Proses Kelulusan Bagi Tawaran Awam Awal di Malaysia
Semua syarikat yang memohon untuk disenaraikan di Bursa Malaysia memerlukan kelulusan SC, di bawah seksyen 212 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Di samping itu, prospektus yang diterbitkan untuk penyenaraian, mesti didaftarkan dengan SC.
Bagi permohonan untuk penyenaraian di Pasaran Utama, lazimnya SC akan menyelesaikan penilaiannya dan mendaftarkan prospektus IPO dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh permohonan penuh dan lengkap, yang disertakan dengan prospektus yang boleh didaftarkan; 40 hari bekerja untuk syarikat yang mempunyai permodalan yang besar.

Untuk permohonan penyenaraian di Pasaran ACE, kelulusan SC di bawah seksyen 212 tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, prospektus IPO tertakluk kepada semakan SC, satu proses yang akan mengambil masa 40 hari bekerja dari tarikh penyerahan prospektus yang boleh didaftarkan.

Bagi permohonan untuk Pasaran Utama, SC menyemak cadangan IPO untuk memastikan pematuhan terhadap Garis Panduan Ekuiti dan pengarah serta pemegang saham utama pemohon tidak mempunyai apa-apa rekod buruk dan menghadapi isu tadbir urus korporat. Prospektus IPO juga disemak untuk kecukupan penzahiran dan pematuhan terhadap Garis Panduan Prospektus - Ekuiti dan Hutang. SC juga memeriksa bahawa prospektus dizahirkan secara penuh dan bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat. Bagi permohonan untuk Pasaran ACE, hanya semakan prospektus dilaksanakan.

Untuk penyerahan yang mungkin melibatkan hartanah, SC menyemak kecukupan penzahiran dalam sijil penilaian dan aset harta dalam prospektus. Ia juga menyemak kemunasabahan penilaian aset harta dan memeriksa pematuhan terhadap Garis Panduan Penilaian Aset dan piawaian penilaian lain yang berkenaan.

SC juga menganalisis kesan cadangan IPO ke atas struktur ekuiti pemohon, selaras dengan keperluan ekuiti Bumiputera.

Sepanjang penilaian ke atas permohonan IPO, terdapat proses penelitian dalaman yang tegas untuk memastikan kesempurnaan, keseragaman, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam proses tersebut. Komunikasi antara penasihat utama dan SC juga dilakukan sekerap mungkin, bermula dari peringkat rundingan pra-penyerahan sehingga ke mesyuarat pasca keputusan.

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup