Proses Kelulusan Bagi Tawaran Awam Awal (IPO) Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) di Malaysia
Semua amanah pelaburan hartanah (REIT) yang memohon untuk penyenaraian di Bursa Malaysia memerlukan kelulusan SC, seperti yang termaktub di bawah seksyen 212 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Jabatan Skim Pelaburan Terurus (MIS), Jabatan Nilaian Hartanah (PVAL), Unit Pematuhan Ekuiti (ECU), di bawah Bahagian Kewangan Korporat dan Pelaburan akan menilai semua permohonan bagi mewujudkan dan menyenaraikan REIT. Syarikat pengurusan REIT dikehendaki memiliki lesen, dan permohonan untuk mendapatkan lesen hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Kebenaran dan Pelesenan. SC akan menyelesaikan penilaiannya terhadap REIT dalam tempoh tiga bulan setelah penerimaan permohonan yang penuh dan lengkap. Dalam menilai semua permohonan bagi menubuhkan REIT, MIS akan mentaksir hartanah yang akan diambil alih dan pelantikan syarikat pengurusan dan pemegang amanah.
Pada peringkat ini, MIS menyemak surat ikatan bagi memastikan perjanjian minimum yang dinyatakan dalam Garis Panduan mengenai Amanah Pelaburan Hartanah (Garis Panduan REIT) dimasukkan dalam surat ikatan tersebut. MIS juga menyemak prospektus untuk memeriksa sama ada kandungannya adalah menurut Garis Panduan Prospektus mengenai Skim Pelaburan Kolektif dan penzahiran yang dibuat adalah mencukupi untuk membantu pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat. Surat ikatan dan prospektus mesti didaftarkan dengan SC sebelum penyenaraian REIT.

PVAL menyemak laporan nilaian hartanah tersebut untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan Garis Panduan Penilaian Hartanah. Ia juga menyemak kecukupan penzahiran dalam sijil penilaian. ECU menyemak struktur pemegangan unit REIT bagi memastikan pematuhannya terhadap keperluan ekuiti Bumiputera.

Perbincangan antara penasihat utama dan SC juga diadakan, bermula dari peringkat perundingan pra-serahan. Sepanjang tempoh penilaian permohonan REIT, berlaku proses semakan dalaman yang ketat bagi memastikan ketelitian, konsistensi, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam proses tersebut.

Lihat Proses Kelulusan IPO REIT di Malaysia.pdf
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup