Penubuhan Dana Unit Amanah
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) merupakan satu-satunya badan kawal selia yang memberi kebenaran kepada penubuhan dana unit amanah, termasuk kelulusan bagi syarikat pengurusan dan pemegang amanah dana. Kebenaran untuk menubuhkan dana unit amanah membolehkan penyediaan, penawaran untuk langganan atau pembelian, atau mengeluarkan pelawaan untuk melanggan atau membeli dana unit amanah di Malaysia. Sebelum dana baharu diwujudkan, digalakkan untuk mengadakan rundingan bagi membincangkan isu berkaitan penubuhan dana baharu tersebut. Antara isu-isu yang dibincangkan termasuklah: produk baharu, isu pelaksanaan, isu kawal selia.
SC mengguna pakai pendekatan perisytiharan ketika meluluskan dana, pelantikan syarikat pengurusan dan pemegang amanah. Di bawah rejim "pengawalseliaan berasaskan penzahiran", SC memberi penekanan terhadap penzahiran bagi memastikan penzahiran yang lengkap dan mencukupi berkenaan dana dalam prospektus dana bagi membantu bakal pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat. Dalam menentukan maklumat yang relevan untuk dizahirkan dalam prospektus, SC mengambil kira, antara lain, perkara berikut:

  • Jenis dana
  • Individu yang berpotensi untuk memperoleh unit-unit dana tersebut
  • Tahap pengetahuan dalam kalangan penasihat profesional yang akan dirujuk oleh pelabur 
  • Profil risiko dana untuk menentukan sekiranya terdapat penzahiran risiko yang bersesuaian yang menepati selera risiko bakal pelabur.
Jika penzahiran maklumat dana adalah memuaskan, SC akan mendaftarkan prospektus dan surat ikatan dana dalam tempoh 21 hari kalendar (tidak termasuk cuti umum) dari tarikh penyerahan.

SC turut memantau kriteria kelayakan syarikat pengurusan, khususnya kriteria ekuiti tempatan mereka.
Sekiranya fungsi tertentu syarikat pengurusan yang berkaitan dengan dana yang dicadangkan, diberikan kepada pihak lain, syarikat pengurusan itu hendaklah memastikan bahawa pelaksanaan fungsi tersebut mematuhi Garis Panduan mengenai Penyumberan Luar bagi Pengantara Pasaran Modal.

Sebagai sebahagian daripada proses urusan kami, SC sentiasa berbincang dengan pihak berkepentingan yang berkaitan, sebagai contoh, kementerian/agensi kerajaan dan persatuan industri bagi memastikan penyediaan perkhidmatan kami kepada pasaran adalah menyeluruh, konsisten, telus, cekap dan tepat pada masanya. Sehubungan ini, SC akan sentiasa memantau dan mengawal selia peserta industri bagi memastikan pematuhan terhadap garis panduan dan undang-undang sekuriti.

lihat Proses Kelulusan Dana Unit Amanah di Malaysia.pdf


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup