Pengerusi Eksekutif
Dato’ Seri Dr. Awang Adek Haji Hussin
Dato’ Seri Dr. Awang Adek Haji Hussin
Pengerusi Eksekutif
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Dato’ Seri Dr Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 1 Jun 2022. Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM).

Sebelum dilantik sebagai Pengerusi SC, Awang Adek berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dari 2014 hingga 2016 dan merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dari 2017 hingga 2018.

Awang Adek berpengalaman luas dalam sektor ekonomi dan kewangan, setelah berkhidmat selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan kerajaan dan awam. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dari 2004 hingga 2006 dan merupakan Timbalan Menteri Kewangan dari 2006 hingga 2013. Beliau juga merupakan seorang ahli Parlimen dari 2004 hingga 2008, dan senator dari 2009 hingga 2013.

Awang Adek pernah berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia selama 17 tahun dari 1985 hingga 2001, menyandang beberapa jawatan sehingga dilantik sebagai Penolong Gabenor. Beliau juga pernah menganggotai lembaga pengarah beberapa institusi dan organisasi kewangan termasuk SC, Ketua Pengarah pertama Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), Permodalan Nasional Bhd (PNB), Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB), dan juga Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PERNAS).

Awang Adek mempunyai ijazah Sarjana Muda dalam matematik dan ekonomi dari Drew University, Amerika Syarikat (AS), serta Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam ekonomi dari University of Pennsylvania, AS.

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup