Tindakan Sivil Pada 2020
Bil. Kesalahan Defendan Fakta Ringkas Kes Hasil
1.

Dagangan orang dalam

Chang Kee Soon

Pada 10 Jun 2020, satu tindakan sivil dimulakan ke atas Chang Kee Soon kerana melanggar seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).
Berhubung   pemerolehan HPI Resources Bhd (HPI) oleh Chang Kee Soon, SC menuntut, antara lain,  perkara berikut:

  • Satu pengisytiharan bahawa Chang Kee Soon telah melanggar seksyen 188(2) CMSA;
  • Bayaran sebanyak RM1,198,702.83 yang bersamaan dengan tiga (3) kali ganda amaun RM399,567.61 yang merupakan perbezaan antara harga ketika saham tersebut diperolehi dan harga saham yang sepatutnya diperoleh pada waktu dagangan, sekiranya maklumat dalaman tersebut tersedia secara umum;
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000.00;
  • Satu perintah yang mana Chang Kee Soon dilucutkan jawatan pengarah dan pengurusan mana-mana syarikat awam tersenarai di Malaysia;
  • Satu perintah yang mana Chang Kee Soon dihalang daripada menjadi ketua eksekutif atau pengarah, terlibat dalam pengurusan, secara langsung atau tidak, dalam mana-mana syarikat awam tersenarai di Malaysia bagi tempoh selama 5 tahun dari tarikh penghakiman;
  • Satu perintah yang mana Chan Kee Soon dihalang daripada menjalankan dagangan mana-mana sekuriti di Bursa Malaysia bagi tempoh selama 5 tahun dari tarikh penghakiman.
  • Faedah; dan
  • Kos.

-

2.
  • Dagangan palsu dan transaksi penipuan pasaran
  • Manipulasi pasaran saham
  • Toh Lean Seng
  • Tham Yoke Sing
  • Lee Ai Peng
  • Yap Wai Fong
  •  Lee Beng Huat

Pada 8 Mei 2020, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memfailkan saman sivil terhadap lima individu. SC menuntut, antara lain:

  • satu pengisytiharan bahawa Toh Lean Seng, Tham Yoke Sing, Lee Ai Peng, Yap Wai Fong dan Lee Beng Huat telah melanggar seksyen 84(1) dan seksyen 84(3)(a) SIA;
  • satu pengisytiharan bahawa Toh Lean Seng, Tham Yoke Sing, Lee Ai Peng, Yap Wai Fong dan Lee Beng Huat telah melanggar seksyen 175(1) dan seksyen 175(3)(a) CMSA;
  • Satu perintah yang mana Toh Lean Seng, Tham Yoke Sing, Lee Ai Peng, Yap Wai Fong and Lee Beng Huat dihalang daripada memegang jawatan and menjadi pengarah syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama lima tahun;
  • Satu perintah yang mana Toh Lean Seng, Tham Yoke Sing, Lee Ai Peng, Yap Wai Fong and Lee Beng Huat dilarang daripada berdagang dalam saham dan sekuriti bagi tempoh lima (5) tahun;
  • Jumlah sehingga tiga (3) kali amaun yang diperolehi masing-masing oleh Toh Lean Seng, Tham Yoke Sing, Lee Ai Peng, yang melanggar seksyen 175 CMSA;
  • Sebanyak RM137,892.05 iaitu jumlah yang diperolehi olehYap Wai Fong yang melanggar seksyen 84 SIA dan seksyen 175 CMSA;
  • Sebanyak RM3,580.72 iaitu jumlah yang diperolehi olehLee Beng Huat yang melanggar seksyen 84 SIA dan seksyen 175 CMSA;
  • Faedah; dan
  • Kos

-

3.

Menggunakan peralatan yang memanipulasi dan menipu.

  1. Wong Shee Kai (No. NRIC: 811212-14-5957)
  2. Teh Sew Wan (No. NRIC: 500127-10-5696)
  3. Wong SK Holdings Sdn Bhd (Syarikat No.: 729123-K)

Pada 5 Mei 2020, satu tindakan sivil telah dimulakan ke atas Wong Shee Kai (Ricky Wong), Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd kerana melanggar seksyen 179(a) dan/atau seksyen 179(b) CMSA berhubung  pembabitan dalam beberapa skim untuk Bright Packaging Industry Bhd (Bright Packaging) berhubung penjualan sekuriti melalui terbitan, penempatan tertutup dan pelaksanaan ESOS Bright.
SC menuntut tindakan berikut:

  • Satu pengisytiharan bahawa Wong Shee Kai, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd telah melanggar 179(a) dan/atau seksyen 179(b) CMSA;
  • Wong Shee Kai dan Teh Sew Wan secara bersama dan dikehendaki membayar sebanyak RM140,323,500.00 iaitu tiga (3) kali amaun yang diperolehi, iaitu RM46,774,500.00;
  • Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd secara bersama dan dikehendaki membayar sebanyak RM27,900,000.00 iaitu tiga (3) kali jumlah yang diperolehi sebanyak RM9,300,000.00;
  • Wong Shee Kai, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd dikehendaki membayar penalti sivil sebanyak RM1,000,000.00 setiap seorang;
  • Wong Shee Kai, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd dihalang daripada menjual atau berurus niaga dengan aset mereka sehingga sebanyak RM169,223,500.00 sementara menunggu penyelesaian akhir tindakan sivil;
  • SC tidak dikehendaki membayar pampasan kepada Wong SK Holdings Sdn Bhd atau mana-mana penama, pemegang saham dan/atau entiti yang berkaitan dengan Wong Shee Kai, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd menurut seksyen 200(3)(b) dan/atau seksyen 360(1)(M) CMSA;
  • Wong Shee Kai dan Teh Sew Wan dihalang daripada menjadi ketua eksekutif, pengarah atau terlibat dalam pengurusan, secara langsung atau tidak, mana-mana syarikat awam lain di Malaysia secara tetap atau bagi suatu tempoh yang difikirkan sesuai oleh pihak Mahkamah;
  • Faedah; dan
  • Kos.

Pada 8 Mei 2020, Mahkamah Tinggi memerintahkan agar Wong Shee Kai, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd dihalang daripada menjual atau berurus niaga dengan aset mereka sehingga bernilai RM169,223,500.00 sementara menunggu penyelesaian akhir tindakan sivil.  

Mahkamah Tinggi selanjutnya memerintahkan agar Wong Shee Kai, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd mendedahkan semua aset mereka kepada SC.

4.

Dagangan orang dalam

Lee Swee Eng

Pada 29 April 2020, satu tindakan sivil dimulakan ke atas Lee Swee Eng kerana didakwa melanggar seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) berhubung  saham penjualan KNM Group Bhd oleh Lee Swee Eng. SC menuntut, antara lain, perkara berikut:

  • Satu pengisytiharan bahawa Lee Swee Eng telah melanggar seksyen 188(2) CMSA;
  • Bayaran sebanyak RM11,003,574.00 yang bersamaan dengan tiga (3) kali ganda amaun RM3,667,858.00, yang merupakan perbezaan antara harga ketika saham tersebut diperolehi dan harga saham yang sepatutnya diperoleh pada waktu dagangan, sekiranya maklumat dalaman tersebut tersedia secara umum;
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000.00;
  • Satu perintah yang mana Chang Kee Soon dilucutkan jawatan pengarah dan pengurusan mana-mana syarikat awam tersenarai di Malaysia;
  • Satu perintah yang mana Lee Swee Eng dihalang daripada menjadi ketua eksekutif atau pengarah, terlibat dalam pengurusan, secara langsung atau tidak, dalam mana-mana syarikat awam tersenarai di Malaysia bagi tempoh selama 5 tahun dari tarikh penghakiman;
  • Satu perintah yang mana Lee Swee Eng dihalang daripada menjalankan dagangan mana-mana sekuriti di Bursa Malaysia bagi tempoh selama 5 tahun dari tarikh penghakiman.
  • Faedah dan kos.

-

5.

Dagangan orang dalam

Dato' Raymond Yap Wee Hin

Pada 9 April 2020, satu tindakan sivil dimulakan ke atas Dato' Raymond Yap kerana melanggar seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).
Berhubung penjualan saham Patimas Computers Bhd (Patimas) oleh Dato' Raymond Yap, SC menuntut, antara lain, perkara berikut:

  • Satu pengisytiharan bahawa Dato' Raymond Yap telah melanggar seksyen 188(2) CMSA;
  • bayaran sebanyak RM3,286,770.00 yang bersamaan dengan tiga (3) kali ganda amaun RM1,095,590.00, yang merupakan perbezaan antara harga ketika saham tersebut diperolehi dan harga saham yang sepatutnya diperoleh pada waktu dagangan, sekiranya maklumat dalaman tersebut tersedia secara umum;
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000.00;
  • Satu perintah yang mana Dato' Raymond Yap dihalang daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama 5 tahun;
  • Faedah; dan
  • Kos.

-

6.

Dagangan orang dalam

Dato' Ng Back Heang

Pada 9 April 2020, satu tindakan sivil dimulakan ke atas Dato' Ng kerana melanggar seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).
Berhubung penjualan saham Patimas Computers Bhd (Patimas) oleh Dato' Ng, SC menuntut, antara lain, perkara berikut:

  • Satu pengisytiharan bahawa Dato' Ng telah melanggar seksyen 188(2) CMSA;
  • bayaran sebanyak RM1,237,500.00 yang bersamaan dengan tiga (3) kali ganda amaun RM412,500.00, yang merupakan perbezaan antara harga ketika saham tersebut diperolehi dan harga saham yang sepatutnya diperoleh pada waktu dagangan, sekiranya maklumat dalaman tersebut tersedia secara umum;
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000.00;
  • Satu perintah yang mana Dato' Ng dihalang daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama 5 tahun;
  • Faedah; dan
  • Kos.

-

Hasil Tindakan Sivil yang Diambil

1.

Dagangan orang dalam

Dato’ Sreesanthan a/l Eliathamby

Pada 12 October 2016, the SC memfailkan saman sivil terhadap Dato’ Sreesanthan, an advocate and solicitor for dagangan orang dalam.
SC mengemukakan tuntutan berikut:

  • Satu pengisytiharan bahawa Dato’ Sreesanthan telah terbabit dalam  dagangan orang dalam berhubung saham Worldwide Holdings Bhd antara 7 Jun 2006 dan 11 Julai 2006;
  • Bayaran sebanyak RM1,989,402.00 yang bersamaan dengan tiga (3) kali ganda amaun RM663,134.00 yang merupakan perbezaan antara harga ketika sekuriti tersebut dijual oleh Dato’ Sreesanthan dan harga sekuriti yang sepatutnya ketika waktu jualan, sekiranya maklumat bukan awam yang material tersebut tersedia secara umum;
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000;
  • Satu perintah yang mana Dato’ Sreesanthan dihalang daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama 10 tahun;
  • Faedah;
  • Kos.

Pada 4 November 2020, selepas perbicaraan penuh, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa SC telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Dato’ Sresssanthan. Mahkamah Tinggi telah membenarkan tuntutan SC yang berikut:

  • Satu pengisytiharan bahawa Dato’ Sreesanthan telah terbabit dalam dagangan orang dalam berhubung saham Worldwide Holdings Bhd antara 7 Jun 2006 dan 11 Julai 2006;
  • Bayaran sebanyak RM1,989,402.00 yang bersamaan dengan tiga kali ganda amaun RM663,134.00 yang merupakan perbezaan antara harga ketika sekuriti tersebut dijual oleh Dato’ Sreesanthan dan harga sekuriti yang sepatutnya pada waktu jualan, sekiranya maklumat bukan awam yang material tersebut tersedia secara umum;
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000;
  • Satu perintah yang mana Dato’ Sreesanthan dihalang daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama 10 tahun (berkuat kuasa18 November 2020);
  • Faedah pada kadar 5% setahun pada jumlah yang diputuskan berkuat kuasa 5 November 2020 sehingga realisasi penuh;
  • Kos of RM100,000.
2.

Dagangan orang dalam

Tan Bee Geok

Pada 7 September 2020, satu tindakan sivil dimulakan ke atas Tan Bee Geok kerana melanggar seksyen 188(3)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).
Berhubung   pemerolehan APL Industries (“APLI”) oleh Tan Bee Hong, SC menuntut daripadaTan Bee Geok, antara lain, perkara berikut:

  • Bayaran sebanyak RM105,000.00 yang merupakan 3 kali ganda keuntungan yang diperolehi oleh Tan Bee Hong;
  • Penalti sivil sebanyak RM500,000;
  • Tan Bee Geok dihalang daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai atau subsidiari syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama (5) tahun dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkamah;
  • Tan Bee Geok dihalang daripada menjalankan dagangan dalam mana-mana kaunter di Bursa Malaysia bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkamah.

Pada 17 September 2020, Mahkamah Tinggi mencatatkan penghakiman persetujuan antara  SC dan Tan Bee Geok serta memerintahkan, antara lain:

  • Bayaran sebanyak RM105,000.00 yang merupakan 3 kali ganda keuntungan yang diperolehi oleh Tan Bee Hong;
  • Penalti sivil sebanyak RM500,000;
  • that Tan Bee Geok dihalang daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai atau subsidiari syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama (5) tahun dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkamah; dan
  • Tan Bee Geok dihalang daripada menjalankan dagangan dalam mana-mana kaunter di Bursa Malaysia bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkamah.
3.

Dagangan orang dalam

Tan Bee Hong

On 7 September 2020, satu tindakan sivil dimulakan ke atas Tan Bee Hong kerana melanggar seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).
Berhubung   pemerolehan APL Industries (“APLI”) oleh Tan Bee Hong, SC menuntut daripadanya, antara lain, perkara berikut:

  • bayaran sebanyak RM105,000.00 yang merupakan 3 kali ganda keuntungan yang diperolehi oleh Tan Bee Hong;
  • Penalti sivil sebanyak RM500,000;
  • Tan Bee Hong dihalang daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai atau subsidiari syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama (5) tahun dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkmah; dan
  • Tan Bee Hong dihalang daripada menjalankan dagangan dalam mana-mana kaunter di Bursa Malaysia bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkamah.

Pada 17 September 2020, Mahkamah Tinggi mencatatkan penghakiman persetujuan antara SC dan Tan Bee Hong dan memerintahkan antara lain:

  • bayaran sebanyak RM105,000.00 yang merupakan 3 kali ganda keuntungan yang diperolehi oleh Tan Bee Hong;
  • Penalti sivil sebanyak RM500,000;
  • Tan Bee Hong dihalang daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tersenarai atau subsidiari syarikat awam tersenarai bagi tempoh selama (5) tahun dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkmah; dan
  • Tan Bee Hong dihalang daripada menjalankan dagangan dalam mana-mana kaunter di Bursa Malaysia bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkamah.
4.

Dagangan orang dalam

Tan Giap How (Tan)

Pada 12 Julai 2019, satu tindakan sivil dimulakan ke atas Tan kerana melanggar seksyen 188(3)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).
Berhubung  pemerolehan Hirotako Holdings Bhd (Hirotako) oleh Dato' Lim Lean Heng, SC menuntut daripada Tan, antara lain, perkara berikut:

  • bayaran sebanyak RM800,280.00 yang merupakan 3 kali ganda keuntungan yang diperolehi oleh Dato' Lim Lean Heng
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000.00
  • Tan dihalang daripada menjalankan dagangan dalam mana-mana kaunter di Bursa Malaysia bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkamah.

Bagi pemerolehan Hirotako oleh Ng Ee Fang, SC menuntut daripada Tan, antara lain, perkara-perkara berikut:

  • Bayaran sebanyak RM578,640.00 yang merupakan 3 kali ganda keuntungan yang diperolehi oleh Ng Ee Fang
  • Penalti sivil sebanyak RM1,000,000.00
  • that Tan dihalang daripada menjalankan dagangan dalam mana-mana kaunter di Bursa Malaysia bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikh yang diperintahkan oleh mahkamah.

Pada 9 March 2020, Mahkamah Tinggi mencatatkan penghakiman persetujuan antara SC dan Tan dan memerintahkan antara lain:

  • bahawa wujud pelanggaran seksyen 188(3)(a) CMSA oleh Tan sebagaimana yang diperakui oleh Tan
  • Tan membayar kepada SC satu jumlah yang bersamaan dengan 1.5 kali ganda amaun keuntungan yang diperolehi oleh  Dato' Lim Lean Heng yang menjadikan jumlah sebanyak RM400,140.00
  • Tan membayar SC satu jumlah yang bersamaan  dengan 1.5 kali ganda amaun keuntungan yang diperolehi oleh Ng Ee Fang yang menjadikan jumlah sebanyak RM289,320.00
  • Tan membayar SC penalti sivil sebanyak RM200,000.00
  • Tan, sama ada dirinya sendiri, ejennya atau sesiapa sahaja yang berkenaan, adalah dihalang daripada menjalankan dagangan dalam mana-mana kaunter di Bursa Malaysia bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikhh penghakiman persetujuan;
  • Tan dilarang daripada memegang jawatan pengarah dalam syarikat awam tersenarai  bagi tempoh selama lima (5) tahun dari tarikh penghakiman persetujuan.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup