Tindakan Sivil Pada 2016
Bil. Kesalahan Defendan Fakta ringkas kes
1.
  • Pengunaan kaedah yang mengelirukan dan menipu [seksyen 179 Akta Pasaran Modal and Perkhidmatan 2007 (CMSA)]
  • Menyebabkan kerugian yang salah kepada sebuah syarikat tersenarai [seksyen 317A CMSA]
  • Datin Chan Chui Mei

Pada 26 September 2016, SC memfailkan satu saman sivil terhadap Datin Chan Chui Mei. SC memohon, antara lain:

  • Satu pengisytiharan bahawa Datin Chan telah melanggar seksyen 179 dan 317A CMSA;
  • Perintah supaya Datin Chan mengembalikan wang kepada pihak yang terjejas dengan pelanggaran tersebut;
  • Perintah supaya Datin Chan membayar kepada SC sebanyak RM11.54 juta, untuk dipegang dalam amanah bagi Stone Master Corporation Bhd;
  • Perintah yang menghalang Datin Chan daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tesenarai bagi tempoh 5 tahun;
  • Penalti sivil sebanyak RM1 juta bagi kesalahannya;
  • Faedah;
  • Kos.

SC telah memperolehi injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghalang Datin Chan daripada mengendalikan wang dalam akaun banknya sehingga had RM11.54 juta. Mahkamah Tinggi menetapkan 2 Disember 2016 untuk pendengaran kes antara pihak terlibat dalam injunksi tersebut.

 

2.
  • Dagangan orang dalam [section 89E(2) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA)]
  • Sreesanthan A/L Eliathamby

Pada 12 Oktober 2016, SC memfailkan saman sivil terhadap Sreesanthan A/L Eliathamby. SC memohon, antara lain:

  • Pengisytiharan bahawa Sreesanthan telah terlibat dalam dagangan orang dalam berhubung dengan saham Worldwide Holdings Bhd antara 7 Jun 2006 dan 11 Julai 2006;
  • Bayaran sebanyak  RM1,989,402 yang bersamaan dengan tiga kali ganda RM663,134 yang merupakan perbezaan antara harga ketika saham diperolehi oleh Sreesanthan dan harga saham yang sepatutnya diperoleh pada waktu pemerolehan, sekiranya maklumat material bukan awam tersebut tersedia secara umum;
  • Penalti sivil sebanyak RM1 juta kerana melanggar seksyen 89E SIA;
  • Perintah yang menghalang Teng Choon Kwang dan Tan Boon Hwa daripada menjadi pengarah mana-mana syarikat awam tesenarai bagi tempoh 10 tahun;
  • Faedah;
  • Kos.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup