternyata terbabit dalam penggelapan wang  yang didepositkan oleh pelanggan RHBIB. Khe juga telah mengarahkan Pengurus Pentadbiran Cawangan  untuk mengesahkan surat tersebut, tanpa disedari oleh Pengurus Cawangan mengenai surat lain.  Hasilnya, surat yang palsu dan mengelirukan telah dikemukakan kepada SC.
  • Penggantungan selama 1 bulan
18 Disember 2018
4. Melanggar seksyen 356(1)(a) CMSA yang dibaca bersama  Seksyen 61(4) CMSA kerana gagal mematuhi dengan syarat Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal  (CMSRL) yang menghendakinya agar kekal layak dan sesuai pada setiap masa seperti yang ditetapkan di bawah Perenggan 7.03(1) Panduan Pelesenan SC
  • Celaan
5. Melanggar seksyen 65(1)(g)(iv) CMSA kerana terlibat dalam  amalan perniagaan yang dianggap oleh SC sebagai tidak wajar atau menggambarkan kesangsian dalam kaedah pelaksanaan perniagaannya. Azhar Ahmad (Azhar), pemegang CMSRL menjalankan aktiviti yang dikawal selia berurus niaga dalam sekuriti Azhar bertindak sebagai saksi kepada tandatangan seorang individu dalam borang permohonan walaupun tiada pertemuan antaranyua dan individu tersebut sebelum pembukaan akaun. Azhar juga telah mengesahkan salinan kad pengenalan dan penyata bank individu tesebut walaupun tidak  menyemak dokumen asal. Ini telah menyebabkan wang yang diperuntukkan daripada individu tersebut kepada akaun pihak ketiga  Selepas dimaklumkan bahawa jumlah wang tersebut dimiliki oleh individu tersebut, Azhar gagal untuk memaklumkan  RHBIB secepat mungkin dan hanya berbuat demikian enam (6) bulan kemudian.
  • Celaan
18 Disember 2018
6. Melanggar seksyen 356(1)(a) CMSA yang dibaca bersama seksyen 61(4) CMSA kerana gagal mematuhi dengan syarat CMSRL, yang menghendakinya agar kekal layak dan sesuai pada setiap masa seperti yang ditetapkan di bawah Perenggan 7.03(1) Panduan Pelesenan SC
7.

Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA  yang dibaca bersama seksyen 229(3), 230(3) dan 246(1)(a) CMSA kerana menyebabkan  penerbitan Memorandum Maklumat  Ace Holdings Bhd (AHB) bertarikh 8 September 2015 (Memo Maklumat pertama  AHB) dan Memorandum Maklumat  bertarikh 5 Januari 2018  (Memo Maklumat kedua AHB), yang mengandungi  maklumat palsu atau mengelirukan.

ACE Holdings Berhad  (“AHB”)

Caused penerbitanAHB's Memo Maklumat pertama   dan  Memo Maklumat kedua   AHB yang mengandungi  maklumat palsu atau mengelirukan berkaitaan dengan perkara berikut:
Berkenaan dengan Memo Maklumat pertama AHB:

  • Modal terbitan dan berbayar Ace Credit Sdn Bhd
  • Amaun dana sasaran yang akan dikumpulkan
  • Penggunaan    hasil kutipan

Berkenaan dengan Memo Maklumat kedua AHB:

  • amaun dana rekod AHB lalu yang  dinyatakan dalam Memo Maklumat pertama; dan
  • Penggunaan   dana yang dikumpulkan di bawah Memo Maklumat kedua  AHB.
  1. Celaan
  2. Arahan kepada AHB untuk mengeluarkan penzahiran pembetulan kepada semua pelanggan saham keutamaan boleh tebus menurut Memo Maklumat pertama   AHB dan saham keutamaan boleh tebus Islam menurut Memo Maklumat kedua AHB untuk menangani isu-isu yang dinyatakan dalam Notis Tunjuk Sebab dan memastikan pelanggan disediakan dengan maklumat terkiniu dan tepat mengenai pelaburan mereka.
  3. Arahan kepada AHB untuk melantik Juruaudit luaran yang berdaftar dengan Lembaga Pemantauan Audit dan dan diterima oleh SC  untuk melakukan perkara berikut:
    • Melaksanakan fungsi pemantaauan berkenaan dengan modal yang dikumpulkan oleh AHB menurut  Memo Maklumat pertama   AHB dan Memo Maklumat kedua AHB dan penggunaan   modal tersebut bagi suatu tempoh  yang akan ditentukan oleh SC; dan
    • Untuk menjalankan audit khas untuk menjalankan  penilaian kedudukan kedudukan kewangan berkaitan dengan  modal yang dikumpulkan oleh  AHB menurut  Memo Maklumat pertama   AHB dan Memo Maklumat kedua AHB dan penggunaan  modal tersebut.
  4. Arahan kepada AHB untuk berhenti dan mengelak daripada menjalankan apa-apa  aktiviti pemasaran atau pengumpulan dana menurut  Memo Maklumat pertama   AHB dan Memo Maklumat kedua AHB; dan
  5. Arahan kepada AHB untuk mendapatkan  kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada SC sekiranya ia berhasrat untuk menjalankan apa-apa aktiviti pengumpulan dana pada masa yang datang.
11 Disember 2018
8.

Pelanggaran Obligasi untuk Melaksanakan Tawaran Mandatori (MO) bagi Baki Saham Mengundi dalam Can-One Bhd (Can-One) menurut  Seksyen 218(3) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 9(1)(b) Kod Pengambilalihan dan  Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia 2010 (Kod Pengambilalihan)

Yeoh Jin Hoe (YJH)
dan

  • Eller Axis Sdn Bhd
  • Patricia Woon Lai Ching @ Lee Yah Seng
  • Marc Francis Yeoh Min Chang
  • Scott Sebastian Yeoh Min Hsing
  • Yeoh Jin Aik
  • Yeoh Jin Kim
  • Yeoh Jin Beng
  • Agnes Goh Cheng Suan
  • Iska Tenaga Sdn Bhd
  • Sanwoi (Malaysia) Sdn Bhd

(secara kolektif, pihak yang bertindak secara bersama dan dirujuk sebagai Can-One PACs).

YJH dan Can-One PACs melanggar seksyen 218(3) CMSA dan Perenggan 9(1)(b)  Kod Pengambilalihan berkaitan dengan  pemerolehan saham  Can-One. Setelah meningkatkan pegangan kolektif melebihi 25 sepanjang tempoh 6 bulan,  YJH dan Can-One PACs gagal untuk melaksanakanMO bagi memperoleh baki saham dalam Can-One.

  1. Celaan; dan
  2. Penalti sebanyak RM480,000.
10 Disember 2018
9.

Pelanggaran Obligasi untuk melaksanakan MO bagi baki Saham Mengundi dalam Kian Joo Can Factory Bhd (KJCF) menurut  Seksyen 218(2) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 9(1)(a)  Kod Pengambilalihan

YJH
Dan

  • Can-One International Sdn Bhd
  • Bukit Feringhi Resort Sdn Bhd
  • Patricia Woon Lai Ching @ Lee Yah Seng
  • Marc Francis Yeoh Min Chang
  • Scott Sebastian Yeoh Min Hsing
  • Yeoh Jin Aik
  • Agnes Goh Cheng Suan
  • Sanwoi (Malaysia) Sdn Bhd         
    (secara kolektif pihak yang bertindak secara bersama dan dirujuk sebagai “KJCF PACs”).
  • YJH dan KJCF PACs melanggar Seksyen 218(2) CMSA dan Perenggan 9(1)(a)  Kod Pengambilalihan berkaitan dengan pemerolehan saham dalam KJCF.   
  • Setelah meningkatkan pegangan kolektif melebihi 33%, YJH dan KJCF PACs gagal untuk melaksanakan MO bagi memperoleh baki saham dalam KJCF.
  • Celaan;
  • Penalti sebanyak RM455,000; dan
  • Sekatan terhadap bilangan agregat hak mengundi yang boleh dilaksanakan oleh YJH dan KJCF PACs dalam KJCF sehingga tidak melebihi 33%.

Di samping itu, sekiranya cadangan pelaksanaan korporat dalam  Kian Joo tidak dijalankan dalam tempoh  enam (6) bulan dari tarikh surat, YJH dan KJCF PACs dikehendaki mengurangkan pegangana kolektif mereka dalam  KJCF kepada 33% dan kurang.

10 Disember 2018
10.

Melanggar seksyen 354(1)(a) Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang dibaca bersama:

Seksyen 134(5)(c)  Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (“SCMA”) kerana dengan sengaja memberi kenyataan palsu kepada Pegawai Penyiasatan (“IO”) SC  dalam kenyataan yang direkodkan di bawah Seksyen 134 SCMA.

Lim Boon Cheng

Dengan sengaja memberi maklumat palsu kepada IO SC dalam kenyataan yang direkodkan di bawah Seksyen 134 SCMA.

Penalti sebanyak RM100,000

26 September 2018
11. Melanggar seksyen 356(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 4.17, Seksyen B, Penggal 1 Garis Panduan Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai di bawah Rangka Kerja Serah dan Simpan  (Garis Panduan LOLA) MTC Asset Management (M) Sdn Bhd (MTC), pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal bagi pengurusan dana Kelewatan selama 1 hari perniagaan untuk mengemukakan statistik bulanan bagi pulangan satu dana borong. SC mengenakan penalti sebanyak RM1,000 terhadap MTC.

21 Disember 2018

12. VCB Capital Sdn Bhd (VCB Capital), pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal for pengurusan dana

Kelewatan selama 2 hari perniagaan untuk mengemukakan statistik bulanan bagi pulangan satu dana borong.

SC mengenakan penalti sebanyak RM2,000 terhadap VCB Capital.

26 November 2018

13.

Kumpulan Sentiasa Cemerlang Sdn Bhd (KSC), pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal bagi pengurusan dana

Kelewatan selama 1 hari perniagaan untuk mengemukakan statistik bulanan bagi pulangan 7 dana borong.

SC mengenakan penalti sebanyak RM7,000 terhadap KSC.

26 November 2018

14.

Melanggar seksyen 356(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 4.17 dan 4.18(e), Seksyen B, Penggal 1  Garis Panduan LOLA

AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd (AmanahRaya), pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal kerana berurus niaga dalam sekuriti terhad kepada unit amanah dan pengurusan dana

Kelewatan selama 1 hari perniagaan untuk mengemukakan statistik bulanan bagi pulangan satu dana borong.

SC mengenakan penalti sebanyak RM1,000 terhadap AmanahRaya.

26 November 2018

15.

Melanggar seksyen 356(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 4.07, Seksyen B, Penggal 3  Garis Panduan LOLA 

Kenanga Invesment Bank Bhd (KIBB), pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal kerana berurus niaga dalam sekuriti dan skim persaraan swasta, nasihat kewangan korporat dan nasihat pelaburan

Kelewatan selama 4 hari perniagaan untuk mengemukakan notis pasca penerbitan bagi pihak penerbit.

SC mengenakan penalti sebanyak RM4,000 terhadap KIBB.

26 November 2018

16.

Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama seksyen 215(3)(a)(b)(i) CMSA (Pelanggaran 1)

Melanggar seksyen 354(1)(b)(ii) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 3.05(c) Garis Panduan Ketekunan Wajar bagi Cadangan Korporat (DDGL) (Pelanggaran 2)

Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT" atau “Syarikat” )

Gagal memaklumkan kepada SC mengenai perkembangan material kepada LCT (Perkembangan Material) sebelum penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Perkembangan Material tersebut adalah berkaitan dengan  prestasi kewangan LCT selepas suku tahun pertama 2017, yang berkaitan dengan cadangan korporat LCT. Perkembangan Material ini timbul selepas Prospektus LCT dikemukakan kepada SC tetapi sebelum penyenaraiannya memaklumkan Penasihat Utamanya mengenai Perkembangan Material yang boleh memberi kesan terhadap cadangan korporat bagi penyenaraiannya.

  1. Celaan dan penalti sebanyak RM280,000 bagi Pelanggaran 1;
  2. Celaan dan penalti sebanyak RM280,000 bagi Pelanggaran 2.

Pada 7 Ogos 2018, LCT menfailkan permohonan semakan kepada SC terhadap sekatan yang dikenakan. Pada Disember 2018, SC memutuskan untuk mengesahkan sekatan tersebut.

9 Julai 2018

17.

Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama seksyen 215(3)(a)(b)(i) dan seksyen 367(1) CMSA

Tan Sri Dato' Abdul Rahman Bin Mamat

Gagal memaklumkan kepada SC Perkembangan Material kepada LCT (Perkembangan Material) sebelum penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.  Perkembangan Material tersebut adalah berkaitan dengan prestasi kewangan LCT selepas suku tahun pertama 2017, yang berkaitan dengan cadangan korporat LCT. Perkembangan Material ini timbul selepas Prospektus LCT dikemukakan kepada SC tetapi sebelum penyenaraiannya.

On 13 Disember 2018, SC telah mengetepikan celaan yang dikenakan ke atas Tan Sri Dato' Abdul Rahman Bin Mamat susulan permohonan semakan yang difailkannya pada 7 Ogos 2018.

9 Julai 2018

18.

Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama seksyen 215(3)(a)(b)(i) dan seksyen 367(1) CMSA (Pelanggaran 1)

Melanggar seksyen 354(1)(b)(ii) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 3.05(c)  DDGL (Pelanggaran 2)

Lee Dong Woo

Gagal memaklumkan kepada SCof Perkembangan Material to LCT (Perkembangan Material) sebelum penyenaraiannyaon the Pasaran Utama Bursa Malaysia.  Perkembangan Material tersebut adalah berkaitan dengan prestasi kewangan LCT selepas suku tahun pertama 2017, yang berkaitan dengan cadangan korporat LCT. Perkembangan Material ini timbul selepas Prospektus LCT dikemukakan kepada SC tetapi sebelum penyenaraiannya.

Gagal untuk memaklumkan Penasihat Utamanya mengenai Perkembangan Material yang boleh memberi kesan kepada cadangan korporatnya bagi penyenaraian.

  • Celaan dan Penalti sebanyak RM220,500 bagi Pelanggaran 1;
  • Celaan dan Penalti sebanyak RM220,500 bagi Pelanggaran 2.

Pada 7 Ogos 2018, Lee Dong Woo menfailkan permohonan semakan kepada SC terhadap sekatan yang dikenakan. On 13 Disember 2018, SC memutuskan untuk mengesahkan sekatan tersebut.

9 Julai 2018

19.

Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama seksyen 215(3)(a)(b)(i) dan seksyen 367(1) CMSA (Pelanggaran 1)

Melanggar seksyen 354(1)(b)(ii) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 3.05(c)  DDGL (Pelanggaran 2)

Lee Kwan Ho

Gagal memaklumkan kepada SCof Perkembangan Material kepada LCT ("Perkembangan Material") sebelum penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.  Perkembangan Material tersebut adalah berkaitan dengan prestasi kewangan LCT selepas suku tahun pertama 2017, yang berkaitan dengan cadangan korporat LCT. Perkembangan Material ini timbul selepas Prospektus LCT dikemukakan kepada SC tetapi sebelum penyenaraiannya.
Gagal untuk memaklumkan Penasihat Utamanya mengenai Perkembangan Material yang boleh memberi kesan kepada cadangan korporatnya bagi penyenaraian.

  1. Celaan dan Penalti sebanyak RM220,500 bagi Pelanggaran 1;
  2. Celaan dan Penalti sebanyak RM220,500 bagi Pelanggaran 2.

Pada 7 Ogos 2018, Lee Kwan Ho menfailkan permohonan semakan kepada SC terhadap sekatan yang dikenakan. On 13 Disember 2018, SC memutuskan untuk mengesahkan sekatan tersebut.

9 July 2018
20.

Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama seksyen 215(3)(a)(b)(i) dan seksyen 367(1) CMSA

Cho Seongtaeg

Gagal memaklumkan kepada SC mengenai Perkembangan Material kepada LCT (Perkembangan Material) sebelum penyenaraiannyaon the Pasaran Utama Bursa Malaysia.  Perkembangan Material tersebut adalah berkaitan dengan prestasi kewangan LCT selepas suku tahun pertama 2017, yang berkaitan dengan cadangan korporat LCT. Perkembangan Material ini timbul selepas Prospektus LCT dikemukakan kepada SC tetapi sebelum penyenaraiannya.

Celaan

Pada 7 Ogos 2018, Cho Seongtaeg menfailkan permohonan semakan kepada SC terhadap sekatan yang dikenakan. Pada 15 Februari 2019, SC menolak permohonan semakan Cho Seongtaeg dan menambah sanksi terhadapnya dengan mengenakan penalti sebanyak RM220,500 kerana pelanggaran tersebut.

9 Julai 2018
21.

Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama seksyen 215(3)(a)(b)(i) dan seksyen 367(1) CMSA

Tan Sri Datuk (Dr) Rafiah Binti Salim Gagal memaklumkan kepada SC mengenai Perkembangan Material kepada LCT (Perkembangan Material) sebelum penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.  Perkembangan Material tersebut adalah berkaitan dengan prestasi kewangan LCT selepas suku tahun pertama 2017, yang berkaitan dengan cadangan korporat LCT. Perkembangan Material ini timbul selepas Prospektus LCT dikemukakan kepada SC tetapi sebelum penyenaraiannya.

Pada 13 Disember 2018, SC telah mengetepikan celaan yang dikenakan ke atas Tan Sri Datuk (Dr) Rafiah Salim susulan permohonan semakan yang difailkannya pada 7 Ogos 2018.

9 Julai 2018
22.

Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama seksyen 215(3)(a)(b)(i) dan seksyen 367(1) CMSA

Ang Ah Lek

Gagal memaklumkan kepada SC mengenai Perkembangan Material kepada LCT (Perkembangan Material) sebelum penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.  Perkembangan Material tersebut adalah berkaitan dengan prestasi kewangan LCT selepas suku tahun pertama 2017, yang berkaitan dengan cadangan korporat LCT. Perkembangan Material ini timbul selepas Prospektus LCT dikemukakan kepada SC tetapi sebelum penyenaraiannya.

Pada 13 Disember 2018, SC telah mengetepikan celaan yang dikenakan ke atas Ang Ah Lek susulan  permohonan semakan yang difailkannya pada 7 Ogos 2018.

9 Julai 2018
23.

Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama seksyen 215(3)(a)(b)(i) CMSA

Ernst & Young ("EY") Gagal memaklumkan kepada SC mengenai Perkembangan Material kepada LCT (Perkembangan Material) sebelum penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.  Perkembangan Material tersebut adalah berkaitan dengan prestasi kewangan LCT selepas suku tahun pertama 2017, yang berkaitan dengan cadangan korporat LCT. Perkembangan Material ini timbul selepas Prospektus LCT dikemukakan kepada SC tetapi sebelum penyenaraiannya.
  • Celaan;
  • Penalti sebanyak RM297,500; dan
  • Mengarahkan EY untuk melaksanakan perkara berikut:
    • melakukan semakan dan penilaian menyeluruh ke atas kecukupan semua polisi dan proses berkaitan peranan EY sebagai Penasihat dan Pakar (Akauntan Pelapor) (seperti yang ditetapkan dalam Perenggan 3.20 hingga 3.23 DDGL). Keputusan semakan dan penilaian tersebut berserta cadangan (sekiranya ada) hendaklah dilaporkan kepada SC dalam tempoh (3) bulan bermula 9 Julai 2018; dan
    • membentangkan keputusan SC di mesyuarat Jawatankuasa Risiko EY atau seumpamanya dan satu Salinan minit mesyuarat serta kertas mesyuarat jawatankuasa yang berkaitan yang membincangkan isu tersebut hendaklah dikemukakan kepda SC dalam tempoh 1 bulan bermula 9 Julai 2018.

Pada 8 Ogos 2018, EY menfailkan permohonan semakan kepada SC terhadap sekatan yang dikenakan. Pada 13 Disember 2018, SC memutuskan untuk mengesahkan sekatan tersebut.

9 Julai 2018
24.

Melanggar seksyen 354(1)(b)(ii) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 3.03 dan 3.08  DDGL

Maybank Investment Bank Berhad ("Maybank IB")

Gagal untuk menjalankan  ketekunan wajar ketika menilai prestasi kewangan LCT selepas suku tahun pertama 2017 yang boleh memberi kesan kepada ketepatan kenyataan dalam Prospektus LCT.  

  • Celaan;
  • Penalti sebanyak RM450,000; dan
  • Mengarahkan Maybank IB untuk melakukan perkara berikut:
    • melakukan semakan dan penilaian menyeluruh ke atas kecukupan semua polisi dan proses berkaitan peranan Maybank IB sebagai Penasihat Utama atau penaja kepada cadangan korporat (seperti yang ditakrifkan dalam Perenggan 3.08 hingga 3.193  DDGL). Keputusan semakan dan penilaian tersebut berserta cadangan (sekiranya ada) hendaklah dilaporkan kepada SC dalam tempoh (3) bulan bermula 9 Julai 2018; dan
    • membentangkan keputusan SC di mesyuarat Lembaga Pengarah Maybank IB dan satu Salinan minit mesyuarat serta kertas mesyuarat Lembaga Pengarah yang berkaitan yang membincangkan isu tersebut hendaklah dikemukakan kepda SC dalam tempoh 1 bulan bermula 9 Julai 2018.

Pada 23 Julai 2018, Maybank IB menfailkan permohonan semakan kepada SC terhadap sekatan yang dikenakan. Pada 13 Disember 2018, SC memutuskan untuk mengesahkan sekatan tersebut.

9 Julai 2018
25.

Melanggar seksyen 65(1)(g)(v) dan (l) CMSA:

  • Kerana berkelakuan yang menimbulkan keraguan terhadap kecekapan dan pertimbangan yang sewajarnya; dan
  • SC mempunyai alasan untuk percaya bahawa pemegang CMSRL tidak akan menjalankan aktiviti yang dikawal selia yang dilesenkan kepadanya secara cekap, jujur atau adil
Shaiful Nazren Kassim (Shaiful), pemegang CMSRL menjalankan aktiviti yang dikawal selia berurus niaga dalam sekuriti
  1. Menjalankan dagangan atas budi bicara menggunakan akaun 3 pelanggannya tanpa memperoleh kelulusan daripada pengurusan kanan syarikat broker saham;
  2. Menjalankan dagangan secara berlebihan menggunakan beberapa akaun pelanggannya yang memberi pendapatan brokeraj yang besar kepada dirinya dan menyebabkan kerugian kepada pelanggan tersebut dan menyebabkan kerugian kepada pelanggan tersebut sepanjang tempoh empat tahun;
  3. Gagal untuk memenuhi permintaan pelanggan, termasuk arahan untuk mengeluarkan wang daripada akaunnya serta pertanyaan mengenai status akaun dan baki;
  4. Gagal untuk melaksanakan ketekunan wajar dengan bergabung dengan  AAM Academy dan Akademi Saham Malaysia, yang telah menyebarkan bahan pemasaran yang mengandungi  representasi mengelirukan yang menyebabkan pelaburan dalam saham yang dilindungi modal dengan pulangan terjamin.

Pembatalan CMSRL Shaiful kerana berurus niaga dalam sekuriti under seksyen 72(2)(b)(i) CMSA

18 Jun 2018

Pada 2 Julai 2018, Shaiful appealed to the SC terhadap sanksi yang dikenakan.

Pada 7 Disember 2018, SC memutuskan untuk mengesahkan sanksi tersebut tetapi membenarkan Shaiful membuat bayaran penalti secara ansuran selama 24 bulan. Pembatalan CMSRL Shaiful berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

26.

Melanggar seksyen 356(1)(a) CMSA yang dibaca bersama:

  • Seksyen 61(4) CMSA kerana gagal mematuhi dengan syarathis CMSRL, yang menghendakinya untuk kekal layak dan sesuai pada setiap masa seperti yang ditetapkan di bawah Perenggan 7.03(1) Panduan Pelesenan SC; dan
  • Perenggan 7.0(a)  Garis Panduan Tatalaku Pasaran dan Amalan perniagaan bagi Syarikat Broker Saham dan Wakil Berlesen untuk menjalankan menurut budi bicara dagangan melalui akaun pelanggan tanpa memperoleh kelulusan daripada pengurusan kanan syarikat broker sahamnya.

Penalti sebanyak RM123,750

27.

Melanggar seksyen 65(1)(g)(iv), (v) dan (m) CMSA kerana:

  • terlibat dalam amalan perniagaan yang dianggap oleh SC sebagai tidak wajar atau menggambarkan ketidakcekapannya adalam melaksanakan perniagaan;
  • Terlibat dalam amalan perniagaan atau berkelakuan yang menimbulkan keraguan terhadap kecekapan dan pertimbangan yang sewajarnya; dan
  • SC berpendapat bahawa ia adalah bercanggah dengan kepentingan awam baginya untuk terus memegang CMSRL bagi menjalankan aktiviti yang dikawal selia iaitu berurus niaga dalam sekuriti.
Tan Yee Chee sebagai pemegang CMSRL menjalankan aktiviti yang dikawal selia berurus niaga dalam sekuriti.

 

SC mendapati bahawa penghakiman persetujuan yang direkodkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menurut satu saman sivil (Nombor Saman: WA-22NCC-300-07/2017) yang diisytiharkan oleh Tan Yee Chee yang melanggar seksyen 188(2)(a) CMSA berkaitan dengan  dagangan orang dalam berhubung pemerolehan saham Kencana Petroleum Bhd dan menimbulkan kebimbangan yang serius terhadap kelayakan dan kesesuaian  Tan Yee Chee sebagai pemegang CMSRL. Pembatalan CMSRL kerana aktiviti yang dikawal selia berurus niaga dalam sekuriti di bawah seksyen 72(2)(b)(i) yang dibaca bersama seksyen 65(1)(vi), (v) dan (m) CMSA. 3 September 2018
28. Melanggar seksyen 65(1)(l) CMSA yang mana SC beralasan untuk percaya bahawa pemegang CMSRL tersebut tidak akan menjalankan aktiviti yang dikawal selia iaitu berurus niaga dalam sekuriti dengan cekap, jujur atau adil. Ewe Lay Peng sebagai pemegang CMSRL menjalankan aktiviti yang dikawal selia memberi nasihat kewangan korporat. SC mendapati bahawa pertuduhan jenayah terhadap Ewe Lay Peng pada 29 Mac 2017 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Nombor Kes: 62SC-(001-004)-03/2017) kerana berkomunikasi maklumat bukan awam menurut  Seksyen 188(3)(b) CMSA yang menimbulkan kebimbangan yang serius ke atas kelayakan dan kesesuaian Ewe Lay Peng sebagai pemegang CMSRL. Pembatalan CMSRL kerana aktiviti yang dikawal selia berurus niaga dalam sekuriti di bawah seksyen 72(2)(b)(i) yang dibaca bersama Seksyen 65(1)(vi), (v) dan (m) CMSA. 3 September 2018
29. Melanggar seksyen 354(1)(a) yang dibaca bersama Seksyen 59(1) CMSA kerana menyamar sebagai pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal dan berurus niaga dalam sekuriti Raja An Nurum Muhammadun Jamil Iqbal Mohamed @ Mohd Beta, pemilik tunggal Mthreepttwo Rich Resources Tidak memiliki lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal untuk berurus niaga dalam sekuriti
  • Celaan
  • Penalti sebanyak RM50,000.00
9 Julai 2018
30. Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama seksyen 369(b)(B) CMSA Multi Sports Holdings Bhd (Multi Sports) Dengan sengaja menyebabkan pengemukaan penyata kewangan Multi Sports yang palsu dan mengelirukan kepada Bursa Malaysia. Penyata kewangan tersebut adalah berkenaan penyata kewangan Multi Sports Ringkas yang Digabungkan berhubung Kedudukan kewangan pada 31 Mac 2015 (Q1 2015) sehingga Penyata Kewangan Ringkas yang Digabungkan mengenai Kedudukan kewangan pada 31 Mac 2016 (Q1 2016) Celaan 27 Jun 2018
31.

Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama seksyen 369(b)(B) CMSA (Pelanggaran 1) Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA) kerana gagal mematuhi seksyen 152(1) Notis SCMA (Pelanggaran 2)

 

Lin Huozhi Dengan sengaja memberi kebenaran bagi pengemukaan penyata kewangan Multi Sports yang palsu atau mengelirukan kepada Bursa Malaysia. Penyata kewangan tersebut adalah 1Q 2015 sehingga 4Q 2015 Multi Sports.

 

  • Celaan
  • SC telah mengeluarkan satu kenyataan awam yang menyatakan bahawa, pada pendapat SC, pengekalan jawatan oleh Lin Huozhi sebagai Multi Sports boleh menjejaskan kepentingan awam.

27 Jun 2018
32. Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama seksyen 369(b)(B) CMSA (Pelanggaran 1)

 

Lin Liying Dengan sengaja memberi kebenaran bagi pengemukaan penyata kewangan Multi Sports yang palsu atau mengelirukan kepada Bursa Malaysia. Penyata kewangan tersebut adalah 1Q 2015 sehingga 4Q 2015 Multi Sports.

 

  • Celaan
  • SC telah mengeluarkan satu kenyataan awam yang menyatakan bahawa, pada pendapat SC, pengekalan jawatan oleh Lin Liying sebagai Multi Sports boleh menjejaskan kepentingan awam.

27 Jun 2018
33. Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama seksyen 369(b)(B) CMSA

 

Wong Wang Lam Dengan sengaja memberi kebenaran bagi pengemukaan penyata kewangan Multi Sports yang palsu atau mengelirukan kepada Bursa Malaysia. Penyata kewangan tersebut adalah 1Q 2015 sehingga 4Q 2015 Multi Sports.

 

  • Celaan
27 Jun 2018
34. Melanggar seksyen 354(1)(b)(ii) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 4.17, Seksyen B, Penggal 1 Garis Panduan LOLA. MTC Asset Management (M) Sdn Bhd (MTC), pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal for pengurusan dana Kelewatan selama 2 hari perniagaan untuk mengemukakan statistik bulanan bagi pulangan satu dana borong. SC mengenakan penalti sebanyak RM2,000 terhadap MTC. 11 Jun 2018
35. Melanggar seksyen 356(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 4.17 dan 4.18(e), Seksyen B, Penggal 1  Garis Panduan LOLA. AmFunds Management Bhd (AmFunds), pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal kerana berurus niaga dalam sekuriti terhad kepada unit amanah, pengurusan dana dan dealing in Skim persaraan swasta Kelewatan selama 1 hari perniagaan untuk mengemukakan statistik bulanan bagi pulangan 2 dana borong. SC mengenakan penalti sebanyak RM2,000 terhadap AmFunds. 11 Jun 2018
36. AmIslamic Funds Management Sdn Bhd (AmIslamic), pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal bagi pengurusan dana Kelewatan selama 1 hari perniagaan untuk mengemukakan statistik bulanan bagi pulangan 3 dana borong. SC mengenakan penalti sebanyak RM1,000 terhadap AmIslamic. 11 Jun 2018
37. RHB Asset Management Sdn Bhd (RHB Asset Management), pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal kerana berurus niaga dalam sekuriti terhad kepada unit amanah, pengurusan dana, berurus niaga dalam Skim Persaraan Swasta dan nasihat pelaburan Kelewatan selama 1 hari perniagaan untuk mengemukakan statistik bulanan bagi pulangan 3 dana borong. SC mengenakan penalti sebanyak RM3,000 terhadap RHB Asset Management. 11 Jun 2018
38. Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Peraturan 4(1) Peraturan Perindustrian Sekuriti (Pematuhan terhadap Piawaian Perakaunan) 1999 (SIR) NetX Holdings Berhad (NetX) Kegagalan untuk mematuhi Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia yang berkaitan (MFRS) berkenaan Penyata Kewangan Teraudit NetX bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2014 (AFS 2014) dan 30 Jun 2015 (AFS 2015).

 

Celaan 5 Jun 2018
39. Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Peraturan 4(1) SIR YM Tengku Ahmad Badli Shah bin Raja Hussin Kegagalan untuk mematuhi MFRS yang relevan berkaitan dengan  AFS 2015 NetX Celaan 5 Jun 2018
40. Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Peraturan 4(1)  SIR Tan Sik Eek Kegagalan untuk mematuhi MFRS yang relevan berkaitan dengan  AFS 2015 NetX Celaan 5 Jun 2018
41. Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Peraturan 4(1) SIR Chu Chee Peng Kegagalan untuk mematuhi MFRS yang relevan berkaitan dengan  AFS 2015 NetX Celaan 5 Jun 2018
42. Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Peraturan 4(1) SIR Yong Ket Inn Kegagalan untuk mematuhi MFRS yang relevan berkaitan dengan  AFS 2015 NetX Celaan 5 Jun 2018
43. Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Peraturan 4(1)  Peraturan 4(1) SIR Khee San Berhad ("Khee San" or the "Company") Kegagalan untuk mematuhi Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia yang berkaitan  (MFRS) berkenaan Penyata Kewangan Teraudit  Khee San bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2015 (AFS 2015) dan 30 Jun 2016 (AFS 2016).
  1. Celaan;
  2. Mengarahkan Khee San untuk membetulkan dan mengeluarkan semula AFS 2015 dan AFS 2016 Khee San seperti berikut: 
    (a) Khee San hendaklah melantik Juruaudit luaran (yang berdaftar dengan Lembaga Pemantauan Audit  (AOB) yang diterima oleh SC untuk mengaudit semula keseluruhan AFS 2015 dan AFS 2016 (Audit semula AFS 2015 & AFS 2016); 

    (b) Berdasarkan hasil audit semula AFS 2015 dan AFS 2016, Khee San perlu membetulkan dan mengeluarkan semula AFS 2015, AFS 2016 dan semua keputusan suku tahun dan penyata kewangan teraudit yang dikeluarkan selepas AFS 2016 (Penyataan Semula Akaun); 

    (c) Audit semula AFS 2015 & AFS 2016 dan Penyataan semula Akaun hendaklah disiapkan oleh Khee San dalam tempoh 6 bulan dari 21 Mei 2018.
  3. Mengarahkan Khee San untuk mendapatkan nasihat profesional bebas untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Audit (AC) yang efektif seperti berikut:

(a) Khee San hendaklah mendapat rundingan dan melantik perunding bebas bagi keberkesanan penilaian terhadap AC semasa Khee San,  khususnya, tahap pengetahuan, kemahiran, kepakaran  dan komitmen ahli AC dalam menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan dan membuat cadangan yang wajar (Penilaian AC);
(b) Lembaga Pengarah Khee San hendaklah menilai pemerhatian mengenai Penilaian oleh AC dan mengambil langkah yang wajar;
(c) Khee San hendaklah memaklumkan dalam penyata kewangan teraudit yang seterusnya dan mengumumkan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa) tindakan wajar yang telah diambil oleh Syarikat untuk menjalankan arahan SC; dan
(d) Penilaian oleh  AC mesti dilengkapkan oleh Khee San dalam tempoh 3 bulan daripada tamatnya Penyataan semula Akaun.

  • Mengarah Khee San untuk menangani kelemahan Fungsi Pelaporan Kewangannya seperti berikut:
    (a) Khee San hendaklah melantik Juruaduti luaran (yang berdaftar dengan AOB) untuk menilai kecukupan skop, fungsi, kecekapan dan sumber fungsi pelaporan kewangan  Khee San dan membuat cadangan yang sesuai untuk menambah baik Fungsi Pelaporan Kewangan Khee San (Penilaian Fungsi Pelaporan Kewangan);

(b) Lembaga Pengarah Khee San hendaklah menilai pemerhatian Juruaudit luar mengenai Penilaian Fungsi Pelaporan Kewangan dan mengambil langkah-langkah yang sesuai;
(c) Khee San hendaklah mengetengahkan dalam penyata kewangan teraudit yang seterusnya dan mengumumkan kepada Bursa (selepas memuktamadkan tindakan pembetulan tersebut):

    • Tindakan wajar oleh Syarikat telah diambil, berdasarkan pelanggaran CMSA yang dinyatakan di atas; dan  
    • Tindakan yang telah diambil oleh Lembaga Pengarah untuk menangani arahan SC yang berkaitan dengan pelanggaran terhadap CMSA yang dinyatakan di atas.
  • Arahan untuk menangni Fungsi Pelaporan Kewangan mesti dimuktamadkan oleh Khee San dalam tempoh 3 bulan dari Audit Semula dan pengeluaran semula akaun-akaun.
21 Mei 2018
44. Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Peraturan 4(1) SIR Dato' Sri Liew Kuek Hin Kegagalan untuk mematuhi MFRS yang relevan berkaitan dengan  AFS 2015 dan AFS 2016 Khee San.
  • Celaan;
  • Penalti sebanyak RM 196,000 bagi Pelanggaran berkaitan dengan AFS 2015;
  • Penalti sebanyak RM196,000 bagi Pelanggaran berkaitan dengan AFS 2016
21 Mei 2018
45. Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Peraturan 4(1) SIR Huang Yan Teo Kegagalan untuk mematuhi MFRS yang relevan berkaitan dengan  AFS 2015 dan AFS 2016 Khee San.
  • Celaan;
  • Penalti sebanyak RM 196,000 bagi Pelanggaran berkaitan dengan AFS 2015;
  • Penalti sebanyak RM196,000 bagi Pelanggaran berkaitan dengan AFS 2016
21 Mei 2018
46. Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Peraturan 4(1) SIR Leslie Looi Meng Kegagalan untuk mematuhi MFRS yang relevan berkaitan dengan  Khee San's AFS 2015 dan AFS 2016.
  • Celaan;
  • Penalti sebanyak RM 196,000 bagi Pelanggaran berkaitan dengan AFS 2015;
  • Penalti sebanyak RM196,000 bagi Pelanggaran berkaitan dengan AFS 2016
21 Mei 2018
47. Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Peraturan 4(1) SIR Dato' Sri Liew Yew Chung Kegagalan untuk mematuhi MFRS yang relevan berkaitan dengan  Khee San's AFS 2015 dan AFS 2016.
  • Celaan;
  • Penalti sebanyak RM 171,500 bagi Pelanggaran berkaitan dengan AFS 2015;
  • Penalti sebanyak RM171,500 bagi Pelanggaran berkaitan dengan AFS 2016
21 Mei 2018
48. Melanggar seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Peraturan 4(1) SIR Liew Yet Mei Kegagalan untuk mematuhi MFRS yang relevan berkaitan dengan  Khee San's AFS 2015 dan AFS 2016.
  • Celaan;
  • Penalti sebanyak RM 171,500 bagi Pelanggaran berkaitan dengan AFS 2015;
  • Penalti sebanyak RM171,500 bagi Pelanggaran berkaitan dengan AFS 2016
21 Mei 2018
49. Melanggar seksyen 354(1)(b)(ii) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 4.05 dan 4.06, Seksyen B, Penggal 2  Garis Panduan LOLA. HSBC Bank Malaysia Berhad ("HSBC Bank") Kelewatan selama 1 hari perniagaan untuk mengemukakan laporan pasca penerbitan 8 program produk berstruktur programmes. SC mengenakan penalti sebanyak RM8,000 terhadap HSBC Bank. 5 Februari 2018
50. HSBC Amanah Malaysia Berhad ("HSBC Amanah") Kelewatan selama 1 hari perniagaan untuk mengemukakan laporan pasca penerbitan program produk berstruktur. SC mengenakan penalti sebanyak RM1,000 terhadap HSBC Amanah. 5 Februari 2018
51. Melanggar seksyen 356(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 4.17 dan 4.18(e), Seksyen B, Penggal 1 Garis Panduan LOLA. Muamalat Invest Sdn Bhd (Muamalat Invest), pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal bagi pengurusan dana. Kelewatan selama 1 hari perniagaan untuk mengemukakan statistik bulanan pulangan dana borong SC mengenakan penalti sebanyak RM1,000 terhadap Muamalat Invest. 5 Februari 2018
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup